You are on page 1of 48

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI

METHODIST, KUALA LUMPUR.

Nama Pelajar : Lee Tze Howe Brandon

Kelas : 3M

No. Kad Pengenalan : 951109-14-6315

No. Angka Giliran :

Tandatangan Pelajar: Tandatangan Guru:

……………………. ……………………..

Page 1
2.0 SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

3.0 Penghargaan 3

4.0 Pendahuluan 4

5.0 Objektif Kajian 5

6.0 Kawasan Kajian 6

7.0 Kaedah Kajian 9

8.0 Dapatan Kajian 11

9.0 Rumusan 22

10.0 Lampiran 23

11.0 Rujukan 48

12.0 Penilaian Umum 49

3.0 PENGHARGAAN

Page 2
Dalam penghasilan kajian ini, saya ingin saya merakamkan ribuan terima kasih kepada

pihak-pihak tertentu yang telah membantu saya dalam penghasilan kajian ini. Pertama

sekali, pihak pertama yang ingin saya ucapkan terima kasih ialah ibu-bapa saya, Lee

Yee Fah dan Goh Wei Meng atas sokongan moral dan sumbangan kewangan yang

diberikan kepada saya. Pihak kedua yang ingin saya ucapkan terima kasih ialah guru

Geografi saya, Pn. Lee Win Poh. Beliau telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

Akhir sekali, pihak ketiga yang ingin saya ucapkan terima kasih adalah rakan-rakan

saya, Phoon Chun Kit dan Yim Zhe Yang yang telah membantu saya dalam

menghasilkan projek yang sempurna.

4.0 PENDAHULUAN

Page 3
Saya, Lee Tze Howe Brandon, pelajar tingkatan 3M telah menjalankan satu

kajian .Tajuk kajian saya ialah “Amalan Kitar Semula Di Taman Sri Angsana Hilir,

Kuala Lumpur”. Saya memilih Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur sebagai kawasan

kajian saya atas sebab-sebab tertentu. Sebab pertama ,terdapat pusat pengumpulan

bahan kitar semula di kawasan saya. Satu terletak di pusat membeli-belah Tesco dan satu

lagi terletak di luar kondominium Baiduri. Sebab kedua, di kawasan ini, terdapat ramai

daripada penduduk yang saya kenali kerana kesemua mereka ialah jiran saya dan ini

membolehkan saya mendapatkan maklumat dengan lebih senang. Sebab ketiga, saya

boleh mengetahui lebih tentang pandangan individu terhadap alam sekitar dan akhir

sekali, amalan kitar semula dijalankan secara giat di kawasan saya. Sebagai contoh, tong

kitar semula yang disediakan di Tesco, Ampang, yang terletak dalam hanya beberapa

meter. Kesemua ini, menyebabkan kawasan kajian saya sebuah kawasan ideal untuk

projek ini. Tempoh kajian ini dijalankan dalam masa 8 minggu, memberikan saya masa

yang mencukupi untuk menghasilkan sebuah projek yang bermutu.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Page 4
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:-

i. Menghuraikan konsep kitar semula dengan lengkap berserta contoh yang relevan.

ii. Menyatakan dan menghuraikan jenis bahan serta amalan kitar semula di Taman Sri

Angsana Hilir, Kuala Lumpur berserta menerapkan nilai atau unsur patriotisme.

iii. Menjalankan soal selidik, memproses data mentah kepada jadual, mentafsir

kepentingan kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur

iv. Mengkaji dan menghuraikan masalah kitaran semula di Taman Sri Angsana Hilir,

Kuala Lumpur.

v. Mencadangkan dan menghuraikan langkah untuk mengatasi masalah dalam

melaksanakan kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur serta

menerapkan nilai dan unsur patriotisme.

vi. Saya bersyukur dapat mengamalkan amalan kitar semula.

6.0 KAWASAN KAJIAN

Page 5
Nama kawasan kajian saya ialah Taman Sri Angsana Hilir. Lokasi kawasan kajian saya

ialah di sebelah timur Bandar Kuala Lumpur dan terletak di zon Keramat.Kawasan kajian

saya di bawah pentadbiran MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya). Kawasan kajian

saya ini terletak bersebelahan dengan Desa Pahlawan dan Taman Bakti. Pandang darat

fizikal yang dapat saya lihat ialah kawasan bertanah rata. Jarak dari Taman Sri

Angsana Hilir ke bandar Kuala Lumpur adalah kira-kira 10 km. Jarak relatif

kawasan saya ke bandar Kuala Lumpur adalah kira-kira 30 minit dan tambangnya

RM 1 melalui bas manakala melalui teksi 15 minit dengan tambang RM 15.

