You are on page 1of 16

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM

Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

Pengenalan

Definisi Nilai
Membuat pentafsiran nilai adalah amalan harian bagi kebanyak individu. Menilai
merupakan satu amalan berterusan bagi kita. Kehidupan memaksa kita membuat pilihan,
mentafsir sesuatu sama ada baik atau buruk dan cuba menetapkan suatu kadar nilai. Kita
mungkin memuji atau mencela, melabel satu-satu tidakan itu sebagai betul atau salah
atau menyifatkan suatu pemandangan itu sebagai cantik atau sebaliknya.
Apabila memperkatakan tentang definisi nilai, apakah sebenarnya nilai itu? Ahli-
ahli falsafah belum lagi mencapai persetujuan bagaimana hendak memberikan definisi
nilai. Ini kerana ia lebih kepada satu konsep yang kompleks disebabkan berbentuk
abstrak dan tidak dapat disentuh atau dilihat. Walau bagaimanapun nilai boleh
diterangkan dengan melihat ciri-ciri amnya di mana dengan melihat penonjolan secara
lisan atau perlakuan seseorang.
Nilai juga merupakan persepsi manusia tentang apa yang dianggapnya berharga,
penting dan ingin dimiliki mereka dalam kehidupan. Ia adalah amalan harian bagi
kebanyakan individu. Bagi Raths, Harmin dan Simon (1980), mereka mendefinisi nilai
sebagai garis panduan umum terhadap tingkahlaku. Manakala bagi William A. Scott
(1965), beliau menyamakan nilai dengan moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai
satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai
sesuatu kebaikan atau keburukan.
Nilai juga adalah satu ukuran yang standard dan prinsip kita dalam
mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai ialah kriteria bagi kita menimbangkan
sesuatu benda ( objek, idea, tingkahlaku dan situasi ) sebagai baik, berfaedah atau
sebaliknya.

HBME1203
1 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

Konsep Nilai Murni

Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penekanan kepada unsur


bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaran masteri,
pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akses kendiri amat diperlukan. Di
samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan.
Pengajaran nilai harus berfokus pada model insan menyeluruh yang meliputi tiga
dimensi moral yang saling berkaitan. Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga
dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Pendidikan
Moral yang efektif seharusnya membantu murid supaya memahami nilai-nilai murni,
menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya, serta mengamalkannya dalam
kehidupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk menjadikan seseorang murid
mencapai tahap kematangan moral.

Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri


Pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dan
kerohanian, selaras dengan norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh
kesedaran hati nurani seseorang insan.

a) Kepercayaan kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan
Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara.

b) Kebersihan Fizikal dan Mental


Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap
perlakuan.

HBME1203
2 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

c) Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan.

d) Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,


kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

e) Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

f) Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas.

g) Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri
dan orang lain.

h) Kejujuran
Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

i) Baik Hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan
memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

HBME1203
3 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

j) Berterima Kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga


Kewajipan dan tanggungjawab diri dalam menghormati dan menjaga maruah
setiap anggota keluarga demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama.

a) Kasih Sayang terhadap Keluarga


Perasaan cinta dan sayang yang mendalam serta berkekalan terhadap keluarga
demi melahirkan keluarga bahagia.

b) Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga


Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan
secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

c) Tanggungjawab terhadap Keluarga


Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk
melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat


Peranan dan tanggungjawab diri sebagai angota masyarakat yang menghayati
kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.

a) Tanggungjawab terhadap Masyarakat

HBME1203
4 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan


sempurna sebagai anggota masyarakat.

b) Toleransi dalam Masyarakat


Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

c) Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan
bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat.

d) Peka terhadap Isu-isu Sosial


Bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang berlaku
dalam masyarakat dan berusaha menyelesaikannya.

Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar


Peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta melibatkan diri secara positif
dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
a) Kebersihan dan Keindahan Persekitaran
Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar sentiasa bersih dan ceria demi
kesejahteraan hidup.

b) Menyayangi Alam Sekitar


Mencintai dan menghargai alam sekitar demi mengekalkan keharmonian hidup.

c) Peka terhadap Isu Alam Sekitar

HBME1203
5 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha
menyelesaikannya.

Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara


Peranan dan tanggungjawab setiap warganegara mentaati, mematuhi dan setia
kepada negara serta patuh kepada peraturan dan undang-undang untuk kesejahteraan
dan keharmonian negara berdasarkan prinsip Rukun Negara.
a) Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja dan Negara
Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada pemimpin dan raja serta setia
kepada negara.

b) Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang


Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan
sebagai amalan hidup.

c) Cinta akan Negara


Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan
negara melebihi kepentingan diri.

d) Keamanan dan Keharmonian


Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di kalangan rakyat
Malaysia serta masyarakat global.

Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu diberi kepada
pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar bagi
membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional
dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks.
Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan
memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia yang
peka kepada isu atau permasalahan yang berlaku dan mampu membuat ramalan,

HBME1203
6 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

menjangka akibat serta mengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan


hidup.
Di samping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
perlu dikuasai oleh murid supaya mereka menjadi generasi yang celik teknologi serta
dapat memanfaatkannya dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup
bersama

Analisis Kekerapan Nilai Murni Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 5

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan
insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai
murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi
mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia harus dipupuk
sama ada secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.

Antara nilai-nilai murni yang diterapkan dalam proses Pengajaran dan


Pembelajaran bagi pelajar tahun lima sekolah rendah ialah seperti yang dijadualkan di
bawah ini :

Nilai-Nilai Murni Yang Diterapkan


Baik hati Kejujuran
Berdikari Kerajinan
Hemah tinggi Kerjasama
Hormat-menghormati Kesederhanaan
Kasih sayang Kesyukuran
Keadilan Patriotisme
Kebebasan Rasional
Keberanian Semangat bermasyarakat
Kebersihan fizikal dan mental

Nilai Murni yang Diterapkan

HBME1203
7 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

Namun, kekerapan yang diterapkan dalam setiap unit pelajaran adalah berbeza
mengikut kesesuaian tajuk yang diterajui pada minggu tersebut berdasarkan Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 5. Nilai-nilai
yang ada tidak hanya berpandukan kepada penerapan seperti yang dijadualkan di atas
sebelum ini. Setiap unit pelajaran menerapkan nilai yang berbeza.
Judul : Buku Teks Bahasa Melayu
Tahun : 5

Bil. Nilai Murni Kekerapan Peratus %


1 Kerjasama 7 30.4%
2 Hormat-menghormati 6 26%
3 Sopan Santun 5 22%
4 Rasional 4 17.3%
5 Berdikari 3 13%
6 Keberanian 3 13%
7 Keadilan 3 13%
8 Kejujuran 3 13%
9 Patriotisme 3 13%
10 Hemah tinggi 2 8.7%
11 Kerajinan 2 8.7%
12 Kebersihan fizikal dan mental 2 8.7%
13 Kesederhanaan 1 4.3%
14 Kesyukuran 1 4.3%
15 Gotong Royong 1 4.3%
16 Kasih sayang 1 4.3%
17 Prihatin 1 4.3%
18 Sabar 1 4.3%
19 Kebebasan 1 4.3%
20 Bertanggungjawab 1 4.3%

HBME1203
8 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

21 Menghargai 1 4.3%
22 Berjimat-cermat 1 4.3%
23 Berhati-hati 1 4.3%
Jumlah 54 100%

Kekerapan Nilai Murni

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa nilai murni yang paling
dititikberatkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 mahupun Pendidikan Moral
ialah nilai Kerjasama. Sesuai dengan konsep “Satu Malaysia” yang dianjurkan oleh
Perdana Menteri Malaysia Yang Keenam, Dato’ Seri Najib Tun Razak bermotifkan
kepada kerjasama antara kaum. Ini tidak bermaksud nilai-nilai yang lain tidak penting,
bahkan sama pentingnya juga dengan nilai yang lain. Tetapi, yang terutama ialah nilai
kerjasama yang menuntut kepada kesepaduan dan saling kerja antara semua kaum yang
ada di Malaysia.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai murni ialah
untuk memberi pemahaman yang sewajarnya kepada para pelajar betapa pentingnya
praktikal nila-nilai murni tersebut. Faedahnya bukan sahaja kepada pelajar, malah
kepada guru dan masyarakat yang mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Justeru,
aplikasi moral ini dapat dilihat keberkesanannya jika amalan ini dijadikan sebagai rutin
harian dalam kehidupan para pelajar, guru dan masyarakat.

