You are on page 1of 18

PENGHARGAAN

Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan perkenan-Nya
memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang
mengajar gerko saya iaitu Encik Wan Zamri Bin Wan Muhammad kerana telah banyak
memberi bimbingan, panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha untuk
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Di samping itu saya juga amat menghargai
segala nasihat dan idea bernas yang diberikan oleh beliau.

Di samping itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang di sayangi
yang telah banyak memberi bimbingan, dorongan dan bantuan keewangan kepada
saya semata-mata untuk memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para sahabat seperjuangan yang
banyak membantu, berkongsi maklumat dan sama-sama menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya.

Konklusinya, saya berharap dengan penghasilan kerja kursus ini dapat


memberi saya bimbingan untuk mengaplikasikan subjek ini sebagai langkah awal
kepada saya untuk menjadi seorang guru dan mengaplikasikannya dalam tugasan saya
kelak..

Sekian, terima kasih.

1
BAHAGIAN 1:
1. PELAJAR

Jumlah Murid Lelaki dan Perempuan Mengikut Kelas

Hasil daripada kolaborasi yang dibuat dengan Penolong Kanan Tadbir Dan Ko-
kurikulum iaitu Cik Hjh Faridah bt Dato’ Hj Ahmad, banyak maklumat yang berkaitan
murid dan rancangan sekolah telah diperoleh. Sekolah ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu
sesi pagi dan sesi petang. Setiap Darjah mempunyai 2 kelas iaitu Amanah dan Amal.
Jumlah murid di sekolah ini pula adalah sebanyak 284 orang murid. Memandangkan
sekolah ini terletak di kawasan bandar, maka dengan itu terdapat 3 jenis bangsa yang
belajar di situ iaitu Melayu, Cina dan India. Sekolah ini juga lebih dikenali sebagai
Sekolah Pendidikan Khas kerana terdapat ramai juga pelajar Pendidikan Khas, juga
terdapat Pra-Sekolah di sini. Jadual di bawah menunjukkan maklumat mengenai murid
mengikut kelas.

Nama guru Bangsa Melayu Cina India Lain- Jumlah


lain

Kelas L P L P L P L P L P Ju
m

Pn.Sarimah 1 Amanah 21 13 1 1 22 14 36

Pn.Intan Safiana 1 Amal 17 6 2 19 6 25

En.Ahmad Azmi 2 Amanah 9 9 1 10 9 19

Pn.Nurhanani 2 Amal 8 11 8 11 19

En.Husni 2 Adil 13 3 1 14 3 17

Pn.Zuryati 3 Amanah 8 16 8 16 24

En.Nik Hasnan 3 Amal 11 14 11 14 25

En.Madini 3 Adil 10 8 3 13 8 21

Pn.Syuzaidi 4 Amanah 10 17 10 17 27

2
Pn.Norli 4 Amal 10 10 1 2 1 12 12 24

Pn.Norhaizan 5 Amanah 13 16 2 15 16 31

Pn.Vasughi 5 Amal 16 8 3 2 1 1 20 11 31

Pn.Sopia 6 Amanah 8 15 2 8 17 25

Pn.Hazirah 6 Amal 13 8 2 1 16 8 24

Pn.Rasyidah PPKP 25 5 1 1 27 5 32

Cik.Azuin PPKP 17 9 1 1 18 10 28

Pn.Dermata’siah Pra 10 8 10 8 18
Amanah

Pn.Rozatiah Pra Amal 12 8 12 8 20

Jumlah 231 184 1 15 7 6 2 253 193 44


6

Pra Sekolah 22 16 22 16 38

PKBP 42 14 1 2 1 45 15 60

Kelas Biasa 167 154 13 7 6 1 186 162 34


8

Pakaian Rasmi Untuk Kokurikulum Sukan dan Permainan

Semasa pelajar menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah, mereka diwajibkan


untuk memakai pakaian yang dikhaskan untuk aktiviti sukan dan permainan iaitu baju t-
shirt, seluar track dan kasut sukan. Perkara ini dibuat bagi memberi keselesaan kepada
murid-murid kerana merekaakan menjalani aktiviti lasak sepanjang waktu kokurikulum.

