You are on page 1of 2

No.

38, Jalan Sri Bayu Indah,


Taman Sri Bayu, Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek
Sepang, Selangor 13 Oktober 2010

Kepada:
Guru Besar
SK. Sungai Pelek,
43950 Sungai Pelek,
Sepang, Selangor.

Tuan,
Tidak Hadir Kursus

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya Puan Zanariah Binti Wahab tidak dapat menghadiri
Kursus Penyebaran KSSR Tahun 1 Untuk JU Tambahan Bagi Pendidikan Muzik Zon Tengah
kerana beberapa sebab iaitu:
i) Surat Panggilan Kursus tidak diterima secara rasmi dan maklumat di terima dalam
dalam jangka masa yang kurang sesuai (sehari sebelum kursus 12/10/2010 jam 12.00
tengahari)
ii) Tidak mendapat keizinan daripada suami untuk bertugas di luar kerana terpaksa
menguruskan 5 orang anak, yang mana 3 bersekolah, seorang berusia 4 tahun dan
seorang lagi berusia setahun.

3. Saya dengan rasa dukacita memohon maaf di atas sebarang kesulitan. Kerjasama dan
pertimbangan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

____________
(ZANARIAH WAHAB)

sk: Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

You might also like