You are on page 1of 8

bab 5 rajah

GEOGRAFI - TINGKATAN 2

RAJAH
PETA MINDA

Rajah
1. Rajah adalah bahan grafik yang menyampaikan maklumat dan data geografi dalam
bentuk lukisan.

2. Rajah bertujuan meringkaskan maklumat dan mepersembahkan data dengan lebih


tepat, menarik jelas, dan mudah difahami.

3. Tajuk, label dan maklumat ringkas merupakan ciri-ciri penting untuk sebuah rajah
yang lengkap.

4. Rajah boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu;-


(a) rajah kitaran; dan
(b) peta minda.

5. Rajah kitaran dikategorikan kepada dua iaitu


(a) Rajah tunggal ialah rajah yang menyampaikan keseluruhan maklumat dalam satu
rajah.
(b) Rajah bersiri ialah rajah yang terdiri daripada beberapa rajah yang disusun mengikut
urutan.
Rajah Kitaran
1. Rajah kitaran boleh digunakan untuk menunjukkan saling kaitan interaksi, taburan
dan proses kejadian.

2. Sebelum melukis sesuatu rajah kitaran beberapa panduan atau langkah perlu
dilakukan terlebih dahulu seperti
(a) mengumpul maklumat
(b) memilih fakta-fakta penting daripada maklumat; dan
(c) melukis dan melabel rajah kitaran

Rajah kitaran tunggal

Rajah Kitaran Bersiri

1. Sebelum melukis rajah kitaran kita perlu mengumpul maklumat berdasarkan tajuk
rajah kitaran yang hendak dilukis.

2. Maklumat boleh diperoleh dari buku, majalah, soal selidik dan pemerhatian.

3. Berikut merupakan contoh maklumat yang dapat dikumpul tentang proses


penanaman getah.
(a) proses penanaman getah bermula dengan kaedah cantuman;
(b) kepingan tunas kulit ranting pokok yang mengeluarkan hasil tinggi dipotong dan
dicantumkan dengan pokok asal yang kurang mengeluarkan hasil;
(c) pokok asal yang dicantum dengan kepingan tunas dipotong setelah bahagian yang
dicantum dibaluti;
(d) bahagian yang dibalut mengambil masa selama tiga minggu untuk mengeluarkan
tunas; dan
(e) pokok dibiarkan membesar selama enam hingga tujuh tahun sebelum dapat ditoreh.
1. Sebelum sesuatu rajah kitaran dapat dilukis kita perlu memilih fakta-fakta penting
daripada maklumat yang dikumpulkan.

2. Langkah ini bertujuan memudahkan proses melukis rajah kitaran.

3. Kenal pasti maklumat penting tentang proses penanaman getah seperti:


(a) memotong anak pokok getah yang mengeluarkan hasil tinggi;
(b) mencantumkan kepingan tunas pada anak pokok asal dan membalutkannya;
(c) memotong pokok asal;
(d) tunas baru tumbuh dan membesar; dan
(e) pokok muda cukup besar boleh ditoreh.

1. Setelah fakta-fakta penting dipilih, gambar rajah yang sesuai berdasarkan fakta yang
dipilih bolehlah dilukis.

2. Rajah di bawah menunjukkan rajah kitaran tentang proses penanaman getah.

Proses penanaman getah

Panduan mentafsir rajah kitaran.

1. Teliti tajuk dan label yang terdapat dalam rajah kitaran.

2. Fahami aliran (proses) rajah kitaran berdasarkan anak panah atau urutan nombor
yang ditunjukkan.

3. Buat huraian dan kesimpulan tentang rajah kitaran tersebut.

Contoh mentafsir rajah kitaran (Rajah 5.3)

Rajah 5.3 menunjukkan proses penanaman getah .Kebanyakkan pokok getah ditanam
dengan menggunakan kaedah cantuman terutama di kawasan ladang. Melalui kaedah
ini, tunas pada kulit ranting pokok yang mengeluarkan hasil tinggi akan dipilih dan
dipotong. Kemudian tunas ini akan dicantumkan pada anak pokok getah yang kurang
mengeluarkan hasil. Bahagian yang dicantum akan dibalut sebelum dipotong. Balutan
ini dibiarkan selama tiga minggu untuk mengeluarkan tunas. Pokok yang mengeluarkan
tunas akan dibiarkan membesar selama enam hingga tujuh tahun sebelum pokok getah
tersebut dapat ditoreh.

Peta Minda
1. Peta minda adalah suatu rajah yang digunakan untuk meringkaskan dan merumuskan
maklumat.

2. Panduan untuk melukis peta minda:


(a) Mengumpulkan maklumat;
(b) Memilih fakta-fakta penting daripada maklumat yang diperoleh; dan
(c) Melukis dan melabel peta minda.

