You are on page 1of 4

Punca berlakunya gangsterisme dikaitkan dengan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

Punca adalah sebab mengapa terjadinya sesuatu perkara itu. Terdapat pelbagai punca
berlakunya gangsterisme di Malaysia. Usaha mengenalpasti punca wujudnya gengsterisme perlu
diberi dilakukan dan bukan hanya tertumpu kepada tindakan wajar kerana usaha mengenalpasti
ini adalah salah satu aspek yang penting dalam membendung gejala ini. Punca bagi gangsterisme
ini boleh dikaitkan dengan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat juga faktor-faktor
lain yang menyebabkan ini terjadi, ini akan diterangkan di perenggan selanjutnya.

I Aspek Jasmani

Ketiadaan tempat beriadah, serta remaja tiada tempat bagi mengembangkan bakat serta
kemahiran teknikal oleh kerana kurangnya pendedahan kepada aspek ko-kurikulum. Aktiviti ko-
kurikulum yang membosankan pelajar menyebabkan pelajar tidak berminat menyertainya, oleh
itu remaja lebih tertarik untuk terlibat dengan gangsterisme. Pengaruh persekitaran seperti pusat-
pusat hiburan, kafe siber, kedai-kedai video game dan berbagai-bagai pusat hiburan yang tumbuh
bagai cendawan tanpa penguatkuasaan undang-undang telah menambahkan lagi kemelut dan
keruntuhan akhlak dan moral sehingga akhirnya membawa remaja dan pelajar terlibat dengan
aktiviti jenayah dan kumpulan samseng atau gengster. Pelajar-pelajar kemungkinan mempunyai
sifat semula jadi yang suka memberontak dan melanggar peraturan-peraturan sekolah dan lain-
lain peraturan termasuk menjadikan diri mereka sebagai tumpuan ramai khususnya di kalangan
rakan sebaya.

II Aspek Emosi

Aspek kedua yang menyebabkan berlakunya gangsterisma adalah daripada aspek


emosi. lain yang selama ini kurang diberi perhatian adalah ‘aspek emosi.’ Para guru termasuk ibu
bapa terlalu banyak memberi perhatian kepada aspek kecemerlangan akademik sehingga terlupa
kepada aspek emosi anak-anak kita. Di sekolah pelbagai program disusun, dirancang serta
dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan pencapaian intelek para pelajar. Ini memang baik dan
perlu dipuji. Akan tetapi, penekanan yang sesungguhnya berkenaan aspek emosi kurang
diperlihatkan walaupun aspek ini terdapat juga dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama
Islam. Setakat ini belum ada usaha yang secara sistematik untuk memberi suntikan kecerdasan
kepada emosi para pelajar. Kesannya pelajar akan mudah terdedah kepada ‘emotional hijacking’
iaitu mereka akan tewas kepada perampasan emosi berikutan dengan tekanan hidup remaja yang
semakin membebankan, mereka cenderung untuk melakukan gangsterisme ini.

III Aspek Rohani

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pelbagai salah laku di atas merupakan mereka yang
kurang mendapat pendidikan agama dan moral. Pengaruh media masa dan arus perdana
globalisasi serta tamadun meterialistik masa kini amat banyak mencetus krisis nilai rohani.
Majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika berleluasa di pasaran. Filem-filem
ganas dan unsur seks yang ditayang di television secara bebas memberi kesan ke atas
pembentukan pelajar. Pelajar-pelajar menjadi keliru dan tidak tahu memilih maklumat yang
terbaik untuk membina kehidupan mereka. Mereka sering tenggelam dalam arus keruntuhan
akhlak dan moral lantaran tidak memiliki daya tahan spritual. Menurut Prof. Dr.Yusof al-
Qardhawi ( 1999 ) mengatakan bahawa kesan yang paling menonjol akibat dari tamadun hari ini
ialah terungkainya ikatan akhlak. Dengan ini lahirlah masyarakat yang tidak ada kepimpinan diri
dan akhlak. Keadaan ini akhirnya akan mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala
yang antaranya berlaku dan mempengaruhi remaja-remaja kita yang cenderung untuk melakukan
pelbagai kegiatan jenayah di sekolah yang akhirnya kewujudan kumpulan-kumpulan genster
dalam pelbagai salah laku jenayah di sekolah pada hari ini.

