You are on page 1of 3

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya, Hanushaa a/p Ampalakan telah menubuhkan Akai Saikuron Sdn. Bhd. Perniagaan
saya adalah perniagaan milikan tunggal yang menjual barang keperluan perabot seperti
meja, rak, almari dan kerusi. Sebagai pemilik saya telah menggunakan wang sendiri
sebanyak RM 60 000 sebagai modal permulaan perniagaan yang ditubuhkan pada 1
Januari 2009. Saya menggaji seorang pekerja dengan gaji bulanan RM 1 500.

Saya memilih untuk menubuhkan perniagaan yang menjual keperluan perabot kerana:

i) Kurangnya perniagaan yang menjual keperluan perabot di lokasi perniagaan saya


ii) Mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan penduduk setempat dan
iii) Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang mereka perabot, bidang
kerja kayu serta bidang perhiasaan

Saya percaya dengan menjalankan perniagaan milikan tunggal yang menjual barang
keperluan perabot, saya dapat memperoleh keuntungan yang tinggi serta dapat memenuhi
permintaan orang ramai.

Saya faham dengan melibatkan diri di dalam perniagaan yang menjual barangan perabot
saya berdepan dengan risiko-risiko tertentu seperti persaingan, menanggung sendiri
segala kos dan kerugian.
Profil Perniagaan:

i. Nama Perniagaan AKAI SAIKURON SDN. BHD.

ii. Nama Pemilik HANUSHAA a/p AMPALAKAN

iii. Lokasi/Alamat 51, Jalan 9/5, Taman Million 47400 Petaling Jaya.

iv. Jenis Perniaggan Milikan Tunggal

v. Tempoh Perakaunan 1 bulan

vi. Tempoh Rekod 1 Januari 2011 – 31 Januari 2011

vii. Modal Perniagaan RM60 000

viii. Jumlah Pekerja Seorang

ix. Status Perniagaan Memulakan Perniagaan

x. Nama dan Alamat Bank HSBC Bank (M) Berhad,


No.49C, 3rd Floor, Uptown 37
Jalan SS 21/37, Damansara Utama
47400 Petaling Jaya,
Selangor,
Malaysia

xi. Nombor Akaun 954164154915

You might also like