Page 6
Tajuk

Tajuk : Peta zon Kuala Lumpur.

Peta Zon Kawasan Kajian : Kuala Lumpur

Page 7
Tajuk: Peta lakaran Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur

Peta lakaran menunjukkan Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur

Page 8
7.0 KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan tugasan kajian, saya telah mengenalpasti beberapa kaedah yang

boleh digunakan untuk kajian saya. Kaedah-kaedah kajian yang saya gunakan adalah

seperti berikut :

7.1 KAEDAH RUJUKAN

Saya telah melayari Internet untuk merujuk dan mencari maklumat berkenaan amalan

kitar semula. Antaranya ialah mendapatkan maklumat tentang kepentingan dan masalah

kitar semula.

Saya juga merujuk buku teks Geografi yang ditulis oleh Abd Rahim Md Nor di muka

surat 170 dan 171 untuk mendapatkan konsep kitar semula dan buku referens Geografi

yang ditulis oleh Chong Mui Sen untuk mengetahui lebih tentang pengamalan kitar

semula di Malaysia.

7.2 KAEDAH PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir,

Kuala Lumpur untuk mengetahui tempat letaknya pusat pengumpulan kitar semula.

Terdapat sebuah pusat kitar semula yang didirikan oleh Tesco hampir 10 meter dari

kawasan kajian saya. Juga terletak beberapa tong-tong kebajikan di sekitar kawasan

kajian saya.

Page 9
7.3 KAEDAH SOAL SELIDIK

Seramai 20 orang responden yang merupakan penduduk di Taman Sri Angsana Hilir

telah disoal-selidik oleh saya untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan amalan

kitar semula.

Page
10
8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1.KONSEP KITAR SEMULA

Konsep kitar semula adalah satu proses mengitar semula yang melibatkan usaha mengumpul,

memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-

sarap menurut sumber internet. Kitar semula juga ditakrifkan sebagai aktiviti memproses

barang-barang yang terbuang untuk dijadikan barang-barang yang berguna mengikut buku teks.

Selain itu, kitar semula juga berkaitan dengan konsep 3R iaitu “Reduce, Reuse And Recycle”.

“Reduce” bermaksud mengurangkan bahan-bahan yang digunakan, “Reuse” pula bermaksud

menggunakan kembali sesuatu yang telah digunakan dan “Recycle” bermaksud mengitar semula

bahan-bahan untuk menjadikan sebuah produk baru. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula

adalah seperti kertas, logam, plastik dan tekstil. Melalui kitar semula juga, barangan baru boleh

dihasilkan. Contohnya, tin aluminium yang telah diguna dikitar semula untuk membuat peralatan

logam atau tin aluminium baru

Page
11
8.2(a) JENIS BAHAN KITAR SEMULA

8.2(a).1 KERTAS

Kertas adalah antara bahan yang paling banyak dikitar semula oleh penduduk di kawasan

kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir. Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat dan pencetakan

serta risalah adalah contoh bahan yang dikitar semula. Item-item tersebut akan dikumpul dan

diasingkan mengikut gred tertentu.

8.2(a).2 PLASTIK

Selain kertas, barang-barang plastik juga dikitar semula di Taman Sri Angsana Hilir. Beg

membeli-belah, beg pasar raya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun

dan bekas vitamin adalah barangan yang dikitar semula. Barangan plastik ini diasingkan dan

diletakkan ke dalam tong kitar semula kuning selain diguna semula.

8.2(a).3 LOGAM

Tidak ketinggalan, logam juga dikitar semula di Taman Sri Angsana Hilir. Contoh

barangan yang dikitar semula ialah tin minuman dan bekas makanan. Item-item sebegini

dikumpulkan dan diasingkan serta diletakkan ke dalam tong kitar semula merah.

