You are on page 1of 1

NAMA : _________________________

Selesaikan masalah berikut.

1. Dina membeli 3 kg strawberi di Strawberry Farm. Harga strawberi ialah RM 18 sekilo. Dia juga
membeli sebuku roti dari kedai roti berharga RM 2.45. Berapakah harga yang perlu dibayar oleh
Dina bagi kedua-dua barang tersebut?
2. Semasa bercuti di Genting Highlands, Aiman membeli 5 keping poskad yang berharga RM 1.75
sekeping. Sekiranya dia membayar sebanyak RM10, berapakah baki yang akan diperolehinya?
3. Puan Rusliana dan Encik Faizal membawa 3 orang kanak-kanak ke melawat sebuah zoo. Harga
bagi satu tiket masuk ialah RM4.30. Sebelum mereka pulang, mereka membeli snek berharga
RM 5.60. Berapakah jumlah harga yang perlu dibayar oleh Encik Faizal?
4. Encik Rusle dan Puan Latipah membawa cucu mereka ke Gambang Waterpark. Setiap orang
telah membeli sandwich berharga RM 1.20. Mereka juga makan salad yang berharga RM2.80.
Sekiranya mereka memperolehi diskaun sebanyak RM5.00, berapakah jumlah yang perlu
mereka bayar?
5. Di kedai Gula-gula Manis, Shiela membeli 7 keping coklat. Satu keping berharga RM4.35.
Adiknya meminta dibelikan 4 keping lagi. Berapakah harga yang perlu dibayar kepada pekedai
tersebut?
6. Aina, Aiza, Ain dan Amirul mahu membeli tiket kapal terbang kepada ibu dan bapa mereka yang
mahu pergi menunaikan umrah. Satu tiket berharga RM 6000. Walau bagaimanapun,
pengurangan diskaun sebanyak 25% akan diberikan. Berapakah nilai tambang yang perlu dibayar
oleh setiap orang anak?

You might also like