IV Aspek Intelek

Pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah dalam bidang akademik dan
gagal menjadikan diri mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat sekolah masing-
masing kemungkinan cenderung untuk melakukan jenayah gangsterisme ini. Ini kerana di
sekolah, pelajar-pelajar ini tidak diberi perhatian oleh guru-guru dan guru melabelkan pelajar,
jadi apabila ini terjadi pelajar itu menjadi tidak berminat untuk meneruskan pelajaran dan
mencari alternative lain, seperti melakukan gangsterisme bagi mendapatkan perhatian dan
menunjukkan kehebatan mereka yang tidak mereka perolehi di dalam bilik darjah. Seterusnya
pelajar ini akan mengalami kurang keyakinan pada diri sendiri (low self-esteem).

V Faktor-faktor penyumbang lain kepada terjadinya gangsterisme

Mengikut kajian Sapora Sipon (2005), Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad faktor
pendapatan keluarga, kelas sosial, etnik, pengaruh rakan sebaya, penyalahgunaan dadah,
ketidakstabilan keluarga kesemuanya menyumbang kepada masalah gangsterisme. Beliau juga
menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa tidak sedar anak terlibat dengan gangsterisme. Ibu
bapa juga sering kali terpedaya dengan anak yang pandai berpura-pura berkelakuan baik ketika
berada di rumah. Kebanyakan ibu bapa tidak tahu bahawa anak mereka sering melakukan salah
laku di sekolah atau luar sekolah. Kawalan daripada ibu bapa terhadap anak yang bersekolah
amat sukar dilakukan kerana dalam kehidupan kini kedua-dua ibu dan bapa bekerja.

Feldman & Weinberger (1994) pula menerangkan bahawa penampilan sikap negatif oleh
pelajar hasil daripada keluarga yang bermasalah ini. Keluarga yang suka bertengkar, sentiasa
mabuk, main judi, kaki perempuan, suka berleter dan suka mengongkong anak-anak, jaga tepi
kain orang, menunjuk-nunjuk dan mengamal sikap benci membenci akan menyebabkan anak-
anak mereka bersikap negatif tanpa disedari oleh masyarakat. Ada ibu bapa suka melepaskan
geram kepada anak-anak atau meninggalkan anak dengan pengasuh serta mengamalkan pilih
kasih. Segala kerenah ini menjadi ikutan anaknya. Anak menjadi mangsa, terbiar, tekanan dan
radikal. Mereka mencari jalan keluar secara drastik iaitu dengan menyertai kumpulan
gangsterisme (UtusanMalaysia).

Seterusnya, punca terjadinya gangsterisme ini adalah kerana perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana
rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi
pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada berlakunya gangsterisme.
Rahimah (1982) menjalankan kajian bagi melihat perlakuan pelanggaran disiplin pelajar-
pelajar di sekolah menengah. Hasil kajian itu, didapati faktor keluarga, sekolah dan sikap guru
tidak mempengaruhi pelajar-pelajar dalam pelanggaran disiplin. Sebenarnya faktor rakan sebaya
adalah lebih mempengaruhi pelajar-pelajar dalam pelanggaran disiplin. Begitu juga dengan hasil
kajian Aziz (1997) juga membuat tinjauan dalam kajiannya di tiga buah sekolah di daerah
Marang, Terengganu dan beliau merumuskan faktor yang paling kuat mempengaruhi pelajar-
pelajar terlibat dalam salah laku adalah rakan sebaya, jika dibandingkan dengan faktor-faktor
lain.

You might also like