8.2(a).4 KACA

Kaca juga merupakan salah satu bahan yang dikitar semula oleh penduduk di Taman Sri

Angsana Hilir . Bekas kaca berwarna atau jernih , botol minuman, bekas makanan, botol vitamin,

bekas alat solek dan seumpamanya adalah contoh barangan yang dikitar semula. Barangan kaca

diasingkan dan dimasukkan ke dalam tong kitar semula hijau selain diguna semula.

Page
12
Terdapat juga banyak jenis bahan lain yang boleh dikitar semula. Ini boleh dirujuk daripada Peta

Minda 1.0 bertajuk “Jenis bahan kitar semula” di bawah.

Plastik
Getah Tekstil

Sisa
Kaca
makanan

Logam Kayu

Jenis
Kertas
Bahan Mineral
Kitar
Semula

Peta Minda 1.0 Jenis bahan kitar semula

Page
13
8.2(b) AMALAN KITAR SEMULA

8.2(b).1 MENJUAL/ MEMBELI

Amalan menjual dan membeli dijalankan oleh penduduk di Taman Sri Angsana Hilir,

Kuala Lumpur. Antara barangan yang dijual termasuklah kertas, plastik, kaca dan bateri lama.

Bahan-bahan ini dijual kepada pihak tertentu. Pihak tersebut akan menjualkan barangan yang

dibeli daripada penduduk kepada kilang kitar semula.

8.2(b).2 MENGGUNA SEMULA

Selain amalan menjual dan membeli, penduduk di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala

Lumpur juga mengamalkan amalan mengguna semula. Sebagai contoh, botol-botol kaca

digunakan semula sebagai pasu bunga dan rak-rak besi yang tidak diperlukan dijadikan sebagai

tempat menggantung bunga. Selain itu, pihak Tesco, sebuah pusat membeli-belah juga

menggalakkan amalan ini. Misalnya, beg plastik tidak diberikan pada hari Sabtu dan Ahad. Oleh

itu, pengguna harus mengambil beg plastik dari rumah. Walaupun ini menyusahkan konsumer,

pihak Tesco menghadiahi pengguna yang menggunakan beg plastik dengan ganjaran.

8.2(b).3 MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK LAIN

Di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur, penduduk juga memberi sumbangan kepada

pihak lain. Sebagai contoh, barangan terpakai seperti pakaian lama dan buku-buku lama diberi

kepada pihak lain seperti kebajikan melalui tong-tong kebajikan yang disediakan.

8.2(b).4 MENGHASILKAN BAHAN BARU

Akhir sekali, di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur, amalan menghasilkan bahan

baru diamalkan. Bahan kitar semula yang dikumpul seperti kertas dan botol plastik dikitar

Page
14
semula dan dijadikan produk yang baru seperti kertas baru dan botol plastik baru. Di samping

itu, terdapat juga penduduk yang mengubahsuaikan barang-barang yang tidak diperlukan kepada

sesuatu yang berguna. Contohnya, baju-baju yang lama dijadikan alas kaki dan botol-botol

terpakai digunakan untuk menampung air.

8.2(c) NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME

Saya amat bangga kerana saya dapat melibatkan diri dalam amalan kitar semula yang telah saya

senaraikan seperti menjual atau membeli barangan seperti kertas dan kaca, mengguna semula

barang-barang seperti botol minuman, memberi sumbangan kepada pihak lain serta

menghasilkan bahan lain. Saya juga gembira kerana keprihatinan penduduk di kawasan ini

terhadap alam sekitar telah membolehkan kawasan kediaman mereka bersih dan selesa.

Page
15
8.3 KEPENTINGAN KITAR SEMULA

Saya telah menjalankan satu kajian melalui kaedah soal-seidik (rujuk dalam Lampiran 1) di

kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur. Hasil daripada soal-selidik

tersebut terpapar dalam Jadual 1.0 “Kepentingan Kitar Semula” di bawah ini.

Jadual 1.0 Kepentingan Kitar Semula

KEPENTINGAN KITAR SEMULA BILANGAN RESPONDEN YANG SETUJU


Peluang pekerjaan 15
Mengurangkan pencemaran 11
Mengurangkan penggunaan sumber 13
Menggalkkan daya kreativiti dan inovasi 13
(Sumber : Soal selidik)

8.3.1 PELUANG PEKERJAAN

Berdasarkan keputusan soal-selidik di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur, 15 responden

daripada 20 responden iaitu 75% peratus telah memilih kepentingan peluang pekerjaan. Hal ini

demikian kerana dalam sektor kitar semula, terdapat banyak pekerjaan yang terbuka kepada

penduduk. Contoh-contoh pekerjaan ialah sebagai pekerja di kilang mengitar semula dan pekerja

dalam pengumpulan bahan kitar semula.

