You are on page 1of 3

Hari Guru merupakan hari yang sangat bermakna kepada semua rakyat

Malaysia yang bergelar kanak-kanak. Hal ini kerana pada hari inilah ramai
kanak-kanak Malaysia mengambil kesempatan untuk berkorban demi
menghargai guru yang telah banyak berjasa kepada mereka selama ini.
Termasuklah seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Nur Yana Kalisa
bt Mohd Faiz. Yana merupakan murid darjah dua yang sedang menuntut di
Sekolah Kebangsaan Bintang Cemerlang. Dia dan keluarga termasuklah ibu
bapanya dan dua orang abangnya hidup dalam serba kemiskinan. Walau
bagaimanapun, Yana tidak pernah merungut dan dia sangat menghormati dan
menyayangi gurunya.
Hari guru bakal menjelang tiba dalam tempoh dua hari lagi.Yana semakin
kebingungan. Dia tidak tahu apa yang harus dihadiahkan kepada gurunya, Puan
Af, yang telah banyak berjasa kepadanya. Puan Af merupakan guru kelas Yana.
Beliau telah banyak menyumbang tenaga dan wang demi membantu Yana
dalam pembelajarannya.
Pada suatu malam, abang kepada Yana, Afi, bertemu dengan Yana
sewaktu Yana sedang menangis di dalam biliknya. Afi bertanya
kepadanya,“Kenapa kamu menangis, Yana? Ceritalah kepada abang tentang
masalah kamu. Mungkin abang boleh menolong kamu.” “Abang masih ingat
kepada Puan Af yang banyak menolong saya selama ini? Saya bingung harus
menghadiahkan apa kepadanya sempena Hari Guru nanti. Kita miskin, bang.
Saya tidak mampu untuk menghadiahkan sesuatu yang berharga kepada
beliau,” kata Yana teresak-esak. “ Yana, kamu tidak boleh bersikap begini.
Biarpun kita miskin, namun kita masih mampu menghargai seorang guru yang
telah banyak berkorban kepada kita. Untuk menghargai seseorang yang sangat
istimewa seperti beliau, kamu tidak perlu untuk membeli sesuatu yang
melampaui kemampuan kamu. Abang yakin, Cikgu Af pasti akan sangat
menghargai sesuatu pemberian hasil daripada tiik peluhmu sendiri daripada
sesuatu yang dapat dibeli dengan wang ringgit,” kata Afi dengan
bersemangat.Dengan nasihat yang diberikan oleh Afi, Yana telah sedar lalu
mendapat akal untuk membalas jasa gurunya itu.
Pada keesokan harinya, Yana bertemu dengan beberapa orang rakannya
yang senasib dengannya. Dia bertanya kepada mereka, “Apakah kalian sudah
menemukan hadiah untuk diberikan kepada guru kelas kita, Puan Af?” Sejurus
sahaja Yana mendapat tahu rakan-rakannya itu kebingungan memikirkan apa
yang harus diberikan kepada guru mereka, Yana mencadangkan ideanya
kepada mereka. Mereka bersetuju untuk bekerjasama demi membalas jasa
seorang insan yang telah banyak berkorban kepada mereka itu.
Hari Guru menjelang tiba. Yana dan rakan-rakannya tiba di sekolah awal
sejam daripada kebiasaanya untuk menyiapkan hadiah mereka itu. Majlis
sambutan Hari Guru peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Bintang
Cemerlang pun dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz
Hafizuddin diikuti dengan ucapan daripada guru besar sekolah, Encik Fahmi, dan
wakil pelajar, Aidid bin Hamid.Setelah beberapa persembahan sempena hari

2
guru selesai dipersembahkan, seperti yang dirancang oleh Yana dan rakan-
rakannya, pengerusi majlis menjemput mereka naik ke pentas dewan. Yana
sebagai ketua memberikan ucapan. Berdirinya saya di sini mewakili rakan-rakan
saya, Lissa, Mira dan Tina, pada hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan
sejuta terima kasih yang tidak terhingga kepada guru kami, Puan Af, yang telah
banyak berjasa kepada kami selama ini.” “Terima kasih Puan Af!” jerit mereka
serentak. Tanpa disedari, air mata Puan Af menitis dipipinya yang gebu itu.
Sebelum pulang ke rumah, Yana telah bertemu dengan Puan Af secara
bersendirian. Tujuannya adalah untuk menghadiahkan gurunya itu sebuah
lukisan yang menggambarkan seorang guru bersama anak muridnya yang
disediakan olehnya pada jam dua pagi tadi. Setelah menerima lukisan tersebut,
Puan Af memeluk Yana dengan penuh perasaan kasih sayang terhadapnya.
Mereka menangis teresak-esak kerana terharu.
Pada hari tersebut, Yana mulai sedar bahawa kita tidak sepatutnya
menghargai seorang guru dengan wang ringgit, sebaliknya dengan keikhlasan
dari hati yang suci.

( 515 patah perkataan)

You might also like