You are on page 1of 6

Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan

ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung
rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan
kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa
sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai
kategori yang boleh dibezakan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh
disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh
penyakit baka/keturunan.

Patologi merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula
dirujuk sebagai nosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit
dikenali sebagai perubatan.

Praktik perubatan dahulu kadang kala membezakan penyakit, yang mempunyai sebab
khusus atau beberapa penyebab (dikenali sebagai etiologinya), berbeza dari sindrom,
yang merupakan himpunan tanda dan/atau simptom yang berlaku serentak. Perbezaan
takrif ini didapati kurang tepat kerana kebanyakan sindrom telah berjaya dikenal pasti.
Pada masa yang sama, banyak istilah perubatan yang menggambarkan simptom atau
ketidaknormalan, mungkin dirujuk sebagai penyakit dalam banyak konteks, terutama
sekiranya punca penyakit tidak dapat dikenal pasti.

Sesuatu keadaan boleh disahkan secara objektif, tetapi anggapan bahawa sesuatu
"gejala"ialah penyakit bergantung pada pertimbangan nilai masyarakat. Sebagai contoh,
pada masa kini, dalam kalangan masyarakat Amerika Utara, jumlah mereka yang
menganggap masalah kebantutan dan obesiti sebagai penyakit telah meningkat sepanjang
tempoh 40 tahun lalu, sebaliknya jumlah mereka yang menganggap homoseksual sebagai
penyakit semakin berkurangan.

Sesuatu gejala dianggap sebagai penyakit oleh sesuatu kebudayaan atau dalam satu julat
masa, tetapi bukan dalam semua kebudayaan atau era. Masalah kecenderungan
menentang, masalah sukar menumpukan perhatian, dan masalah personaliti merupakan
antara contoh gejala yang dianggap sebagai penyakit dalam masyarakat Amerika Utara
kini tetapi tidak pernah dianggap sedemikian dalam kebudayaan Amerika abad lalu atau
bagi masyarakat lain pada masa kini.

Kadang kala, sama ada sesuatu gejala dikira sebagai penyakit atau sindrom dan
variasinya telah menjadi topik politik yang hangat lantaran kesannya kepada ekonomi
dan masyarakat. Sebagai contoh, kejutan letupan (shell shock) dan masalah tekanan
pascatrauma (post-traumatic stress disorder) merupakan telah dipolitikkan di Amerika
Syarikat; demikian juga kecederaan pergerakan berulang (repetitive motion injury) di
Australia.
Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman),
vibrio cholera.

Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan
makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan
yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak .

Penyakit taun merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang


disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman
yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak
dimasak dengan betul terutamanya kerang. Simptom termasuk cirit-birit ( diarrhea ),
perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan kekeringan. Penyakit Taun dirawat
dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan
kematian.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit taun atau kolera telah
menurun dari 1,304 kes (19 kematian) pada tahun 1998 kepada 365 kes (7 kematian)
pada tahun 2002. Penurunan ini adalah petanda baik bahawa pendidikan dan
penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkesan, namun pengguna
harus sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makanan mereka.

 Sekitar sejuta virus Vibrio cholerae harus dihadamkan sebelum taun menjangkiti
seseorang dewasa yang sihat, walaupun peningkatan jangkitan boleh diperhati
pada mereka dengan sistem pertahanan diri yang lemah, mereka yang asid gastrik
kurang (akibat penggunaan antasid), atau mereka yang kekurangan makanan.
 Wabak taun terakhir di Amerika Syarikat adalah pada tahun 1911.
 1,099,882 kes dan 10,453 kematian dilapurkan di Hemisphere Barat antara
Januari 1991 dan Julai 1995.
 Secara purata, satu kes taun dilapurkan di Amerika Syarikat setiap minggu.

Vibrio cholerae menyebabkan penyakit dengan membebaskan toksin yang melumpuhkan


fungsi GTPase pada protin G yang merupakan sebahagian pasangan penerima-protin G (
G protein-coupled receptor ) di dalam sel usus. Ini mengakibatkan protin G terkunci
dalam "kedudukan terpasang" mengikat GTP (biasanya, protin G kembali "tertutup"
dengan pantas dengan hydrolizing GTP kepada GDP). Protin G mengakibatkan adenylate
cyclase menghasilkan sejumlah besar cyclic AMP (cAMP) yang mengakibatkan
kehilangan cecair dan garam yang banyak pada lapisan perut.

Cirit-birit yang berlaku membenarkan virus tersebar kepada orang lain akibat keadaan
yang tidak bersih. Pembawa gen penyakit Sistik Fibrosis (cystic fibrosis) dilindungi dari
kesan taun teruk akibat mereka tidak kehilangan air dengan cepat. Ini menjelaskan
jumlah tinggi cystic fibrosis dikalangan penduduk yang pernah terdedah kepada taun.

Kajian genetik terkini menunjukkan kecenderungan seseorang kepada taun (dan cirit-birit
lain) bergantung kepada jenis darah mereka. Mereka dengan darah jenis O paling mudah
dijangkiti. Mereka dengan darah jenis AB paling tahan, hampir kebal. Antara kedua
melampau terdapat jenis darah A dan B, dengan jenis A lebih tahan berbanding jenis B.

