You are on page 1of 1

1.

1 Teori Modenisasi Oleh Smelser

Menurut Smleser, ciri-ciri struktur ekonomi masyarakat maju seperti di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur amat jauh berbezanya berbanding masyarakat kurang membangun di kawasan
lain. Tambahan beliau, pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dikatakan berlangsung
dalam empat proses iaitu perubahan teknologi, pertanian, industrialisasi dan proses urbanisasi.
Tetapi di dalam kajian ini hanya menekankan kepada tiga proses perubahan sahaja iaitu
teknologi, industrialisasi dan urbanisasi.

Proses yang pertama ialah perubahan teknologi iaitu perubahan dari segi teknik tradisional ke teknik
yang berasaskan sains dan teknologi. Teknik moden yang canggih adalah merupakan masyarakat
yang maju berbanding masyarakat yang mundur yang menggunakan teknik secara tradisional.
Proses yang kedua iaitu pembangunan pertanian, struktur pertanian masyarakat tradisional dicirikan
oleh orientasi sara diri, berubah kepada struktur pertanian masyarakat maju yang berorentasikan
komersial iaitu yang memperlihatkan ciri-ciri nilai perniagaan, penkhususan tanaman jualan dan
perkembangan buruh upahan.
Proses industrialisasi merupakan faktor terpenting dalam modenisasi. Bagi Smelser perubahan dari
guna tenaga yang berorentasikan manusia dan haiwan dalam masyarakat mundur ke penggunaan
mesin proses pengeluaran dalam masyarakat maju.
Proses urbanisasi, perubahan ciri gaya hidup, geografi, aktiviti ekonomi dan lain-lain dalam
masyarakat yang dianggap mundur ke gaya hidup masyarakat maju. Sebagai contohnya, perubahan
dari hubungan sosial yang bersifat personal kepada impersonal dan dari obligasi sosial ke obligasi
individu serta lebih bersifat materealisitik.

You might also like