You are on page 1of 2

KAJIAN LUAR

Pembelajaran sains membolehkan murid memahami dan menghargai alam


persekitaran. Kajian luar merupakan satu aktiviti penting untuk murid melihat sesuatu
dengan mata kepala mereka sendiri, sama ada saling hubungan yang wujud dalam
alam semula jadi mahupun persekitaran yang direka bentuk oleh manusia. Tempat
yang sesuai untuk melakukan kajian luar ialah hutan, kolam, ladang pertanian dan
penternakan, kebun bunga, taman negara, kilang, muzium dan zoo. Objektif utama
kajian luar ialah memupuk kefahaman persekitaran melalui pemerhatian dan kajian
secara langsung. Selain itu, pelajar mampu menguasai kemahiran asas untuk membuat
penyiasatan dan memahiran saintifik. Kajian luar juga mampu memupuk penghargaan
terhadap persekitaran atau ekosistem semula jadi serta memberi peluang kepada
pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti yang menarik dan
meransangkan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika aktiviti luar mampu
memupuk semangat kerjasama dan persahabatan. Ini adalah nilai-nilai murni yang
mampu dipupuk melalui kaedah kajian luar. Kaedah pengajaran sains menggunakan
kajian luar juga menjerumus kepada pembelajaran konstruktivisme di mana pelajar
mempelajari pengetahuan baru berdasarkan pengalaman sedia ada. Sebagai contoh,
lawatan ke zoo negara. Sebelum ini pelajar hanya melihat tupai dan tidak pernah
melihat skunk. Apabila melihat seekor skunk di zoo, pelajar akan mengatakan haiwan
tersebut adalah tupai kerana memiliki ciri-ciri yang sama dengan tupai iaitu berbulu dan
berekor. Tetapi setelah membaca penerangan yang dicatatkan di luar kandang skunk
dan mendengar penerangan daripada pegawai zoo, pelajar akan mengetahui sesuatu
yang baru iaitu haiwan tersebut adalah skunk bukanya tupai.

Kanak-kanak sekolah rendah sangat sukar untuk membayangkan sesuatu yang diluar
batas pemikiran mereka. Oleh yang demikian, adalah suakr bagi kita sebagai seorang
guru sains bagi menerangkan kepada mereka sesuatu yang terbatas oleh tahap
pemikiran mereka. Dalam menerangkan konsep sains, kita perlu membawa pelajar ke
tempat yang sesuai dan menunjukkan kepada mereka benda yang maujud. Sebagai
contoh, jika kita ingin menerangkan kepada pelajar tentang ciri-ciri pokok, kita perlu
membawa pelajar ke taman bunga atau membawa mereka kepada pokok di sekeliling
kawasan sekolah dan menerangkan kepada mereka dengan merujuk terus kepada ciri-
ciri yang ada pada pokok tersebut. Responden B percaya bahawa kajian luar
merupakan kaedah yang berkesan dalam membantu pelajar mempelajari sains dengan
lebih berkesan kerana ia sangat membantu kefahaman pelajar kerana kajian luar
memberikan pendedahan terus kepada benda sebenar. Tetapi kajian luar turut
mempunyai kekangan iaitu masalah keselamatan pelajar. Adalah berisiko untuk
membawa pelajar sekolah rendah menjalankan kajian luar kerana mereka sukar
dikawal.

PEMBENTANGAN

Pementangan adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru-guru terutama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Pembentangan adalah salah satu
cara di mana bukan guru yang menjadi penyampai maklumat tetapi pelajar itu sendiri
menyampaikan kepada kelas dan rakan-rakan mereka. Guru hanya berperanan
memerhatikan dan memperbetulkan kesilapan yang mungkin pelajar lakukan semasa
membentangkan sesuatu tajuk itu. Melalui cara ini, pelajar akan lebih faham tentang
topik yang di bentangkan. Kaedah pembentangan ini amat menepati kaedah
pembelajaran konstruktivisme yang sangat disarankan. Melalui kaedah pembentangan
ini, pelajar akan mempelajari sesuatu yang baru dengan sendiri dan apabila mereka
diberikan sesuatu tajuk itu, mereka akan melakukan kajian dan cuba memahami
dengan lebih jelas dan mendalam tentang tajuk yang bakal mereka bentangkan. Pelajar
akan mengaitkan pengalaman sedia ada mereka dan mengabungkan dengan ilmu baru
yang mereka perolehi daripada kajian dan persedian yang telah dibuat. Kaedah
pembentangan juga mampu memupuk serta membina keyakinan dalam diri pelajar
dalam menyampaikan ucapan di hadapan khalayak ramai. Selain itu, kaedah
pembentangan ini boleh memupuk situasi perbincangan dikalangan pelajar. Responden
B percaya kaedah pembentangan berkesan dalam P&P sains tetapi mempunyai
beberapa halangan iaitu kekangan masa. Oleh yang demikian, responden B kurang
menggunakan kaedah ini.

You might also like