Diarea (Indon.= diare; Inggeris = diarrhea) ataupun cirit-birit merupakan keadaan di


mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis menyebabkan sentiasa
perlu membuang najis setiap masa. Keadaan ini sekiranya berlarukan mampu
menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan
mampu membahayakan pesakit.

Definisi untuk diarea sebenar ialah peningkatan berat najis melebihi 200 gm dalam 24
jam.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan, antaranya adalah alahan
makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau
berserat serta penuh dengan bijirin. Bayi juga kadangkala mengalami masalah cirit-birit
kerana tidak sesuai dengan susu berformula yang diberikan. Cirit-birit yang berlaku
kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama
berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.

Dianggarkan bahawa dalam serangan cirit-birit disebabkan oleh bakteria di Amerika


Syarikat, 99% daripadanya disebabkan oleh Campylobacter jejuni dangan peratusan 20
kes bagi setiap 100,000 penduduk.

nfluenza, biasanya dikenali sebagai selsema ("flu"), merupakan penyakit berjangkit


burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae
(virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam, sakit tekak,
sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa
tidak sedap badan. Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan
pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang
tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah
lebih terus dan disebabkan oleh virus yang berbeza.

[sunting] Golongan berisiko tinggi


 Pesakit yang menghidap Penyakit kencing manis
 Mereka yang mengalami masalah pernafasan dan lelah
 Pesakit kardiovaskular
 Pesakit Buah pinggang
 Pesakit dengan masalah sistem imun seperti pemyakit HIV
 Mereka yang menerima rawatan barah atau yang menjalani pemindahan organ
 Kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas

[sunting] Vaksin
 Jenis suntikan yang disuntik di lengan. Ia diluluskan penggunaanya untuk mereka
yang berusia 6 bulan ke atas termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik.
 Jenis semburan yang diperbuat daripada virus influenza yang dilemahkan dan
tidak akan menyebabkan influenza.

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di
dunia, iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5
hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan oleh nyamuk betina genus
Anopheles (nyamuk tiruk), terutamanya Anopheles sundaicus di Asia dan An. gambiae di
Afrika. Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara tropika
atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara Arika, Asia
Tenggara dan Selatan, Mexico, Haiti, Amerika Tengah dan Selatan, Papua New Guinea
dan Kepulauan Solomon.

Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit
protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari
Amerika, Asia, dan Afrika. Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta
orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-
Sahara Afrika. Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan
punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.

Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masaalah kesihatan umum
yang besar. Penyakit ini disebabkan oleh parasit protozoa dari genus Plasmodium.
Bentuk penyakit ini yang paling serious disebabkan oleh Plasmodium falciparum dan
Plasmodium vivax, tetapi spesies berkait yang lain seperti (Plasmodium ovale,
Plasmodium malariae, dan kadang-kala Plasmodium knowlesi) turut mampu menjangkiti
manusia. Kumpulan pathogenic manusia spesies Plasmodium ini dirujuk sebagai parasit
malaria.

Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak dalam sel darah
merah, menyebabkan simptom termasuk anemia (kepala rasa ringan, semput nafas,
(tachycardia) dll.), termasuk juga simptom umum lain seperti demam, sejuk, mual,
penyakit seperti selsema, dan dalam kes teruk, koma dan kematian. Penyebaran Malaria
boleh dikurangkan dengan menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk dan
penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan nyamuk seperti menyembur
racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung di mana nyamuk
bertelur.

Tiada vaksin kini berkesan bagi malaria; ubat penghalang mesti diambil secara berterusan
bagi menghalang risiko jangkitan. Rawatan ubat prophylaktik sering kali terlalu mahal
bagi mereka yang dinggal dikawasan endemik. Kebanyakan orang dewasa dalam
kawasan endemik mempunyai jangkitan ulangan jangka panjang dan juga separuh kebal;
kekebalan berkurangan menurut tempoh dan dewasa sebegitu mungkin terdedah kepada
malaria teruk sekiranya mereka tinggal lama dikawasan bukan endemik. Mereka disaran
mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya sekiranya mereka kembali kekawasan
endemik. Jangkitan Malaria dirawat melalui penggunaan ubat anti malaria, seperti
quinine atau hasilan artemisinin, sungguhpun malaria kebal ubat semakin menjadi
kebiasaan.

Penyakit cacar ialah penyakit berjangkit yang merebak melalui sentuhan, pakaian kotor
dan udara oleh dua jenis virus, Variola major dan Variola minor.[1].

Gejala penyakit ini ialah demam ringan diikuti sakit kepala, pertumbuhan gelembung-
gelembung air pada tubuh badan. Kulit mulai rasa gatal-gatal apabila gelembung2
tersebut pecah, keadaan ini menyebabkan keletihan akibat kesukaran untuk tidur.

virus ebola

Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus.
Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu penyakit yang amat
berbahaya. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes
jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola
punca penyakit.

Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru.
Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di
dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh
kejutan dan kehilangan darah yang serius.

You might also like