You are on page 1of 4
BUDAYA MELEPAK BUDAYA melepak merupakan perlakuan muda-mudi yang melibatkan aktiviti yang — tidak berfaedah. Gejala ini telah wujud sejak dahulu lagi tetapi bentuk dan cara menghabiskan masa dengan perbuatan yang sia-sia telah berubah mengikut zaman. Biasanya remaja melepak disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuklah tekanan di rumah, pengaruh rakan sebaya dan bebanan kerja sekolah serta persekitaran. Faktor utama menyebabkan berlakunya gejala lepak ialah remaja yang merasakan bahawa melepak adalah perlu bagi menghilangkan masalah. Contohnya, ibu bapa suka bertengkar dan keluarga yang kucar-kacir. Faktor yang kedua ialah pengaruh rakan sebaya. Jika seseorang individu mula berkawan dengan kumpulan rakan yang tidak baik, maka terikutlah mereka melakukan kegiatan merokok, mencuri dan penyalahgunaan dadah. Punca berikutnya adalah bebanan kerja sekolah yang terlampau banyak. Apabila diberi tugasan yang terlalu banyak, hal ini boleh mendatangkan tekanan emosi dan mental kepada seseorang pelajar. Ada pelajar yang mengatakan kerja rumah yang banyak amat membosankan! Oleh sebab itu, mereka mengambil kesempatan untuk beriadah seketika dengan cara melepak untuk memenangkan fikiran bersama-sama kawan- kawan. Lama-kelamaan tabiat ini akan melahirkan perasaan malas terhadap pelaiaran sekolah. Lepak tidak boleh dihapuskan tetapi dapat dibendung. Perkara ini haruslah bermula dari rumah. bu bapa perlu menunaikan tanggungjawab mereka untuk memastikan ikatan kasih sayang dan persefahaman sentiasa terjalin dalam kalangan ahli keluarga agar remaja suka berada di rumah daripada merayau tanpa sebab. Keprihatinan kerajaan dalam menangani isu ini terbukti melalui penjelmaan program rakan muda. Program ini dapat mengisimasalapang remaja dengan bermanfaat. Peranansemua pihak amatlah diperlukan untuk menangani isu ini daripada terus

You might also like