You are on page 1of 10

Senarai Kandungan

Bil. Kandungan Mukasurat

1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 2

3. Objektif Kajian 3

4. Kawasan Kajian 4

5. Kaedah Kajian 7

6. Dapatan Kajian 8

7. Rumusan 13

8. Lampiran 14

9. Rujukan 16

Penghargaan

Saya Ch'ng Yi Cong, pelajar Tingkatan 1B mengambil kesempatan ini mengucapkan

ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya

membuat Kajian Geografi Tempatan (KGT).

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan upcapan terima kasih kepada Tuan

Pengetua, Ch'ng Hock Sang (Bapa), Ng Lay Tin (Ibu) yang telah memberikan kebenaran

kepada saya untuk menjalankan kajian ini.


Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi

saya, Cikgu Tan Ah Kim telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan

membimbang dengan begitu dedikasi.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya. Meraka telah memberi maklumat yang

amat berguna kepada saya. Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan

pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.

Akhir sekali, ucapkan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang

menolong saya. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan

menghargai selama- lamanya.

Pendahuluan

Saya memilih tajuk “Pencemaran Alam Sekitar di Georgetown, Pulau Pinang”

kerana Georgetown terletak berdekatan dengan tempat kediaman saya.

Saya telah memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada aspek

Pencemaran Alam Sekitar yang terdapat di Georgetown. Saya juga mengkaji pencemaran

yang berlaku di sekeliling Georgetown.

Saya menyiapkan kajian ini dalam tempoh lebih kurang empat minggu.

Walaupun samasa membuat kajian ini, kami menghadapi pelbagai jenis masalah, tetapi

akhirnya semua masalah telah diatasi. Saya berasa sungguh puas hati kerana dapat

menyempurnakan kajian ini.

Akhirnya, saya berharap kajian ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya

dan rakan- rakan saya.


2 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

a) Mengenal pasti jenis pencemaran di kawasan kajian.

b) Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian.

c) Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian masalah ini.

d) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran di kawasan

Georgetown.

3 Kawasan Kajian

Dalam kajian ini, saya telah memilih Georgetown, Pulau Pinang sebagai kawasan kajian

untuk mengkaji pencemaran yang berlaku di tempat tersebut. Georgetown terletak di

Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Peta lakar 1.1 menunjukkan Peta Daerah Negeri Pulau

Pinang dan peta lakar 1.2 ialah menunjukkan kedudukan Georgetown di Pulau Pinang.

Kawasan kajian saya merupakan kawasan tanah pamah yang kurang daripada 100 meter

dari aras laut. Jarak kawasan kajian dari sekolah saya ialah kira-kira 4 kilometer dan

mengambil masa selama 15 minit dengan menaiki kereta. Kawasan ini sedang pesat

membangun. Banyak tanam perumahan yang sedang dibina seperti IVORY Time Square.
Di samping itu, bangunan kerajaan KOMTAR, Balai Polis Jalan Patani, dan beberapa

buah sekolah juga terletak di kawasan ini.

You might also like