You are on page 1of 4

SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada


lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau,
yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah
sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam
masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting
untuk orang kampung. 

1. LAGENDA
Lagenda adalah cerita rakyat yang di ambil daripada peristiwa tokoh atau tempat
yang benar-benar wujud tetapi diberikan nilai tambah (tokok tambah) untuk
mengukuhkan tokoh atau tempat sehingga ianya menjadi keramat ataupun misteri. 

Puteri Santubong Puteri Sejinjang

Cerita legenda ini berasal dari Sarawak. Boleh juga dikatakan cerita asal usul
gunung Santubong dan gunung Sejinjang yang terdapat di Sarawak sehingga hari ini.
Konon ceritanya pada zaman dahulu kala di sebuah negeri Sarawak terdapat dua
buah kampung yang berjiran tetapi sentiasa bermusuhan; Kampung Pasir Kuning dan
Kampung Pasir Putih.

Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua


orang puteri kayangan bersaudara pupu turun ke bumi dan memimpin penduduk
kampung berusaha menuju kearah kemakmuran. Puteri Santubong memimpin Pasir
Kuning, Puteri Sejinjang pula Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri telah bersumpah
tidak akan bermusuhan sesama sendiri dengan terikut-ikut dengan perangai penduduk
yang dipimpin. Kedua-dua kampung mulai mengecap kemakmuran. Kain tenunan
Puteri Santubong begitu unik dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Sementara
tanaman padi di Kampung jiran begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat


kehadiran orang dagang, termasuklah Putera Serapi dari
Matang yang segak itu, akhirnya bercinta dengan Puteri
Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana
pinangannya ditolak. Kampung Pasir Putih dibakar oleh
Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak Puteri
Sejinjang. Puteri itu lari ke istana Puteri Santubong,
bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta. Bibik permusuhan
lantaran cemburu telah membawa kepada perkelahiran
kedua mereka. Akhirnya, kerana langgar sumpah mereka
bertukar menjadi gunung.
2. CERITA RAKYAT

Awang Perut Buncit

Di hujung negeri Intan Saujana ada sebuah kampung kecil yang diberi nama
Kampung Teluk Sabuh. Seorang nelayan bernama
Pak Laha tinggal bersama keluarga di Kampung Teluk
Sabuh. Mak laha bercucuk tanam membantu Pak Laha
mencari rezeki. Mereka ada seorang anak bernama Awang
Tembam. Mereka sekeluarga hidup aman dan damai.
 
Awang tembam tidak dapat menolong Pak Laha ke laut
kerana perutnya yang sangat buncit. Konon ceritanya, perut
Awang Tembam lebih besar dari perut perempuan yang
mengandung sembilan bulan. Agaknya kerana itu la dia
dipanggil Awang Perut Buncit oleh orang kampung.
 
Kakak-kakak Awang Tembam yang membantu Mak Laha di
kebun selalu merungut
 
“Kami yang penat bekerja, Tembam pula yang makan lebih”, kata mereka.
 
Pada suatu petang, negeri Intan Saujana diserang oleh raja negeri Setampuk
Pinang. Dalam masa sehari saja, negeri Intan Saujana tewas. Namun rajanya tidak
mengaku kalah sebaliknya raja Intan Saujana mencabar Raja Setampuk Pinang untuk
beradu satu lawan satu dalam berbagai acara.
 
Malangnya semua askar-askar Intan saujana kalah di dalam semua acara yang
dipertandingkan oleh askar dari negeri Setampuk Pinang.
Sekarang hanya tinggal satu acara sahaja iaitu bertanding
melaga perut buncit.
 
Maka Awang Tembam pun diperintahkan
ke istana. Pak Laha dan Mak Laha menangis
melepaskan Awang Tembam. Awang
Tembam pun tampil ke tengah gelanggang
dan mula mencabar satu persatu pahlawan
Setampuk Pinang.
 
Dalam masa yang singkat Awang
Tembam berjaya mengalahkan semua pahlawan Setampuk Pinang dan
Raja mereka pun berangkat pulang ke negerinya dengan penuh rasa
malu. Maka selamatlah negeri Intan Saujana.
3. MITOS
Mitos adalah cerita berdasarkan kepercayaan tentang sesuatu kejadian dan
peristiwa bagaimana timbulnya nama sesuatu tempat seperti negeri, kampung dan
sebagainya. Peristiwa yang dimaksudkan itu mesti lah luar biasa dan luar daripada
fikiran manusia (tidak masuk akal).

Puteri Buluh Betung

Pada suatu hari Raja Muhammad pergi dengan sekalian rakyatnya menebas
rimba. Di tengah rimba itu terdapat serumpun betung yang amat tebal. Maka rakyat pun
menebas betung itu, tetapi bila ditebas betung itu tumbuh
semula. Rakyat cuba tebas lagi betung itu tetapi masih
keadaan masih sama. Apabila Raja Muhammad melihat
kejadian itu, baginda sendiri cuba menebas betung itu sendiri,
maka habis semua betung berjaya ditebas sehinggalah tiba
ditengah betung. 
 
Baginda terlihat sebatang betung yang ditengah seperti ada rebung seakan-akan
badan manusia. Maka baginda memarang rebung itu dan keluarlah seorang kanak-
kanak perempuan yang terlalu cantik paras rupa dan badannya. Didukungnya kanak-
kanak itu keluar dari rebung betung tadi lalu dibawa balik ke istana baginda. Melihat
baginda raja mendukung kana-kanak perempuan, isterinya gembira bertanya pada
baginda dapat kanak-kanak ini dari mana dan siapa ibubapanya.
 
Baginda pun menjelaskan pada isterinya bahawa dia menjumpai kanak-kanak ini
ketika menebas betung di rimba bersama sekalian rakyat. Kanak-kanak ini baginda
jumpa di dalam rebung betung itu jelas baginda. Oleh kerana kanak-kanak ini berasal
dari betung maka baginda pun menamainya Puteri Betung. Baginda dan isterinya
memelihara puterinya seperti anaknya sendiri lengkap dengan pengasuh dan pakaian
diraja. Semakin kasih baginda terhadap puterinya itu, makin hari makin besar dan rupa
paras makin jelita.
 
Khabar berita mengenai Raja Muhammad mendapat kanak-kanak di dalam
rebung betung mendapat perhatian kekandanya, Raja Ahmad. Maka baginda dan
isterinya berangkatlah pergi untuk melihat kanak-kanak yang diperolehi oleh adindanya
itu. Setelah seharian berjalan berangkat tiba juga baginda di rumah adindanya itu.
Kedatangan baginda berdua disambut dengan hormat oleh adindanya Raja Muhammad
serta isteri. Maka berbual-buallah baginda dua beradik perihal semasa sambil menjamu
sirih yang dipersembahkan kepada kekandanya.
 
Setelah itu Raja Ahmad berkata. “Hai, adinda Raja Muhammad, manakah anak
tuan itu, kekanda hendak melihat.” Maka kata Raja Muhammad, “ Hai inang pengasuh,
bawalah anakku itu ke mari.”

You might also like