You are on page 1of 1

PIBG SMK Keningau mohon peruntukan bina dewan sekolah

13th April, 2011

KENINGAU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau akan
berusaha memohon peruntukan untuk membina dewan sekolah ini yang belum mempunyai dewan sehingga
kini.

Yang Dipertua PIBG SMK Keningau Ahuar Rasam berkata, pihaknya akan menyatakan masalah itu kepada
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Kita yakin Muhiyiddin dengan kapasitinya sebagai Menteri Pelajaran akan mempertimbangkan masalah itu
kerana ia adalah keperluan yang mendesak bagi warga sekolah” katanya kepada media selepas merasmikan
Majlis Anugearah Kecemerlangan Akademik 2010, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah itu kelmarin.

Pada masa ini katanya, sekolah terpaksa menggunakan gelanggang bola keranjang sebagai tempat perhimpunan
semasa menjalankan aktiviti sekolah.

Ahuar yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan berkata SMK Keningau adalah satu-satunya
sekolah menengah yang tidak mempunyai dewan di daerah ini.

Justeru itu katanya, PIBG sekolah ini meletakkan keperluan dewan sekolah sebagai keutamaan yang perlu
diminta kepada pihak kementerian.

Dalam masa yang sama PIBG sekolah juga akan mengambil perhatian terhadap kekurangan kelas tingkatan
enam di sekolah ini.

“Kita akan cuba kemukakan masalah ini kepada pihak kementerian untuk perhatian Menteri” katanya.

Terdahulu Ahuar menyampaikan anugerah kepada kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM
2010.

Penerima anugerah cemerlang PMR 2010 terdiri dari Nurul Nadiah Binti Samuin 8A, Deecruz Cladius 7A,
Julita Johnny 6A,1B, Lily Yong 6A,1B, Malcolm Dexter Lunginus 6A,1B.

Sementara itu penerima anugerah SPM 2010 terdiri dari Muhajidah Binti Mujin, Cynt Marie Bonnie, Norwijaya
Binti Gusra, Mohamad Nasuthion Makkasau, Elna Xavereen Micheal, Enna Mestika Binti Masinin dan Razilah
Binti Maidin.

Manakala penerima anugerah STPM 2010 terdiri dari Adela Just, Izzawandy Dualis, Suzana Jinus, Suzienah
Justine, Christoper Bush Singki dan Hassan.

Selain itu, sembilan pelajar PMR 2010 yang mendapat gred A dalam bahasa Inggeris turut menerima anugerah
terdiri dari Nurul Nadiah Binti Samuin, Deecruz Cladius, Lily Yong, Malcolm Dexter Lunginus, Esteve Vahan
Edwin, Ericster Ignatius, Nor Iffah Izyan Binti Zulkifle, Casey Gatinol dan Easter Gotuoh @ Agustine.

Sempena majlis itu Muhajidah Binti Mujin dan Adela Just masing-masing diumumkan sebagai pelajar terbaik
keseluruhan SPM dan STPM 2010 yang masing-masing menerima sebuah komputer riba.

Berucap sama di majlis itu, Pengetua SMK Keningau Puan Jemira Ekong yang menjelaskan kejayaan dan
pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum.

Katanya, sekolah ini bukan sahaja mencipta nama dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah tetapi ia turut
melakar nama di peringkat negeri dan kebangsaan termasuk kejayaan merangkul johan seni silat peringkat
negeri 2010 dan tempat ketiga silambam SUKMA XIII 2010 di Melaka.   

You might also like