You are on page 1of 5

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI (MPU) UNIVERSITI

PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA BIL4/2008 PADA HARI ISNIN 27 APRIL 2009,


JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT UTAMA

AGENDA

1. ALUAN PENGERUSI

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL3/2009 (Lampiran 1)


3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT (Lampiran 2)
4. PERKARA DARIPADA TNC HEAA
5. PERKARA DARIPADA TNC HEPA
5.1 Program Khidmat Sosial Anjuran KPT-Majlis Sukarelawan Negara
KPT telah mengadakan Program Khidmat Sosial kepada pelajar bertujuan
sebagai demensi pembelajaran bagi membantu masyarakat dan peningkatan
insaniah. Program ini yang diberi nama Majlis Sukarelawan Universiti telah
dilancarkan pada bulan Mac hingga Disember 2009 mengikut pecahan zon.

Petikan Mesyuarat EXCO NC Bil18/2009


5.1 Kursus Induksi Majlis Perwakilan Pelajar

Mesyuarat mengambil maklum bahawa MPP telahpun diberi kursus induksi


dengan jayanya pada 15-27 Februari di Glory Beach Resort, Port Dickson. Kursus
ini bertujuan untuk memperlengkapkan personaliti MPP yang cemerlangan dalam
kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan dengan hal ehwal
pelajar.
MAKLUMAN
5.2 Majlis Interaksi Bersama Pemaju Lumayan
Bahagian HEPA telah mengadakan satu pertemuan dengan pemaju bagi
menyelesaikan mengenai isu-isu keselamatan dan kemudahan penginapan
pelajar. Selain itu, TNC HEPA membangkitkan isu penduduk yang membuat
aduan berkenaan pelajar awam yang membuat bising di apartment tersebut.
Justeru, Pengerusi mencadangkan untuk TNC HEPA mengadakan satu sesi

1
dialog antara MPP dengan pelajar awam berkenaan hal ini untuk menyelesaikan
perkara ini dengan sebaik mungkin.
MAKLUMAN
5.3 Permohonan Tabung Kebajikan Pelajar

Tabung Kebajikan Pelajar merupakan dana yang bantuan kecemasan bagi tujuan
Kemalangan, kematian dan kebajikan pelajar. Universiti telah memutuskan
bahawa pelajar yang ingin memohon bantuan ini perlu menjalani proses
temuduga oleh Naib Canselor bagi memastikan bantuan tersebut dapat disalurkan
kepada pelajar yang benar-benar mengalami kesusahan.

6. PERKARA DARIPADA PENDAFTAR

6.1 Kertas Kerja Kejohanan Sukan Staf 2009 Universiti Malaysia Terengganu.

Kertas kerja ini adalah memohon untuk perbincangan daripada MPU berkenaan
implikasi kewangan dan aktiviti untuk menyertai kejohanan sukan staf antara
universiti-universiti Malaysia ke 34 UMT.

Petikan Mesyuarat EXCO NC Bil18/2009 dan Bil19/2009

6.2 Tatacara Menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel/Kursus Dalam dan Luar


Negara

Universiti secara prinsipnya bersetuju untuk menggunapakai tatacara menghadiri


Persidangan/Seminar/Bengkel/Kursus Dalam dan Luar Negara yang dibuat oleh
Jabatan Pendaftar.

6.3 Prosedur Tindakan Ganti Rugi Bagi Staf Akademik Universiti Yang Melanjutkan
Pengajian Di Bawah Skim Latihan Akademik UPNM

Universiti secara prinsipnya bersetuju untuk menggunapakai Prosedur tindakan


ganti rugi bagi staf akademik UPNM yang ditaja untuk melanjutkan pengajian di
bawah Skim Latihan Akademik Staf UPNM.

6.4 Pelaksanaan Kursus Induksi Umum dan Khusus

Universiti meluluskan pelaksanaan untuk mengadakan kursus Induksi Umum dan


Khusus di UPNM.
MAKLUMAN

2
6.5 Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Guru Bahasa di IPTA ke Gred
DG41/DG44/DG52
Jabatan Pendaftar telah menerima surat makluman daripada KPT berhubung
dengan hasrat kerajaan untuk fleksikan gred jawatan bagi skim perkhidmatan guru
bahasa dari DG41 kepada DG52. Jabatan Pendaftar kini sedang merangka
kriteria kenaikan pangkat bagi setiap lapisan gred-gred dibawah skim ini untuk
pelaksanaan
MAKLUMAN
6.6 One Stop Centre Bagi Pengambilan Staf Akademik Oleh KPT

