You are on page 1of 2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM PRA SARJANA MUDA (KDP 14M) PEDALAMAN


(SEMESTER JUN 2008)

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN


TUGASAN (20%)

ARAHAN

1) Tugasan anda akan dinilai berasaskan keupayaan anda memilih bukti-bukti


penting dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk menyokong hujah-hujah
yang diketengahkan, dan juga keupayaan anda memberikan hujah-hujah dan
bahan-bahan yang menyokongnya dengan tepat.

2) Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan New Times
Roman, saiz font 12 dan langkau baris 1.5.

3) Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada Pensyarah anda sebelum atau


pada 5 SEPTEMBER 2008.

4) Tugasan ini menyumbang sebanyak 20% kepada gred akhir kursus.

5) Tugasan boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan (maksimum 3


orang) daripada kelas yang sama.

6) Plagiarisme di dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.Tugasan yang
diplagiatkan tidak akan diterima dan pelajar yang terbabit akan dikenakan
tindakan.
SOALAN TUGASAN:

Pembelajaran yang berkesan memerlukan strategi pengajaran yang sesuai dengan


tahap kebolehan pelajar di dalam sesuatu bilik darjah. Salah satu alternatif yang perlu
diambil perhatian ialah tentang gaya belajar dalam kalangan pelajar. Gaya belajar ini
dikenali sebagai gaya kognitif iaitu cara individu memproses dan berfikir mengenai
perkara yang telah dipelajari. Terdapat beberapa gaya kognitif yang telah diperkenalkan,
antaranya gaya bebas medan, bersandar medan, impulsif dan reflektif.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas jawab soalan berikut:

(a) Bincangkan gaya kognitif impulsif dan reflektif. Perbincangan yang ditulis
perlu menyediakan contoh-contoh yang konkrit berkaitan dengan konsep gaya
kognitif impulsif dan reflektif supaya perbincangan menjadi jelas dan boleh
difahami. Selain itu, contoh-contoh yang disediakan dicadangkan merujuk
kepada kemahiran-kemahiran belajar dan aktiviti-aktiviti belajar yang berlaku di
dalam sesebuah bilik darjah merentasi pelbagai subjek yang terdapat di
sekolah.
(10 markah)

(b) Anda menghadapi masalah di dalam bilik darjah kerana terdapat pelajar yang
mengamalkan gaya kognitif impulsif dan reflektif. Terangkan bagaimana anda
boleh menyelesaikan masalah tersebut di dalam bilik darjah. Langkah-langkah
penyelesaian anda harus mengandungi:

i. Proses menyelesaikan masalah


ii. Contoh-contoh yang relevan
(10 markah)

[Jumlah: 20 markah]

You might also like