3
Contoh pakaian murid lelaki dan perempuan

Aspek Keselamatan dan Kebersihan

Sekolah ini tiada padang kerana tapak padang sekolah ini telah ditolak dan dibina
bangunan baru. Jadi, pihak sekolah ini terpakksa mengguna padang sekolah terdekat
untuk melakukan Sukan Tahunan dan aktiviti Ko-kurikulum.

Sebelum: guru akan pastikan murid-murid melakukan regangan dan memanas


badan selama 5 ke 10 minit untuk mengelakkan murid dari mudah tercedera selepas
berlari 2 pusingan di padang sekolah. Dari segi kebersihan, guru akan pastikan murid
memakai pakaian bersesuaian dan bersih sebelum melaksanakan aktiviti yang akan
dijalankan pada hari tersebut.

Semasa : guru sentiasa memenatau semasa murid melakukan aktiviti di


samping memberikan tunjuk ajar yang diperlukan. Aktivit akan dilakukan sehingga 10
minit sebelum habis waktu belajar. Aspek keselamatan sentiasa dititikberatkan supaya
sebarang kemalangan dapat dielakkan.

Selepas; selepas interaksi, murid akan dibenarkan pulang. Tapi sebelum


itu, murid adalah diperlukan untuk melaksanakan cooling down. Ini adalah untuk

4
mengelakkandari murid terdedah kepada risiko bahaya selepas interaksi seperti
ketegangan otot.

Tinjau Penglibatan Mereka (psikomotor, kognitif dan afektif)

Di sini kita dapat lihat murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan. Ini adalah kerana kanak-kanak adalah amat berminat dalam melakukan
aktiviti luar sesuai dengan sifat kanak-kanak yang amat meminati aktiviti luar sesuai
dengan kognitif murid. Penglibatan mereka juga akan meningkatkan psikomotor mereka
yang akan mengalami peningkatan dari segi psikomotor dan afektif. Murid dilihat amat
girang semasa nelaksanakan aktiviti fizikal dan sama-sama memberikan komitmen
berterusan semasa P&P dijalankan.

Semak papan notis bilik darjah/ sekolah untuk bahan-bahan seperti risalah,
gambar, berita tentang sukan dan permainan.

Setelah menyemak beberapa kelas, saya dapati jarang risalah-risalah atau berita
sukan dan permainan. Ini adalah kerana untuk melekatkan pelbagai artikel yang
melibatkan akademik sahaja seperti gambar-gambar dan latihan dalam matematik,
sains, bahasa melayu dan juga jadual kelas serta jadual bertugas.

5
Kesedaran murid-murid tentang kepentingan penglibatan dalam kokurikulum
sukan dan permainan.

Apa yang saya dapati adalah setelah sama-sama menyertai dan mengendalikan
salah satu daripada P&P PJ, saya dapati murid-murid sememengnya mengetahui
kepentingan melakukan aktiviti fizikal adalah untuk kesihatan diri dan dapat
meneglakkan penyakit. Murid-murid juga melibatkan diri dengan seratus peratus
dengan menunjukkan komitmen yang memebransangkan sebelum, semasa dan

6
selepas P&P. Murid-murid juga amat peka untuk membuat aktiviti dengan memberikan
sepenuh perhatian semasa proses P&P dilaksanakan. Fokus yang diberikan
memudahkan guru untuk mengajar murid. Dengan itu, isi pelajaran akan dapat
disampaikan dengan sepenuhnya dan murid-murid dapat memehami setiap perkara
yang diajar itu.

