You are on page 1of 2

PETUA – MABUK LAUT

( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba
saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi
terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan
kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)

1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga


memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan
mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening.
Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan
mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada
mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja
kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN
MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa
ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa
kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh
kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup,
kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah
lagi.
5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah
mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih
mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh
sepanjang kita memancing.
8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian
sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU
BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa
memancing.
-Pit-

You might also like