KPT bercadang untuk membangunkan One Stop Center bagi pengambilan tenaga
akademik di IPTA sebagai salah satu inisiatif mengenai senario masa kini dengan
menyediakan akses yang lebih mudah kepada calon yang ingin berkhidmat di
IPTA sebagai pensyarah. Selaras dengan KPI KPT teras (7) PSPTN pusat sehenti
ini diharap dapat membantu meningkatkan kadar pengambilan staf akademik di
IPTA. Pihak KPT akan membangunkan portal dipautkan ke setiap IPTA. Individu
yang berminat boleh memohon terus ke IPTA dan diproses di peringkat IPTA. KPT
bertindak sebagai pemudahcara untuk membantu IPTA. Perancangan
penubuhan One Stop Center ini masih dalam perancangan awal oleh KPT.
MAKLUMAN
6.7 Kursus Anjuran Unit Latihan & Kompetensi Jabatan Pendaftar
Kursus Universiti yang dianjurkan oleh Unit Latihan & Kompetensi Jabatan
Pendaftar yang akan dilaksanakan dan telah dihebahkan kepada semua staf.
Universiti akan menggunakan kepakaran Pensyarah UPNM yang boleh
diketengahkan untuk mengendalikan kursus- kursus berkaitan

7. PERKARA DARIPADA BENDAHARI


7.1 Garis Panduan Pengurusan Tabung Amanah
Universiti boleh menerima harta, wang atau dana dari pihak luar adalah menjadi
tanggungjawab Universiti bagi memastikan pemberian atau sumbangan

3
berkenaan digunakan dan ditakbir mengikut maksud yang telah ditentukan serta
diakaunkan secara berasingan.
MAKLUMAN

7.2 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah Dalam Dokumen Perolehan Kerajaan

Mesyuarat mengambil perhatian bahawa peringatan daripada Surat Ketua


Setiausaha Perbendaharaan kepada pihak yang terlibat dalam perolehan kerajaan
sama ada syarikat/kontrak/firma perunding/penjawat awam atau mana -mana
pihak berkaitan untuk menjauhi rasuah.
MAKLUMAN

8. PERKARA DARIPADA PENGARAH BAHAGIAN KEPIMPINAN KORPORAT DAN


PERHUBUNGAN DAN ANTARABANGSA

9. PERKARA DARIPADA PENGARAH PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN


9.1 Dasar Pengurusan Aset Kerajaan

10. PERKARA DARIPADA PERPUSTAKAAN


10.1 Katalog Induk Kebangsaan (KIK) –Perpustakaan Negara .(Lampiran 12)

Makluman ahli mengenai KIK yang merupakan perkhidmatan perkongsian sumber


yang dihoskan dan diselaraskan oleh Perpustakaan Negara Melaysia.

MAKLUMAN

10.2 Perisian Turnitin Untuk Mengesan Ketulinan Hasil Karya Pelajar.(Lampiran 12)

Makluman ahli mengenai Turnitin merupakan sistem yang boleh mengesan


sebarang unsur plagiat tesis dan penulisan akademik.
MAKLUMAN
11. PERKARA DARIPADA KOMANDAN ALK
12. PERKARA DARIPADA DEKAN FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
PERTAHANAN
13. PERKARA DARIPADA DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN
14. PERKARA DARIPADA DEKAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

4
15. PERKARA DARIPADA PUSAT ASASI
16. PERKARA DARIPADA PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH DAN PENYELIDIKAN
17. PERKARA DARIPADA PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN BAHASA
18 PERKARA DARIPADA PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN KESELAMATAN
ANTARABANGSA
19. PERKARA DARIPADA PUSAT ICT
20. PERKARA DARIPADA KETUA KESELAMATAN
21 PERKARA DARIPADA PEJABAT NAIB CANSELOR
21.1 Ketepatan Kehadiran Masa Bertugas
Didapati ketepatan masa staf melapor pada masa yang ditetapkan semakin
menurun. Masih ada pekerja yang datang lewat semasa bertugas. Perkara ini
amat dipandang serius oleh Pengurusan Tertinggi Universiti. Justeru, diharap
Dekan/Pengarah dapat memantau staf-staf masing-masing.

21.2 Laporan Perkembangan Semas Aktiviti Fakulti/Pusat

Dalam menwujudkan penyampaian maklumat yang berkualiti dan berkesan di


antara Pegawai Utama Universiti, segala aktiviti akademik dan pelajar yang
berlaku di Fakulti/Pusat dapat disalurkan secara laporan ringkas kepada Naib
Canselor. Perkara ini dapat memberikan input perkembangan aktiviti semasa yang
berlaku di Universiti.

21.3 Jimat Cermat

Dalam memastikan sumber kewangan Universiti diuruskan secara berhemah,


diharap Dekan/Pengarah/Pentadbir dapat menggunakan wang rakyat dengan
berjimat cermat.

You might also like