You are on page 1of 6

1.

DEFINISI MUZIK
o Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak
pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.
2. DEFINISI PERGERAKAN Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “ melakukan”
(learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan
pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga
(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
3.
o Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara
o Automatis
o Spontan
o Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan
pelbagaipergerakan badan
4. KEPENTINGAN PERGERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak
untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik
secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘non verbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada
pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan
tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
5. KEPENTINGAN MUZIK dan PERGERAKAN TERHADAP :
 Emosi
 - Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat
menenangkan perasaan kanak-kanak.
 Kognitif
 - Meningkatkan daya pendengaran
 - Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.
 Kegembiraan
 - Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang
kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak.
6.
o Fizikal
o - Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan
kreatif mengikut rentak muzik yang didengar.
o - Meningkatkan kemahiran motor.
o - Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan.
o Keyakinan diri.
o - Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan
kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas
latihan keyakinan diri.
o Kreativiti
o - Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai seni kata
lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.
7. 5 jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks
o Gerakan mengikut lirik lagu
o Gerakan asas dengan muzik
o Interpretasi muzik dengan gerakan
o Gerakan bebas dengan muzik
o Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema
8. PENDEKATAN DALCROZE
o Irama adalah pendekatan asas dalam
o pendidikan muzik
o Irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak
o Elemen irama dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakan
o Kesemua degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami,
difahami, dan diekspresikan dengan badan
9. PENGLIBATAN
o Eurhythmics memerlukan penglibat individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan
penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu
o Mendengar
o Merasai (feel)
o Berimaginasi kuat( strong imagination)
o Menginterpretasi bunyi
o Bertindak/respon/bergerak
10. KECERDASAN MUZIK
o Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan
antara bunyi dan mencipta muzik .
o Sensitif dengan bunyi dipersekitaran.
o Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi,
memahami struktur dan rentak muzik.
11. KECERDASAN KINESTETIK
o Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
o Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh.
o Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti
bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
o Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi
pergerakan fizikal dengan mental.
12. PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK Umur perkembangan Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula :
bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik.
Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan. 4- 8 bulan Kesedaran
muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula
menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah
sumber muzik. 10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik yang
paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas
menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan
bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.
13. 18 bulan – 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-
kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk
mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau
radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik. 2 - 3
tahun Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk
lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang
jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk
menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak
boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.
14. 3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan yang ketara berlaku.
Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya.
Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan
irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya
tepat. 4 – 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik
yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini
adalah tahap ‘pendengaran aktif’. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat. 5
– 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula : meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan
pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanak-kanak mula boleh
melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu
kaki dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat
untuk belajar tarian.
15. MENYANYI Peringkat umur Perkembangan Lahir – 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah ‘muzik’:
Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat
membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan
dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan dan mula ‘bercakap yang bukan-bukan’ mengulangi suara
seperti “ba-ba-ba.” 6 – 18 bulan Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal lebih jelas : ketika
kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini
bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu.
Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.
16. 18 bulan – 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-
betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunakan
suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh
anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang. 3 ½ - 4 tahun
Ketepatan dalam persamaan ton bermula : sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa.
Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu
mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.
17. 4 – 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan
anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh
menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan
menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya
untuk mengenal pasti melodi kegemarannya. 5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan
dan penghargaan meningkat : Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.
18. BERMAIN ALAT MUZIK Peringkat umur Perkembangan 6 – 9 bulan Bayi suka membuat bunyi dengan
apa-apa objek yang tersedia : koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda
untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia
akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.
18 bulan – 2 tahun Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi : Anda mungkin pernah melihat
anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk
menghasilka bunyi.
19. 2- 3 ½ tahun Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan
minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik
yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal.
Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya. 4- 5 tahun Anak
mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar : Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-
bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau
dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.
20. CONTOH PERALATAN MUZIK
21. BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN
22. