You are on page 1of 10

SEJARAH ( Tingkatan 2 )

Arahan :
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan

1. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)

Syarikat di atas telah ditubuhkan pada tahun 1600. Apakah peranan penting syarikat
tersebut ?
I Mengembangkan budaya Barat
II Menyebarkan agama Kristian
III Menjalankan perdagangan antarabangsa
IV Meluaskan tanah jajahan

A I dan II B I dan IV
C III dan IV D II dan III

2. Maklumat berikut menerangkan keperluan Negara China dan British.

British Memerlukan teh dari Negara China

China Memerlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam

Bagaimanakah pihak British menyelesaikan masalah tersebut?


A Menduduki Betawi B Menduduki Melaka
C Menduduki Pulau Pinang D Menduduki Seberang Perai

3. Mengapakah Pulau Pinang sesuai dijadikan pelabuhan persinggahan pada abad ke-18?
A Kekayaan hasil pertanian B Terselamat daripada ancaman lanun
C Kestabilan politik D Terlindung daripada tiupan angin monsun

4. Pada tahun 1753-1781, Siam berperang dengan Burma. Selepas perang tersebut tamat,
apakah tindakan segera yang diambil oleh Siam terhadap Kedah?
A Memburu Sultan Muhammad Jiwa
B Menyerang kerajaan Kedah
C Menandatangi perjanjian sulit dengan Kedah
1
D Menuntut Kedah menghantar bunga emas

5. Peta berikut menunjukkan ancaman terhadap Kedah.

Bagaimanakah Sultan Kedah menangani ancaman tersebut?


A Meminta bantuan British B Menghantar ufti
C Memperkukuh pertahanan Kedah D Menyerahkan wilayah

6. Melalui perjanjian berikut, Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki


Pulau Pinang.

Perjanjian Inggeris – Kedah 1786


Sebagai balasan, Francis Light berjanji akan
A menamatkan pemberontakan di Kedah
B menghantar tentera menyerang Siam
C memberi perlindungan kepada Kedah
D memajukan perdagangan di Kedah

7. Mengapakah Syarikat Hindia Timur Inggeris berminat untuk mengambil Seberang Perai?
I Tanah sesuai untuk bercucuk tanam
II Benteng pertahanan
III Tempat pengumpulan bahan mentah
IV Kawasan perlombongan

A I dan II B II dan IV
C I dan III D III dan IV

8.

Illustrasi di atas menggambarkan upacara mengibarkan bendera Union Jack di Pulau


Pinang pada 11 Ogos 1786. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa
tersebut?
A Kepentingan hubungan luar B Berani menghadapi cabaran dari luar
2
C Kesetiaan kepada Negara D Waspada ketika berhubung dengan kuasa luar
9. Apakah kesan tindakan Sultan Kedah hendak mengambil semula Pulau Pinang daripada
Syarikat Hindia Timur Inggeris?
A British memaksa Sultan Kedah menghantar ufti
B British meminta bantuan ketenteraan daripada Siam
C British menduduki Seberang Perai
D British meluaskan pengaruh di Tanah Melayu

10. Kedah dan Syarikat Hindia Timur Inggeris telah menandatangani perjanjian berikut.

Tahun Peristiwa

1800 Sultan Dziauddin menandatangani


Perjanjian Persahabatan dan Perikatan
dengan Gabenor George Leith.

Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Kedah?


A Kehilangan takhta B Berjaya menghapuskan ancaman luar
C Perdagangan semakin maju D Kehilangan wilayah

11. Rajah berikut berkaitan dengan Surat-Surat Kew.

Surat-Surat Kew

Belanda menyerahkan secara sementara semua


tanah jajahannya di Timur kepada kerajaan British

Mengapakah Belanda berbuat demikian?


A Menghadapi masalah kekurangan pegawai
B Menjalin hubungan baik dengan British
C Menyelamatkan tanah jajahannya
D Membayar pampasan kepada British

12. Walaupun Raffles bercita-cita hendak mendapatkan Singapura, namun beliau


menghadapi suatu masalah. Apakah masalah tersebut?
A Belanda melindungi Singapura daripada musuhnya
B Pemerintah Johor berada di bawah pengaruh Belanda
C Pengaruh Belanda semakin kuat
D Singapura dikuasai oleh Belanda

13. Mengapakah perjanjian yang ditandantangani oleh Temenggung Abdul Rahman dengan
Stamford Raffles pada 30 Januari 1819 dianggap tidak sah?
A Gagal mendapat sokongan pembesar Johor
B Tidak diperkenan oleh Sultan Abdul Rahman
C Gagal mendapat persetujuan SHTI

3
D Tidak dipersetujui oleh Belanda

14. Apakah kesan perlantikan Tengku Hussein sebagai Sultan Johor?


I SHTI dengan rasmi bertapak di Singapura
II Kerajaan Johor mempunyai dua orang sultan
III Sultan Abdul Rahman terpaksa turun takhta
IV Pemberontakan berlaku antara pengikut Sultan Hussein dengan Sultan Abdul Rahman

A I dan IV B I dan II
C III dan IV D II dan III

15. Bagaimanakah Belanda dan British menangani situasi berikut?

 Belanda mendakwa Singapura


di bawah pengaruhnya.
 British enggan menyerahkan
Singapura kepada Belanda.

A Menabalkan sultan baru B Menandatangani Perjanjian Burney


C Melancarkan perang D Menandatangani Persetiaan London

16. Maklumat berikut merupakan antara syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

 Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura


 British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda
 Belanda menyerahkan Melaka kepada British

Apakah implikasi perjanjian tersebut kepada British?


A Menempatkan residen British di negeri-negeri Melayu
B Menaungi wilayah-wilayah di Kepulauan Riau
C Menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka
D Mengawal kegiatan lanun di perairan Selat Melaka

17. Rajah 1 merujuk kepada X.

 Singapura
 Pulau Pinang X
 Melaka

Rajah 1

Apakah X?
A Negeri-Negeri Melayu Bersekutu B Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu
C Negeri-Negeri Selat D Pusat pentadbiran British

4
18. Apakah sebab British menubuhkan Negeri-Negeri Selat?
I Mengawal kegiatan pembesar
II Mencampuri adat tempatan
III Menyeragamkan pentadbiran
IV Menjimatkan kos pentadbiran

A II dan III B I dan II


C III dan IV D I dan IV

19. Apakah tanggungjawab Gabenor Jeneral British di India terhadap Negeri-Negeri Selat?
A Menggubal dasar dan undang-undang
B Memastikan keselamatan pelabur asing
C Mengawal kegiatan kongsi gelap
D Menjadi penasihat Sultan pembesar dalam pentadbiran

20. Pernyataan berikut menerangkan perkembangan di Negeri-Negeri Selat pada pertengahan


abad ke-19.

 Pengenalan Akta Mata Wang 1855


 Tempat buangan banduan
 Kekacauan kongsi gelap

Apakah kesan perkembangan di atas terhadap Negeri-Negeri Selat?


A Pemindahan pentadbiran ke London B Jawatan Gabenor Jeneral diwujudkan
C Undang-undang British dikuatkuasa D Bilangan pedagang semakin berkurang

21. Apakah maksud dasar campur tangan British?


A British menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu secara langsung
B British melibatkan diri dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu secara tidak langsung
C British melibatkan diri dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu secara langsung
D British menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu secara tidak langsung

22. Pernyataan berikut merujuk kepada desakan pedagang di Negeri-Negeri Selat.

Pada tahun 1873, seramai 243 orang


pedagang Negeri-Negeri Selat menulis
surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan,
iaitu Lord Kimberley.
Apakah perkara yang mendesak tersebut?
I Kemelesetan ekonomi dunia
II Pergaduhan kongsi gelap
III Kepentingan ekonomi terjejas
IV Penggunaan mata wang asing

A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

5
23. Apakah bukti yang boleh menyokong pendapat bahawa British telah campur tangan di
Negeri-Negeri Melayu sebelum tahun 1874?
A Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
B Pengenalan sistem Residen
C Pembukaan negeri Melaka
D Penubuhan Negeri-Negeri Selat

24. Mengapakah ramai pedagang Negeri-Negeri Selat melabur modal di daerah-daerah


berikut?

 Larut
 Lukut
 Klang

A Kepadatan penduduk B Kesuburan tanah pertanian


C Kekayaan bijih timah D Kemahiran tenaga pekerja

25. Peta berikut menunjukkan kedudukan Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869.

Mengapakah pembukaan Terusan Suez dianggap penting kepada para pedagang?


A Meningkatkan hasil pengeluaran B Memendekkan jarak perjalanan
C Menghasilkan kapal berkuasa wap D Menyediakan pelabuhan entrepot

26. Long Jaafar memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah Perak sekitar tahun
1848. Apakah peranan beliau?
A Mendamaikan pergaduhan kongsi gelap Cina
B Memajukan perusahaan perlombongan
C Menghalang campur tangan British
D Menggalakkan kemasukan imigran asing

27. Kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San dianggotai oleh kebanyakan buruh Cina di Perak.
Pertelingkahan di antara kongsi gelap tersebut di Perak telah mengakibatkan
A buruh dihantar balik ke China B campur tangan kerabat diraja
C tercetusnya Perang Larut D persaingan kuasa para pembesar

