You are on page 1of 2

Siti Rozliza Bt Amir,

(860503-12-5412),

Jururawat Terlatih U29,

Hospital Kota Kinabatangan. Tarikh: 05hb APRIL 2011

Kepada:

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Penyelia Jururawat,

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Melalui,

Pengarah Hospital,

Hospital Kota Kinabatangan,

Penyelia Jururawat,

Hospital Kota Kinabatangan.

Tuan,

PERMOHONAN PENANGGUHAN TARIKH MELAPOR DIRI

Adalah dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada surat ruj : (95)dlm.JKN(SB)500-3/2/4 Jld.3 bertarikh

01hb APRIL 2011.

2. Saya Siti Rozliza Binti Amir,Jururawat U29 akan bertukar ke Negeri Melaka berkuatkuasa mulai 11hb April 2011.
Dimaklumkan bahawa saya memohon penangguhan tarikh melapor diri mulai 11hb April 2011 hingga 10hb Mei 2011 dan
akan melapor diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Melaka pada 9hb Mei 2011. Penangguhan ini disebabkan saya perlu
menguruskan perpindahan barang-barang serta urusan dokumen saya di hospital ini.

3. Diharap permohonan penangguhan saya ini akan dipertmabangkan oleh pihak tuan. Keprihatinan daripada pihak tuan
amat saya hargai.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

………………………………………

(SITI ROZLIZA bt. AMIR)

Jururawat Gred U29

Wad Perempuan dan Kanak-Kanak,

Hospital Kota Kinabatangan.

Sk- Penyelia Jururawat JKNS

You might also like