BAHAGIAN 2:

GURU

Kelulusan Guru yang Mengajar Kokurikulum

Rata-rata guru yang mengajar kokurikulum di sekolah ini tidak mempunyai kelulusan
yang khusus untuk mengajar kokurikulum. Mungkin pengalaman serta minat guru-guru

7
di sekolah ini yang menjadi bekalan untuk mereka bersungguh-sungguh mengajar
kokurikulum murid-murid. Kelulusan mereka yang tidak khusus kepada kokurikulum
tidak bermakna mereka tidak boleh membentuk pasukan untuk memenangi
pertandingan. Ini terbukti dengan kejayaan pasukan olahraga mereka serta kejayaan
lain dalam sukan dan permainan.

Pakaian, Kemahiran dan Persediaan Guru Semasa Mengajar

Semasa menjalankan program ini, tiada sebarang aktiviti kokurikulum dijalankan


kerana pihak sekolah sibuk dengan persiapan untuk menyambut Majlis Persaraan Mr
Sevalnadan iaitu salah seoarang guru lama di sekolah ini. Beliau juga merupakan
pemegang jawatan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SKPD. Maka, saya tidak
berpeluang melihat perjalanan sebarang aktiviti kokurikulum. Namun, hasil kerjasama
dari PK Kokurikulum yang telah menunjukkan album aktiviti yang telah dijalankan serta
gambar di papan kenyataan kokurikulum, saya telah mendapat serba sedikit maklumat
yang diingini.

Pakaian guru semasa mengajar sukan dan permainan adalah amat sesuai iaitu
baju t-shirt, seluar track dan kasut sukan. Namun, terdapat sebilangan guru yang
memakai pakaian ke pejabat kerana faktor masa yang tidak mengizinkan mereka untuk
pulang ke rumah untuk menukar pakaian yang sesuai.

Dari segi kemahiran guru pula, Unit Kokurikulum SKPD telah membahagikan
jenis sukan mengikut kemahiran yang telah sedia ada pada seseorang guru. Walaupun
mereka tiada kelulusan yang khusus dalam bidang sukan, tetapi mereka tetap
mempunyai kemahiran untuk mengajar kokurikulum. Ini dapat dibuktikan melalui
kejayaan yang telah diperoleh melalui pertandingan sukan yang disertai.

8
Para guru juga membuat persediaan sebelum mengajar kokurikulum. Daripada
sukatan dan perancangan yang telah ditunjukkkan, dapatlah disimpulkan disini bahawa
kesemua guru melakukan persediaan yang rapi supaya waktu kokurikulum dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin. Unit kokurikulum juga telah membuat takwim dan
perancangan mingguan hinggalah tahunan.

Secara keseluruhannya, guru-guru disini mengambil berat mengenai aktiviti


kokurikulum murid, ini dapat dilihat melalui persediaan sebelum mengajar serta
perancangan tahunan yang telah dibuat oleh guru serta Unit Kokurikulum SKPD.

BAHAGIAN 3:

Jawatankuasa Induk Kokurikulum

9
Jawatankuasa Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa tahun 2009

Pengerusi : Pn. Rosita Bt. Abu Bakar (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En. Salvanathan a/l Ellathamby (P/Kanan Kokurikulum)

Setiausaha Kokurikulum : Pn. Vasughi a/p Mottan

Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam : En. Fairuz Aswad b. Abdullah

Penyelaras Kelab dan Persatuan : Pn. Lily bt. Zubir

Penyelaras Sukan dan Permainan : En. Zailan b. Hamid

Ahli Jawatankuasa :

1. Pn. Norhaizan Bt. Musa


2. Pn. Sopia Bt. Awang
3. En Syamsul Kamal b. Mat Ali
4. Cik Iszam Rohaida bt Yahya
5. En. Mazlan B. Majid
6. Pn. Nur Hidayah bt. Mahtar
7. En. Mohd Azham b. Abdul Zaman
8. Pn. Syazwani Khairunnisa
9. En. Zakaria b. Hasan

