You are on page 1of 2

Tujuan-tujuan PIBG seperti dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 adalah (a) untuk mengadakan sesuatu forum

dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam menigkatkan imej Sekolah; (b)
untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–
murid dalam kegiatan mereka; (c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran
dan maklumat mengenai pendidikan; (d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam Sekolah
berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan
(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan
meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Manakala
fungsi PIBG ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan persatuan yang
dinyatakan di perenggan 3, seperti; (a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga
kebajikan murid; (b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di
Sekolah; (c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah
dengan masyarakat setempat; (d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana
yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahlian badan ini hendaklah terdiri daripada (a) semua guru di Sekolah;
(b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah ; dan (c) warganegara Malaysia yang diluluskan
permohonan untuk menjadi anggota persatuan oleh pegawai pendidikan daerah atau pegawai pendidikan
bahagian atau pendaftar, mengikut mana yang berkenaan ; dan Guru Besar atau Pengetua sekolah hendaklah
menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.

PIBG ialah rakan kongsi sekolah. Dalam hal ini, penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah melalui
permuafakatan, perancangan yang teliti, dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Kita perlu sedar
bahawa sekolah merupakan sebahagian daripada komuniti, sebagaimana institusi keluarga, masjid, perpustakaan
awam, dan sebagainya. Sebagai sebahagian daripada komuniti, maka sekolah mesti didampingi, diaktifkan, dan
digerakkan oleh masyarakat di sekelilingnya. Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu bersama-sama komited demi
kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah satu agen perubahan komuniti di sekolah
yang menjalankan usaha berterusan berlandaskan kaedah-kaedah dan perlembagaan PIBG
bagi menyokong serta membantu semua kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara dan Perancangan Sekolah.

Tujuan Penubuhan

i)      Memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam


meningkatkan imej sekolah

ii)     Membantu sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid dalam
kegiatan mereka

 
iii)     Membolehkan ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai
pendidikan

iv)    Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk sama-sama memperbaiki taraf
pendidikan anak-anak mereka

v)     Membolehkan ibu bapa dan guru bersama-sama berusaha menambah kewangan Sekolah

Fungsi PIBG

Fungsi persatuan ialah untuk menjalan aktiviti atau program bagi mencapai peranan PIBG
seperti berikut:-

i)        Membantu dalam memajukan perkembangan        murid dan menjaga kebajikan


murid.

ii)        Membantu dan menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah baik dan
meningkatkan kemudahan di sekolah.

iii)       Membantu meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan


hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.

Iv)       Membantu meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan


suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

You might also like