Cadangan Praktikal

Untuk merealisasikan konsep nilai-nilai murni ini pihak sekolah tidak melepaskan
peluang untuk menganjurkan satu program bagi mendidik para pelajarnya mengenai
pemahaman nilai tersebut. Aplikasi nilai-nilai ini boleh diterjemahkan dalam bentuk
program realistik yang melibatkan para pelajar, guru dan masyarakat setempat.
Bersesuaian dengan seruan kerajaan mengenai konsep “Satu Malaysia”, pihak sekolah
perlu menganjurkan pelbagai program yang bertemakan nilai-nilai murni tersebut demi
merealisasikan seruan negara ini.
HBME1203
9 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

Umum mengetahui bahawa negara Malaysia dihuni oleh masyarakat pelbagai


kaum, iaitu Melayu, India, Cina, Kadazan, Bidayuh dan seumpamanya. Oleh itu, wajarlah
program yang dianjurkan bertemakan kepelbagaian kaum dan melibatkan masyarakat
setempat. Faedahnya, rakyat dapat mengenal keistimewaan dan keaslian setiap kaum
yang terdapat di Malaysia. Walaupun di sesuatu tempat tidak melibatkan semua kaum,
cukuplah sekadar melibatkan kaum-kaum yang ada di sekitar sekolah tersebut. Program
seumpama ini amat penting demi mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara kaum
dan menerapkan sikap tolong-menolong, hormat-menghormati dan sebagainya antara
kaum.
Berikut merupakan antara langkah yang boleh di praktikkan kepada murid-murid
ke arah menyemai nilai-nilai murni dikalangan mereka. Nilai murni dapat disampaikan
secara langsung dan tidak langsung melalui program yang dirancang oleh guru dan pihak
sekolah. Antaranya ialah:

a) Menghadiri kursus, ceramah atau seminar moral

Langkah pertama yang boleh diambil oleh seseorang guru untuk memantapkan
kefahaman murid mereka tentang nilai murni ialah dengan menghadiri kursus, ceramah
atau seminar yang berkaitan. Antara kursus yang boleh dihadiri ialah anjuran pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Semakan Pengajaran Pendidikan Moral, Kursus
Peningkatan Pemahaman Moral, Kursus Semakan Pengajaran Sivik dan
Kewarganegaraan atau sebagainya yang berkaitan dengan mata pelajaran Moral. Kursus
ini diadakan secara teori dan amal dan ia sudah pasti akan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan, di samping memberi pendedahan kepada guru tentang nilai-nilai terpuji
yang sepatutnya diamalkan dikalangan masyarakat kita.
Kursus yang dianjurkan ini akan didedah dan diterangkan secara terperinci setiap
satu daripada nilai-nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran sekolah rendah.
Selain itu juga, guru-guru akan diajar secara praktikal bagaimana untuk mengaplikasikan
nilai-nilai murni ini ke jiwa anak-anak murid mereka melalui pelbagai aktiviti berkumpulan.
Ini akan memantapkan lagi kefahaman guru-guru selepas melalui pengalaman
sebenar dalam menerapkan nilai murni kepada pelajar. Inilah yang dinamakan ‘ belajar

HBME1203
10 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

melalui pengalaman’. Ia juga akan memudahkan para guru dalam meningkatkan


keberkesanan dalam menerapkan nilai-nilai terpuji pada setiap pelajarnya supaya lebih
dihayati dan dapat dijadikan amalan sepanjang masa.

b) Mengadakan Majlis ilmu

Majlis-majlis ilmu lebih-lebih lagi yang bercorak keagamaan seperti kuliah dan
ceramah agama anjuran pelbagai pihak boleh dihadiri oleh murid supaya dapat
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid terhadap nilai-nilai yang terkandung
dalam ajaran Islam.
Murid dapat memetik nilai dan perkara yang baik yang kemudiannya akan dapat
dijelaskan dengan lebih berkesan oleh gurunya nanti. Guru juga dapat berinteraksi
secara langsung dengan murid melalui soalan-soalan yang boleh dikemukakan jika
terdapat perkara yang mereka kurang fahami dan ini sudah tentu dapat meningkatkan
kefahaman mereka terhadap nilai-nilai Islam.
Selain daripada ceramah atau kuliah yang dihadiri secara langsung, guru juga boleh
menggalakkan murid-murid menonton atau mendengar majlis-majlis ilmu seperti ini
melalui kaca televisyen atau pun melalui saluran radio. Antara majlis ilmu yang boleh
mereka ikuti melalui siaran televisyen ialah ‘Forum Hal Ehwal Islam’ yang ke udara
melalui rangkaian RTM 1, ‘Al Kuliyyah’ di TV3 dan ‘Halaqah’ oleh TV9. Kupasan ilmu
yang diutarakan oleh ahli panel setiap rancangan ini, sedikit sebanyak tentu akan dapat
dihayati oleh murid dan ini akan lebih memudahkan mereka untuk menerima dan
seterusnya menghayati semua nilai-nilai yang positif itu tadi.

