You are on page 1of 1

Gaya hidup sihat satu amalan yang murni.

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan


kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang,
keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah
individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang
masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh
tertentu pula.

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet


pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan
kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan
sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam
diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya
menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang
menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang
baik ini.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan


kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan.
Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan atau berlari bersendirian atau
melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga atau ketika hujung
minggu untuk mendapatkan senaman sebegini.

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi


semua amalan yang dipaparkan tadi. Cuma sikap masyarakat masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah. Kita semua
perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya. Janganlah terhantuk baru tengadah, iaitu setelah
berpenyakit kronik baru kita menyesal.

You might also like