28. Apakah syarat Perjanjian Pangkor 1874?


I Raja Yusuf diiktiraf sebagai Sultan Perak
II Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
III Jawatan Menteri Larut dimansuhkan

6
IV Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak

A I dan II B II dan IV
C I dan III D III dan IV

29. Peristiwa berikut telah memberi peluang kepada British untuk campur tangan di negeri
Selangor pada tahun 1874.

Apakah X?
A Pergaduhan kongsi gelap Cina
B Pembunuhan seorang rakyat British
C Sekatan perdagangan terhadap pedagang British
D Serangan ke atas rumah api Tanjung Rachado

30. Mengapakah Sungai Linggi dalam daerah Sungai Ujong menjadi rebutan anatara Dato’
Kelana dengan Dato’ Bandar?
I Pemungutan Cukai
II Pertahanan kukuh
III Kedudukan strategik
IV Kepadatan penduduk

A II dan IV B I dan IV
C II dan III D I dan III

31. Bagaimanakah British mengukuhkan kuasanya di Rembau, Jelebu dan Seri Menanti?
A Menyingkir pembesar Melayu
B Memperkenalkan undang-undang British
C Menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil
D Menempatkan Residen British

32. Apakah alasan yang digunakan oleh British untuk campur tangan dalam negeri Pahang?
A Pembakaran rumah api
B Pembunuhan Goh Hui berhampiran istana Sultan Ahmad
C Perang saudara antara kongsi gelap untuk menguasai kawasan perlombongan
D Perompakan kapal pedagang British oleh lanun

33. Residen-residen berikut ditempatkan di negeri-negeri Melayu.

Negeri Residen British

7
Perak J.W.W. Birch

Selangor J.G. Davidson

Negeri Sembilan Martin Lister

Pahang J.P. Rodger

Apakah tugas mereka?


A Menasihati sultan B Menjalankan pentadbiran
C Mengawal kuasa pembesar D Mengawasi kongsi-kongsi gelap
34. Rajah berikut menunjukkan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh British di
Negeri-Negeri Melayu.

Perak

Sistem Selangor
Residen
Negeri Sembilan

Pahang

Bagaimanakah sistem tersebut menggugat kuasa sultan dan pembesar Melayu?


A Memperkenalkan sistem ekonomi moden
B Mengambil alih hak memungut cukai
C Menghapuskan sistem perlantikan sultan
D Mencampuri hal ehwal agama

35. Mengapakah perlaksanaan Sistem Residen di negeri-negeri Melayu dikatakan tidak


teratur dan mempunyai kelemahan?
I Residen terlalu berkuasa
II Keselamatan negeri-negeri Melayu terjejas
III Residen diberi panduan menjalankan tugas
IV Gabenor Negeri-Negeri Selat gagal mengawal kuasa Residen

A I dan III B II dan III


C I dan IV C II dan IV

36. Maklumat berikut berkaitan dengan Durbar.

 Durbar bermaksud istana raja


 Durbar pertama diadakan di Perak

Apakah tujuan penubuhan Durbar?


A Mengumpulkan orang Melayu dan British membincangkan hal agama
B Merangka undang-undang bagi Persekutuan 1826

8
C Mencuba sedaya upaya mengurangkan kuasa Residen
D Mewujudkan perjumpaan antara raja-raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi untuk
membincangkan kepentingan bersama

37. Apakah ciri-ciri Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?


I Satu unit pentadbiran
II Gabungan beberapa negeri
III Pegawai Barat dilantik menjadi pengurus kewangan
IV Terdiri daripada kerajaan pusat

A I dan II B II dan IV
C I dan III D III dan IV

38. Rajah berikut menunjukkan faktor penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Apakah X?
A Memuaskan hati para pembesar B Mengukuhkan kuasa raja
C Menyekat kemaraan kuasa asing D Berkongsi perkhidmatan pakar

39. Mengapakah Persekutuan 1896 diperkenalkan oleh British?


I Membangunkan negeri Melayu
II Mengukuhkan pertahanan ketenteraan
III Mengatasi krisis kewangan Pahang
IV Memantapkan kuasa Residen

A I dan IV B III dan IV


C I dan II D II dan IV

40.

Tarikh Peristiwa

1 Julai 1896 Negeri Perak, Selangor, Negeri


Sembilan dan Pahang disatukan
menjadi Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.

Apakah kesan peristiwa tersebut?


A Kemajuan ekonomi terbantut B Kemasukan imigren Cina berkurangan
C Kekacauan dalam negeri berleluasa D Kuasa pemerintah tempatan merosot

9
- Kertas Soalan Tamat -

10

You might also like