You are on page 1of 3

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli


Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat
tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua
Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua
mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).

Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-

 bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya


berjalan dengan licin
 memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang
dibahaskan
 membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat
sekiranya berlaku perbalahan
 mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil
tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat

Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah


menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan
Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
 Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
 berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang
dipilih
 beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika
hilang kelayakan menurut undang-undang

Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua


mempengerusikan persidangan.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak


jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang
di-Pertua Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB TAN SRI DATO'


SERI DIRAJA RAMLI BIN NGAH TALIB (tempoh 22 November
2004 hingga kini).
Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YB Dato' Haji YB Dato' Syed Esa bin YB Tan Sri Dato' Chok
Mohamad Noah bin Alwee Mohamad Yusuf bin
Omar 18.05.1964 - Sheikh Abdul Rahman
01.09.1959 - 24.11.1964 25.11.1964 - 03.11.1974
29.02.1964

YB Tan Sri Datuk Haji YB Tan Sri Datuk Dr Y. A. Bhg. Tun Dato' Seri
Nik Ahmad Kamil Haji Syed Nasir bin Ismail Dr. Mohamed Zahir bin
Nik Mahmood 09.01.1978 - Haji Ismail
04.11.1974 - 16.03.1982  14.06.1982 - 14.10.2004
20.12.1977

 
YB Tan Sri Dato' Seri
Diraja Ramli bin Ngah
Talib
22.11.2004 - kini

You might also like