Kekerapan Mesyuarat

Daripada pemerhatian dan maklumat yang telah saya perolehi daripada Penolong
Kanan Kokurikulum, mesyuarat bagi penyelaras Unit Kokurikulum diadakan sebulan
sekali. Ini bertujuan untuk merancang dan memastikan segala aktiviti yang akan dibuat

10
berjalan dengan lancar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi maklumat terkini
kepada semua penyelaras kokurikulum jika terdapat sebarang pekeliling baru yang
dihantar oleh pihak Kementerian Pelajaran. Bagi mesyuarat bersam murid pula
diadakan dua kali sebulan iaitu semasa perjumpaan mingguan diadakan. Guru
pembimbing akan memberi penerangan kepada pelajar mengenai aktiviti yang akan
dijalankan serta melantik jawatankuasa tertinggi persatuan.

Agenda Serta Minit Mesyuarat

Kebanyakan agenda mesyuarat yang diadakan adalah bagi merancang aktiviti


sepanjang tahun. Pada awal tahun misalnya, agenda mesyuarat di SKPD biasanya
tertumpu kepada perlantikan ahli jawatankuasa kokurikulum serta pengagihan kelab,
persatuan, badan uniform serta sukan kepada guru-guru sebagai pembimbing. Selain
itu, setiausaha kokurikulum yang dilantik akan membentangkan perancangan aktiviti
sepanjang tahun pada mesyuarat kali kedua.

Menurut PK Kokurikulum lagi, mesyuarat bulanan pula diadakan jika terdapat sebarang
pertandingan yang ingin disertai. Ini bagi membolehkan proses pengagihan tugas dapat
dilakukan untuk melancarkan persiapan untuk menghadapi pertandingan. Contoh minit
mesyuarat bagi mesyuarat-mesyuarat lepas yang telah diadakan oleh guru-guru SKPD
seperti dihalaman sebelah.

Peranan dan Aktiviti Panitia

Jawatan panitia Kokurikulum disesebuah sekolah rendah bolehlah dianggap sebagai


Penolong Kanan Kokurikulum. En. Salvanathan a/l Ellathamby telah dilantik sebagai

11
PK Kokurikulum bagi SKPD. Di antara tugas dan tanggungjawab beliau ialah menyelia
aktiviti unit pakaian seragam, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan seperti
perkhemahan agung, penyertaan pertandingan, latihan mingguan serta dari segi
peralatan dan pakaian. Beliau juga perlu menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan agar aktiviti akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Seterusnya, panitia sekolah juga telah menyediakan takwim bagi kegiatan sukan dan
permainan sekolah. Dari perancangan mingguan hinggalah tahunan telah dirancang
oleh beliau dan berkat ketelitian beliau untuk merancang aktiviti telah menampakkan
hasil dengan kejayaan yang diperoleh oleh pihak sekolah.

Banyak program dan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh panitia
kokurikulum sekolah ini. Daripada perancangan mingguan hinggalah tahunan disusun
secara sistematik didalam buku perancangan dan pengurusan sukan yang telah
ditunjukkan kepada saya. Banyak program yang telah dibuat seperti sukan tahunan,
latihan sukan, latihan untuk pertandingan, MSSD, mesyuarat unit sukan dan banyak
lagi. Di halaman sebelah terdapat contoh program yang dirancang oleh panitia PJ
sekolah ini.

Penilaian Kecergasan Fizikal Murid-Murid

Sekolah ini mementingkan kecergasan. Ujian Kecergasan Fizikal diadakan sebanyak 2


kali dalam masa setahun. Segala peralatan dan kemudahan adalah lengkap untuk

12
kegunaan guru dan pelajar. Selaku guru pelatih Pendidikan Jasmani, kami telah
mengambil dan menjalankan ujian kecergasan ini semasa kami berada di sekolah ini.
Kami menggunakan pelajar darjah 5.