8.3.2 MENGURANGKAN PENGGUNAAN SUMBER

Selain itu, kira-kira 65% iaitu 13 responden daripada 20 responden telah memilih kepentingan

mengurangkan penggunaan sumber. Ini adalah satu amalan yang baik. Hal ini kerana untuk

menghasilkan satu tan kertas, 17 pohon pokok perlu ditebang. Mengurangkan penggunaan

sumber contohnya kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.

8.3.3 MENGGALAKKAN DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Page
16
Di samping itu, seramai 65% peratus iaitu 13 responden daripada 20 responden telah memilih

kepentingan menggalakkan daya kreativiti dan inovasi. Hal ini demikian kerana bahan-bahan

yang tidak diperlukan boleh ditukarkan kepada sesuatu yang boleh digunakan. Ini secara tidak

langsung menggalakkan daya kreativiti dan inovasi untuk mereka cipta sesuatu kerana daya

kreativiti diperlukan untuk mengubah sesuatu yang tidak berguna kepada sesuatu yang berguna.

8.3.4 MENGURANGKAN PENCEMARAN DARAT

Akhir sekali, 11 responden daripada 20 responden iaitu 55% peratus telah memilih kepentingan

mengurangkan pencemaran darat. Ini ialah satu amalan yang baik. Ini adalah sebab dengan

amalan kitar semula, kawasan-kawasan tidak perlu diterokai untuk mendapat sumber dan ini

akan mengurangkan pencemaran darat.

8.3.5 NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME

Saya berasa gembira kerana di kawasan kajian saya, terdapat responden di kawasan kajian saya

yang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan kitar semula.

8.4 MASALAH/ HALANGAN AMALAN KITAR SEMULA

8.4.1 KURANG PUSAT PENGUMPULAN

Page
17
Kurang pusat pengumpulan menyebabkan amalan kitar semula kurang dipraktikkan di kawasan

kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur. Berdasarkan pemerhatian saya di Taman

Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur, terdapat 2 pusat kitar semula iaitu satu daripadanya dekat

dengan kondominium Baiduri G, Kampung Pandan dan satu lagi di pusat membeli-belah Tesco

Ampang. Terdapat juga sebuah lori yang datang ke kawasan kajian saya 2 minggu sekali.

Didapati bahawa penduduk di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur

menghadapi masalah untuk meletak dan menghantar bahan kitar semula di pusat kitar semula.

8.4.2 SIKAP

Sikap penduduk di Taman Sri Angsana Hilir juga merupakan antara masalah yang dialami.

Segelintir penduduk di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur tidak

mengendahkan amalan kitar semula. Mereka tidak mengambil inisiatif untuk mengitar semula.

Antara contoh sikap yang tidak baik ialah membuangkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula

seperti tin dan botol kaca ke dalam tong sampah sedangkan bahan-bahan tersebut boleh dikitar

semula.

8.4.3 KURANG KERJASAMA

Selain itu, masalah yang dihadapi dalam amalan kitar semula di kawasan kajian saya ialah

kekurangan kerjasama. Kebanyakan mereka adalah golongan yang bekerja. Mereka hanya

mementingkan pekerjaan mereka. Apabila disuruh mengitar semula bahan-bahan seperti botol

kaca, mereka tidak akan memberi kerjasama dan meneruskan aktiviti mereka.

8.4.4 NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME

Page
18
Saya berasa bangga terhadap penduduk di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala

Lumpur kerana masih ramai yang mengamalkan amalan kitar semula walaupun terdapat masalah

dan halangan dalam pengamalan amalan kitar semula. Kerjasama semua pihak adalah sangat

penting dalam menjayakan amalan kitar semula.

8.5 LANGKAH-LANGKAH/ CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM

MELAKSANAKAN AMALAN KITAR SEMULA

Page
19
8.5.1 MENYEDIAKAN KEMUDAHAN/ PUSAT PENGUMPULAN

Pihak berkuasa tempatan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) perlu menyediakan dua lagi

pusat kitar semula. Pusat kitar semula harus diletakkan di Jalan Hilir 4 dan satu lagi di bawah

jambatan MRR2 (Middle Ring Road 2). Ini memudahkan penduduk kawasan kajian saya, Taman

Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur untuk menghantar barangan terpakai untuk dikitar semula.

8.5.2 MENGADAKAN KEMPEN

Pihak kerajaan harus mengadakan kempen kitar semula dengan lebih giat. Kempen-kempen

tersebut haruslah membicarakan tentang amalan kitar semula dan bagaimanakah amalan kitar

semula boleh dilakukan. Kesannya terhadap alam sekitar dan bagaimanakah amalan kitar semula

dapat memelihara alam sekitar harus disertakan dalam kempen-kempen tersebut.

8.5.3 MENGADAKAN GOTONG ROYONG

Aktiviti gotong-royong merupakan penyelesaian kepada masalah kekurangan kerjasama. Ini

adalah sebab melalui aktiviti gotong-royong, hubungan silaturrahim antara satu dengan yang lain

boleh dijalinkan dan apabila itu berlaku, penduduk akan memberi kerjasama yang lebih banyak,

membolehkan amalan kitar semula senang dijalankan.

8.5.4 NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME

Kerjasama yang berterusan oleh semua pihak iaitu individu, masyarakat, pihak berkuasa, media

massa, kerajaan dan pihak swasta amat dihargai untuk menjamin cadangan-cadangan yang

dikemukakan boleh digunakan untuk mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh

penduduk di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur.

Page
20
9.0 RUMUSAN

Dalam kajian ini, saya dapat menghuraikan konsep kitar semula dengan lengkap berserta

contoh yang relevan. Saya juga dapat menyatakan dan menghuraikan jenis bahan dan amalan

Page
21
kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur berserta menerapkan nilai atau

unsur patriotisme. Selain itu, saya dapat menjalankan soal selidik, memproses data mentah

kepada jadual dan mentafsir kepentingan kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala

Lumpur serta mengkaji dan menghuraikan masalah kitaran semula di Taman Sri Angsana

Hilir, Kuala Lumpur. Akhir sekali, saya dapat mencadangkan dan menghuraikan langkah

untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir,

Kuala Lumpur serta menerapkan nilai dan unsur patriotisme serta menerapkan nilai dan

unsur patriotisme dalam dapatan kajian di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur.

Pada pandangan saya, masalah-masalah yang terdapat di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala

Lumpur dapat diatasi dengan kerjasama masyarakat dan pihak yang berkenaan. Lantaran itu,

saya amat gembira kerana melalui kajian ini, saya dapat menyemarakkan lagi keprihatinan

saya terhadap alam sekitar selain mendapat kerjasama daripada penduduk di kawasan kajian

saya, Taman Sri Angsana Hilir.

10.0 LAMPIRAN

1. Soal selidik

2. Surat kad pengenalan diri

Page
22
3. Surat kebenaran membuat kajian.

4. Surat makluman kepada ibu-bapa

5. Surat kebenaran ibu-bapa

Page
23
Page
24
Page
25
Page
26
Page
27
Page
28
Page
29
Page
30
Page
31
Page
32
Page
33
Page
34
Page
35
Page
36
Page
37
Page
38
Page
39
Page
40
Page
41
Page
42
SURAT KAD PENGENALAN DIRI

Page
43
Page
44
Page
45
Page
46
11.0 RUJUKAN

1. BUKU TEKS

Abd. Rahim Md Nor, 2004, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Geografi

Tingkatan 3, Selangor : Cerdik Publications Sdn. Bhd.

2. INTERNET

2(a) http://my.opera.com/LA21MPS/blog/show.dml/392905

2(b) http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula

Page
47
2(c) http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-penggunaan-lestari/alam-sekitar/60-

amalan-3r-di-rumah.html

2(d) http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/07/03/kitar-semula-recycle/

2(e) http://www.afn.org/~afn21661/Problems.htm (diterjemahkan ke bahasa melayu)

3. BUKU RUJUKAN

Chong Mui Sen, 2010, Nexus Pro PMR 1.2.3. Geografi, Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.

Page
48

You might also like