1. Maklumat dikumpulkan berdasarkan tajuk peta minda yang hendak dihasilkan.

2. Maklumat diperoleh melalui buku, majalah, soal selidik dan pemerhatian.

3. Contoh maklumat yang dikumpul tentang kesan kegiatan manusia terhadap lautan.
(a) Pencemaran laut kesan daripada tumpahan minyak, pembuangan bahan dari kilang,
pembuangan sisa domestik dari kawasan kediaman dan pembuangan bahan radioaktif
serta sampah sarap.

(b) Kepupusan hidupan laut disebabkan oleh penangkapan ikan secara berlebihan,
kerosakan dan kemusnahan habitat, penangkapan ikan yang belum sempat membiak
dan pencemaran air laut yang membunuh ikan.

(c) Perubahan kawasan pinggir laut kesan daripada aktiviti menebus guna laut,
pembinaan tembok dan penambakan laut;

(d) Kerosakan terumbu karang disebabkan oleh aktiviti menyelam, pembuangan bahan
pencemaran dan pengorekan terumbu karang; dan

(e) Peningkatan aras laut kesan daripada pemanasan global yang mencairkan ais di
kawasan kutub yang menenggelamkan kawasan sekitar pinggir laut.

1. Fakta -fakta penting dipilih daripada maklumat yang dikumpulkan.

2. Langkah ini bertujuan memudahkan proses melukis peta minda.

3. Kenal pasti maklumat penting tentang kesan kegiatan manusia terhadap lautan
seperti:
(a) pencemaran laut
(b) kenaikan aras laut
(c) kepupusan hidupan laut
(d) kerosakan terumbu karang; dan
(e) perubahan keadaan pinggir laut.

1. Peta minda dilukis berdasarkan fakta-fakta penting yang telah dikenal pasti.

2. Rujuk Rajah di bawah yang menunjukkan contoh peta minda berkenaan kesan
kegiatan manusia terhadap laut.

1. Panduan mentafsir peta minda


(a) Teliti tajuk dan label-label pada peta minda;
(b) Kenal pasti perkara yang diterangkan;
(c) Baca setiap huraian ringkas yang diberi; dan
(d) Buat huraian serta kesimpulan tentang peta minda.

Contoh mentafsirkan peta minda (Rajah 5.4)

Rajah 5.4 menunjukkan beberapa kesan kegiatan manusia terhadap lautan.


Kepelbagaian aktiviti seperti pembuangan sisa kilang dan radioaktif, tebus guna tanah,
penambakan laut dan sebagainya memberi kesan terhadap lautan. Berlaku pencemaran
laut akibat pembuangan bahan radioaktif, tumpahan minyak dan bahan buangan.
Kenaikan aras laut turut berlaku hasil daripada kegiatan manusia yang meningkatkan
suhu. Peningkatan suhu telah mengakibatkan ais di kawasan kutub cair dan
meningkatkan aras laut. Peningkatan ini menyebabkan kawasan tanah rendah
ditenggelami air laut.

Kesan kegiatan manusia juga turut menyebabkan kepupusan hidupan laut.


Penangkapan secara berlebihan, kemusnahan habitat, penangkapan ikan yang belum
sempat membiak dan pencemaran laut telah menyebabkan kesan tersebut. Berlaku
perubahan keadaan pinggir laut kesan daripada aktiviti menebus guna laut, penambakan
laut dan pembinaan tembok konkrit di pinggir pantai. Batu karang juga turut menerima
kesan hasil daripada kegiatan ini. Kerosakan yang berlaku diakibatkan oleh aktiviti
menyelam, pengorekan terumbu karang dan pencemaran air laut.
 Mula-mula, kayu ditebang dari hutan yang terdiri daripada pokok-pokok kayu lembut.
 Pokok-pokok yang ditebang menghasilkan kayu balak.
 Kayu-kayu itu diangkut ke kilang dan dijadikan serpihan kayu.
 Serpihan kayu tersebut kemudian dicampurkan dengan bahan kimia dan air supaya menjadi
pulpa.
 Kemudian pulpa dicuci sehingga bersih dan berwarna putih. Selepas itu, pulpa dipindah ke mesin
membuat kertas.
 Pada peringkat ini, air di dalam pulpa akan ditapis.
 Kemudian, pulpa dimasukkan ke dalam mesin membuat kertas.
 Kepingan kertas yang masih basah akan dikeringkan dan dicantumkan untuk menghasilkan
kertas-kertas besar.
 Kertas-kertas itu dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.
 Kertas-kertas yang sudah siap diproses boleh dipasarkan.
Rajah : Proses Penghasilan Kertas

You might also like