You are on page 1of 12

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM

PERLEMBAGAAN NEGARA 1948-1963

Disediakan oleh;
SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL
PISMP 3C
PENGENALAN
• Unsur tradisi telah wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahung 1957
• Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan
perlembagaan yang meliputi:
– bahasa,
– agama,
– kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
(Sabah dan Sarawak) dan
– pemerintahan beraja
UNSUR-UNSUR TRADISI
• Bahasa Kebangsaan
• Agama persekutuan
• Kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak
• Pemerintahan beraja
KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI

• Mewujudkan identiti Malaysia


• Memupuk persefahaman ke arah perpaduan
• Satu kontrak sosial yang telah dipersetujui
• Telah wujud beratus tahun sebelum
perlembagaan digubal
PERANAN UNSUR TRADISI
• Menstabilkan sistem politik negara
• Prasyarat dan permuafakatan yang diterima
oleh orang Melayu dan bukan Melayu
• Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai
agama persekutuan dan bahasa Melayu
diterima sebagai bahasa Kebangsaaan sebagai
prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan
oleh etnik bukan Melayu
(i) BAHASA MELAYU
• Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk
maksud rasmi)
• Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara
152
• Tetap melindungi bahasa-bahasa lain
• Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau
ditahan daripada menggunakan (selain maksud
rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain
(ii) AGAMA ISLAM
• Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan
• Termaktub dalam Perkara 3 (1)
• Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal
imbangan; agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan
• Setiap orang mempunyai hak untuk menganut
dan mengamalkan agamanya
Setiap agama mempunyai hak untuk;
• Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
• Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi
maksud agama atau khairat
• Memperoleh dan memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirnya mengikut
undang-undang
(iii) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
• Termaktub dalam Perkara 153
• Hak istimewa meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas yang lain
Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak?
Melayu;
• Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu
• Menganuti agama Islam
• Mengamalkan adat istiadat Melayu
Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak?
Bumiputera Sabah dan SArawak;
• Di Sarawak – terdiri daripada mana-mana satu kaum
asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak
Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,
Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian,
Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan
campuran daripada kaum tersebut, dan
• Di Sabah – anak atau cucu kepada seorang daripada
suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di
Sabah
(iv) PEMERINTAHAN BERAJA
• Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri
Melayu
• Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap
pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu
oleh pembesar-pembesar yang dilantik
• Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di
bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan
sistem demokrasi
• Raja Berperlembagaan – raja bertindak mengikut
lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan

You might also like