Peraturan/Prosedur Pelaksanaan Kokurikulum Sukan dan Permainan

Prosedur pelaksanaan adalah berdasarkan jadual yang disediakan Ketua


Panatia. Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu adalah aktiviti persatuan dan kelab. Pada
hari khamis pula adalah aktiviti sukan dan permainan. Bagi unit beruniform, masa
diperuntukkan adalah 2 jam seminggu. Biasanya akan dilaksanakan pada hari Selasa
dan Rabu. Semua peraturan adalah tertakluk pada perlembagaan setiap badan
beruniform, persatuan, kelab serta sukan dan permainan.

BAHAGIAN 4:
PENTADBIR

13
Peruntukan Kewangan

Kewangan untuk panitia bagi kegunaan murid-murid di sekolah diperoleh daripada


Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Peruntukan Kokurikulum. Bagi sekolah rendah
yang mempunyai murid 151 orang ke atas, pihak kementerian akan memberi RM10
bagi setiap pelajar. SKPD mempunyai murid seramai 284 orang dan layak untuk
menerima peruntukan tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga boleh memohon
peruntukan kewangan kepada pihak kementerian jika terdapat sebarang program
pembangunan kokurikulum seperti perkhemahan, anjuran kejohanan dan sebarang
seminar atau kursus yang dirancang kepada pelajar. Pihak kementerian juga turut
memperuntukkan kira-kira RM1500 setahun bagi setiap sekolah untuk membeli
peralatan dan kemudahan sukan. SKPD lebih mengutamakan kemudahan buku dan
alatan tulis, semuanya adalah untuk pelajar sekolah. Sehinggakan sekolah ini berjimat
sebaik mungkin dalam semua perbelanjaan kerana ingin melihat projek bangunan baru
yang kian tergendala sehingga kini siap seperti sekolah-sekolah rendah lain. SKPD
telah menerima bantuan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Surat-surat Pekeliling yang Berkaitan Kokurikulum

Hasil daripada kolaborasi dengan Penolong Kanan Kokurikulum dan setiausaha sukan
SKBD, saya telah didedahkan serta ditunjukkan contoh-contoh surat pekeliling
berkaitan Pendidikan Jasmani yang dihantar kepada pihak sekolah. Contoh surat
pekeliling yang ditunjukkan seperti surat jemputan ke pertandingan, peruntukan
kewangan, jemputan ke mesyuarat dan peruntukan masa untuk aktiviti kokurikulum.

BAHAGIAN 5:

SEKOLAH

14
Kemudahan Sukan

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan disekitar sekolah sepanjang menjalani


program ini, banyak kemudahan sukan yang disediakan di sekolah ini. Antaranya
gelanggang dan alatan sukan. Sekolah ini tidak mempunyai padang kerana telah ditolak
untuk membina bangunan baru. Pihak sekolah hanya menggunakan padangg sekolah
lain untuk menganjurkan sukan tahunan.

Sekolah ini mempunyai satu gelanggang bola tampar sahaja yang juga dijadikan
sebagai tapak perhimpunan pagi. Lain-lain acara menggunakan padang sekolah lain.

Bagi alatan sukan seperti bola sepak, bola tampar, bola baling, kayu hoki dan lain-lain
terdapat di stor sukan sekolah ini. Barangan ini dijaga dan disusun dengan baik bagi
mengelakkan kerosakan. Sekolah ini juga turut membuat jadual tugasan menjaga stor
sukan bagi urusan keluar masuk alatan.

Keselamatan dan Budaya Sukan

15
Aspek keselamatan ketika menjalani aktiviti kokurikulum sukan dan permainan adalh
amat dititikberatkan oleh SKPD. Ini kerana bagi mengelakkan sebarang perkara yang
tidak diingini berlaku seperti kecederaan dan kemalangan. Oleh itu pihak sekolah telah
mengambil beberapa langkah keselamatan dengan memastikan rumput di padang
sentiasa dalam keadaan yang baik dan tidak terlalu panjang. Ini bagi mengelakkan
sebarang kemungkinan terdapat kaca atau benda-benda tajam yang terdapat dipadang
yang mungkin akan terselindung jika keadaan rumput terlalu panjang. Pihak sekolah ini
akan menempah dan membersihkan sendiri padang yang hendak digunakan.

