You are on page 1of 8

1.

Pencemaran udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar
Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan
pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan
setahun.
Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran
ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api
industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran
terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam


kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-
tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam
bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen
Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa
campuran bahan-bahan ini.

 
Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran
udara hasil dari pembangunan industri .
Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan
buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di
seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini
berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan
oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan
lapisan ozon.

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran


udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon
dioksida pada kenderaan.

Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah


akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri
atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.
Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada
tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap
kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke
udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak
terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.
2.Pencemaran air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi


kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi
kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama
ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati
dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh
berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air
merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh
dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam


sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini
dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis


oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah
pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini


adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan
hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam
sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi
paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.
Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai
Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan
yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan
beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti
haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh
petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak
sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan
air.

 
Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai
berhampiran kawasan pembangunan industri.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-


mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam
sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan
mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai
walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak
mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang
ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan
alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca
kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.
Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air
yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan
pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang
keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya
fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh
negara turut tercemar .
5.Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga


menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan
pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-
masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu
kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi
lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah


pencemaran ini.

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran


bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan
dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan


batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca
pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang


memberi impak pencemaran bunyi.
4.Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu


kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan
hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada
berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada
pencemar organik,kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa
toksik dan sisa-sisa kilang.
b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah
pencemaran ini.
c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi
salah satu punca pencemaran tanah.
d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang
terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan
industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk
menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi
negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di
kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian


manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak
berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah
dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia
akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan
berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada
mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar,
penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,
pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan
hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air
akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan
kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan
lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur


mencemari tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja


mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan


yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan
buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku
perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

You might also like