You are on page 1of 3

Khasiat Buah Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti
akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan
dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.
Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk
senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal
dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa
jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan
jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang
mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh
manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan
kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu
meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin
dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:


Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya
sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan,
mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah
pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan
menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan
usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang
susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat
membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu
pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa
panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah
untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk
dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan
nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem
saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:


Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada
pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian
mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga
menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan
mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.
Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan
organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan
kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua
fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung
mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar
(cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):


Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada
cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan
semulajadi yang membaikpulih mud kita..

Ketagihan Rokok & Tembakau:


Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan
magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih
kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung,
menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres,
kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat
diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai
diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:


Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah
kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang,
tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan
plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan
dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali
fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan
potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati…

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang
sehari dapat menjauhkan doktor!

PS : Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu


sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam
kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.
Menakjubkan!

You might also like