c) Interaksi dengan tokoh-tokoh

Langkah lain yang boleh diambil untuk meningkatkan kefahaman murid juga ialah
dengan mengadakan interaksi atau perbualan secara formal atau tidak formal dengan

HBME1203
11 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

tokoh-tokoh tertentu seperti tokoh-tokoh agama, bekas pejuang kemerdekaan, nasionalis


kebangsaan, penentang komunis dan penjajah asing serta bekas perajurit negara.
Melalui interaksi dengan tokoh-tokoh agama seperti ahli ilmuan Islam yang terdiri
daripada pegawai agama Islam daerah, penceramah bebas, ustaz dan ustazah malah
imam masjid sekali pun, banyak nilai-nilai Islam yang dapat kita hayati bersama.
Contohnya, pihak sekolah boleh menjemput penceramah dan murid-murid boleh berbual
mengenai sifat-sifat terpuji yang terdapat pada Rasulullah S.A.W. Dengan pemahaman
yang lebih jitu akan sifat-sifat yang terdapat pada Rasulullah ini, murid-murid akan berasa
lebih yakin untuk berhujah dan seterusnya menyakinkan pelajar untuk mengambil
Rasulullah S.A.W sebagai model atau contoh terbaik bagi mereka ikuti.
Selain itu juga melaluinya, murid-murid sudah tentu akan dapat mengutip
pengalaman yang berguna . Contohnya, melalui interaksi dengan bekas pejuang
kemerdekaan, nasionalis kebangsaan, bekas perajurit atau pun penentang penjajah,
murid-murid akan dapat memahami dengan lebih mendalam akan bentuk perjuangan
mereka serta pahit getir yang terpaksa dilalui, kegigihan, penderitaan, kerjasama,
semangat setiakawan dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang boleh mendorong para
pelajar untuk lebih bersikap cintakan negara, bangsa dan agama.

d) Mengikuti lawatan sambil belajar

Guru-guru juga digalakkan untuk mengadakani pelbagai lawatan sambil belajar


yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang
nilai-nilai murni ini. Antara tempat lawatan yang boleh diikuti oleh mereka adalah seperti
melawat ke rumah orang-orang tua. Semasa lawatan ini mereka akan dapat melihat
sendiri bagaimana orang-orang tua ini menjalani kehidupan. Murid-murid berpeluang
untuk berinteraksi dengan mereka untuk bertanyakan khabar selain cuba untuk
menyelami perasaan sebenar mereka.
Selain itu juga, murid-murid dapat menjadi pendengar rintihan dan luahan rasa
oleh warga tua yang kebanyakannya mahukan perhatian dan kasih sayang daripada
insan yang bergelar anak. Semua ini akan menjadi pengalaman yang berharga dan
berkesan di hati setiap murid dan akan dijadikan satu panduan yang berguna dalam

HBME1203
12 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

mendidik diri mereka dan memupuk nilai kasih sayang. Selain melawat ke rumah orang-
orang tua, lawatan juga boleh dilakukan ke rumah anak-anak yatim, hospital, pusat
penjagaan haiwan terbiar dan orang kurang upaya ( OKU ).
Lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah juga sudah pasti akan
dapat meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap nilai-nilai tradisional di negara kita.
Antara tempat-tempat yang baik untuk dilawati adalah seperti Negeri Melaka yang penuh
dengan nilai sejarahnya dari ketaatan hulubalangnya serta kemajuan dan kemakmuran
yang berjaya dicapai sehinggalah zaman kejatuhannya. Selain itu tempat bersejarah lain
yang boleh dilawati adalah Makam Mahsuri di Langkawi dan dengan secara tidak
langsung apabila kita melawat ke sana kita dapat mengetahui cerita sebenar di sebalik
hukum bunuh yang dijalankan terhadapnya. Pelbagai pengajaran dapat dijadikan
panduan semasa sesi pembelajaran Pendidikan Moral di mana setiap individu pelu
menjauhi sifat tamak dan haloba serta tidak mempunyai perasaan hasad dengki terhadap
orang lain.
Kita juga boleh mengadakan lawatan ke tempat yang mempunyai nilai sejarah dari
segi agama sebagai contoh Batu Bersurat di Terengganu, Kita boleh mengetahui sejarah
perkembangan agama Islam di Tanah Melayu hingga tersebar secara meluas hingga ke
hari ini. Berdasarkan ini kita boleh mengkaji bagaimana gigih dan sabarnya para
penyebar Islam dalam memartabatkan agama yang suci ini. Nilai gigih dan sabar inilah
yang patut kita terapkan kepada semua pelajar kita dalam mereka menghadapi
kehidupan yang penuh pancaroba ini.

