You are on page 1of 3

SULIT [Type text] 3757/2

SOALAN ESEI
Arahan : Jawab tiga (3) soalan sahaja.

1. Baca kes di bawah ini dengan teliti.

· RM 355,000 – kadar faedah tahun pertama 2.7% setahun


· Potongan harga sebanyak 5% untuk bumiputera
· Kemudahan overdraf disediakan atas pinjaman yang diluluskan
· Pengeluaran caruman KWSP untuk bayaran pendahuluan akan diaturkan
· Pinjaman maksimum 90% dan tempoh pinjaman selama 25 tahun disediakan

Nyatakan peranan wang dengan harga bangunan industri sebanyak RM355,000.


[6 markah]

Bagaimanakah kawalan ke atas kadar faedah oleh kerajaan dapat mempengaruhi


permintaan terhadap bangunan perusahaan?
[5 markah]
Bank Negara mengambil tindakan untuk mengawal pasaran bangunan industri
semasa ekonomi mengalami inflasi. Jelaskan apakah tindakan yang perlu diambil
terhadap syarat sewa beli yang berikut;-

(a) Tempoh bayaran balik pinjaman


[3 markah]

(b) Jumlah pinjaman maksimum yang dapat diberikan oleh bank


[3 markah]

1
SULIT [Type text] 3757/2

2. Baca kes di bawah ini dengan teliti.

Encik Alias ialah seorang pesara guru yang telah menerima wang ganjaran sebanyak
RM200 000. Beliau bercadang menabung 40% daripada wang ganjaran tersebut untuk tempoh
satu tahun di sebuah institusi kewangan. Institusi itu menawarkan kadar faedah 2.5% setahun
bagi simpanan tabungan dan kadar faedah 3.5% setahun bagi simpanan tetap. Beliau membuat
keputusan untuk menabung dalam simpanan tetap.
Sementara itu, Encik Alias telah membuka perniagaan batik secara kecil-kecilan
dengan menggunakan baki wang ganjaran tersebut. Memandangkan permintaan terhadap batik
tempatan semakin meningkat, beliau bercadang untuk membesarkan perniagaannya tetapi
beliau menghadapi masalah modal yang tidak mencukupi. Beliau telah berusaha mendapatkan
modal daripada beberapa sumber. Oleh kerana berlakunya inflasi pada masa tersebut, beliau
sukar untuk memperoleh pinjaman.
Akhirnya beliau merujuk kepada institusi kewangan tempat beliau membuka akaun
tetap. Oleh kerana tempoh tabungan telah matang beliau mengeluarkan wangnya dan
membuka deposit semasa sebagai cara untuk memperoleh pinjaman.
Setelah berkaya memperoleh modal tersebut, perniagaan beliau semakin maju. Dua
tahun kemudian, beliau mendapati potensi industri batik tempatan boleh dikembangkan ke
peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, pasaran batik tempatan menghadapi saingan
daripada batik Indonesia. Encik Alias berharap kerajaan akan mengenakan sekatan-sekatan
perdagangan antarabangsa untuk melindungi industri batik tempatan tanpa menjejaskan
hubungan diplomatic dengan rakan dagang.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Adakah anda bersetuju dengan keputusan menabung yang dibuat oleh Encik Alias?
Terangkan alasan anda.
[5 markah]

(b) Jelaskan sumber-sumber pinjaman yang boleh membantu Encik Azli menambahkan
modal.
[8 markah]

(c) Terangkan cara kerajaan mengawal inflasi.


[12 markah]

2
SULIT [Type text] 3757/2

3. Jadual dibawah menunjukkan peratus sumbangan sektor utama kepada guna tenaga.

Tahun (% daripada Guna Tenaga)


Jenis sektor 1960 1970 1980 1990
Sektor utama 61.3 41.4 41.4 28.4
Sektor kedua 9.8 21.3 21.3 25.9
Sektor ketiga 28.9 37.3 37.3 45.7

i. Berdasarkan jadual di atas, lukiskan graf palang berganda bagi menunjukkan


sumbangan setiap sektor ekonomi kepada guna tenaga. (15 markah)
ii. Terangkan masalah yang dihadapi oleh Negara jika terus bergantung kepada sektor
utama. (5 markah)
iii. Apakah kesan pergantungan Ekonomi Negara kepada Sektor utama (5 markah)

4.
i. Nyatakan sumber-sumber ekonomi Malaysia yang mengalami kesusutan dan
kepupusan sumber. (5 markah)

ii. Mengapakah pergantungan ekonomi kepada sektor utama menyebabkan pendapatan


Negara menjadi tidak stabil? (6 markah)

iii.Huraikan kesan ke atas guna tenaga berikutan ekonomi kepada sektor utama beserta
contoh. (7 markah)

iv. Nyatakan dua komoditi utama yang dieksport oleh Negara sebelum merdeka.
(2 markah)

v. Apakah dua dasar yang diperkenalkan oleh kerjaan pada tahun 1960-an untuk
meningkatkan sumbangan sektor kedua? (2 markah)

vi. Apakah tiga ( 3) sektor dari sektor utama yang melibatkan pengeluaran bahan
mentah secara langsung daripada alam semula jadi tanpa mengubah suai bentuk
barang? (3 markah)

-SOALAN TAMAT-

You might also like