Selain itu, pihak sekolah juga turut mengedarkan surat kebenaran ibubapa jika terdapat
sebarang kejohanan yang ingin disertai. Pihak sekolah juga turut membuat polisi
insurans kepada murid untuk menjamin diri murid jika berlaku kecederaan atau
kematian dalam menjalankan aktiviti. Susunan alatan di stor sukan juga turut
diambilkira untuk mengelakkan berlaku semasa proses keluar masuk alatan.

Langkah keselamatan yang seterusnya ialah sebelum murid melakukan aktiviti


kokurikulum, para guru akan bertanyakan dahulu murid mengenai tahap kesihatan
mereka. Jika terdapat murid yang tidak sihat, guru tidak akan membenarkannya untuk
menjalani aktiviti kokurikulum dan akan menghantar murid tersebut kepada ibubapa
mereka untuk tindakan lanjut. Sepanjang kelas kokurikulum berjalan, guru juga akan
mengawasi pergerakan murid-murid supaya tiada kemalangan berlaku.

Mengenai budaya sukan pula, sekolah ini nyata menerapkan budaya sukan yang positif
kepada para murid dengan menggalakkan murid bersukan pada waktu petang. Pihak
guru juga turut memberi kerjasama dengan datang pada waktu petang untuk
menguruskan stor sukan bagi urusan pinjaman alatan kepada pelajar untuk bermain.

Selain itu, pihak sekolah juga turut mengadakan pertandingan sukan dan permainan di
peringkat sekolahbagi menggalakkan murid menyukai bidang sukan. Guru juga turut
menyediakan satu papan kenyataan untuk sukan yang member informasi kepada murid
mengenai kejayaan atlit Negara serta kejayaan yang telah diperoleh oleh atlit sekolah
supaya dapat menjadi pembakar semangat kepada mereka semua.

REFLEKSI

16
Saya berasa gembira dan berpuas hati kerana dapat melaksanakan Pengalaman
Berasaskan Sekolah ini tanpa sebarang masalah. Sepanjang berada di Sekolah
Kebangsaan Polis Depot, saya berasa sungguh gembira. Hal ini kerana, warga SKPD
telah melayan saya dan beberapa orang rakan saya yang lain dengan baik sekali.
Situasi ini menambahkan lagi keyakinan diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apa yang saya perhatikan semasa melakukan PBS di sekolah ini, guru-guru di
sekolah ini begitu komited dalam melaksanakan tugas masing-masing. Setiap masa
mereka terisi dengan tugas dan kerja yang berfaedah. Keadaan ini sedikit sebanyak
telah memberi kesan kepada saya untuk terus memperbaiki kelemahan diri demi
menjadi seorang guru yang berkualiti. Tambahan lagi, mereka mampu melahirkan
murid-murid yang cemerlang seterusnya dapat menjadi modal insan yang berkualiti.
Selain itu, guru besarnya juga sangat mengambil berat tentang keadaan sekolah.
Beliau akan memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik supaya
sesi P&P dapat berjalan dengan baik. Suasana bilik darjahnya juga sangat kondusif dan
ceria memandangkan sekolah ini adalah sekolah baru. Seperti yang kita tahu, suasana
yang kondusif dan ceria merupakan aspek terpenting dalam menaikkan semangat
belajar dalam diri pelajar.

Di sini, saya berharap dengan ilmu yang dapat membantu saya memperbaiki diri
bukan sahaja untuk profesion keguruan malah sebagai seorang insan. Sekali lagi saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu
saya menyiapkan tugasan ini. Diharap saya dapat menguasai kemahiran wajib yang
diperlukan supaya persediaan untuk ke sekolah kelak tidak menjadi cacat dan tidak
baik. Tidak lupa juga kepada rakan saya yang bersama-sama melakukan PBS ini.

Sekian,

Yang menjalankan tugas,

Lampiran
17
18

You might also like