e) Mengambil bahagian dalam aktiviti masyarakat setempat

Guru-guru juga boleh melibatkan murid-murid dengan mengambil bahagian secara


aktif dalam semua kegiatan atau aktiviti masyarakat di sekeliling mereka seperti
bekerjasama dalam kerja kahwin yang diadakan, bergotong-royong mengadakan jamuan
atau membersihkan kawasan, menghadiri mesyuarat penduduk, menagadakan lawatan
atau ziarah ke rumah orang yang sakit atau jika berlaku kematian, melibatkan diri dalam
aktiviti permainan atau sukan dan apa sahaja yang melibatkan penduduk setempat.

HBME1203
13 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

Penglibatan murid-murid dalam kegiatan atau aktiviti seperti ini akan membuatkan
murid-murid mengalami sendiri pengalaman berharga dalam memupuk semangat
kerjasama , tolong-menolong, saling menghormati dan bertolak-ansur di antara satu
sama lain di kalangan masyarakat setempat. Dari pengamatan dan pengalaman yang
dilalui oleh murid itu tadi, maka sudah tentu perkara yang bernilai ini secara mutlak akan
dapat mereka kuasai dan seterusnya dengan lebih mudah dapat diaplikasi dalam
kehidupan mereka..

f) Menonton filem atau drama bernilai positif

Menonton filem atau drama yang sarat dengan pengajaran berguna serta penuh
dengan nilai-nilai positif juga merupakan satu langkah bagi guru untuk meningkatkan
kefahaman murid-murid supaya dapat menguasai nilai-nilai murni. Walaupun pada masa
kini, kita banyak dipertontonkan dengan hiburan-hiburan yang kebanyakannya dibawa
oleh budaya asing masih terdapat juga filem atau drama tempatan yang menampilkan
nilai-nilai ketimuran dan menonjolkan banyak pengajaran yang dapat dikutip oleh para
penonton untuk dijadikan sempadan dan pedoman dalam menjalani kehidupan.
Melalui langkah ini guru akan dapat menyemai dan seterusnya mempraktikkan
nilai-nilai tersebut kepada setiap murid di sekolah.

g) Menjadi role model

Setelah berjaya memahami dan menghayati nilai-nilai ini, setiap guru perlu
memberi contoh tauladan yang baik dalam setiap tutur kata dan tindak-tanduknya. Inilah
yang dinamakan ‘Kepimpinan Melalui Tauladan’. Untuk mendidik pelajar tentang
kebaikan, guru perlu terlebih dahulu mengamalkan nilai-nilai ini dan cuba untuk menjadi
role model terbaik.
Selain itu juga, guru perlu mempunyai nilai-nilai jati diri yang baik supaya apa yang
mahu disampaikan kepada pelajar lebih berkesan walaupun pelajar terdiri daripada

HBME1203
14 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

pelbagai kaum, budaya dan agama disamping menegaskan tentang betapa pentingnya
sifat toleransi antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan latarbelakang.

Kesimpulan
Pendidikan Moral sebenarnya merupakan mata pelajaran teras untuk murid bukan
beragama Islam di peringkat sekolah rendah. Namun, nilai-nilai ini juga diterapkan
melalui mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar beragama Islam. Konsep mata
pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-
nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,

berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.
Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Jadi,
tiada istilah tidak tahu dan tidak belajar oleh mana-mana pelajar pun mengenai nilai-nilai
murni ini.
Nilai-nilai murni yang telah dipelajari ini perlu ditanam pada diri kanak-kanak sejak
kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Setelah disemaikan
nilai-nilai tersebut adalah diharapkan kanak-kanak akan membesar menjadi individu yang
bertanggungjawab terhadap dirinya dan masyarakat.

HBME1203
15 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NOR AZLINDAWATI BINTI MOHD KASSIM
Fakulti Pendidikan dan Bahasa 790701-01-5424

Bibliografi

Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti

Ee, Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.

Iriati Puteh & Goh, C.T (1990). Pendidikan Moral. Petaling Jaya.

Mohd Nasa Shukor, Kamaruddin Jeon, Zainal Ariffin Yusuf dan Khadijah Yusof (2007).
Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5. Kuantan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmad Sukor bin Ab Samad (2009). Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor: Meteor
Doc. Sdn. Bhd.

www.scribd.com/doc/2319274/NilaiNilai-Moral

www.scribd.com/.../Rancangan-Tahunan-Bahasa-Melayu-Tahun-5-2004

HBME1203
16 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1

You might also like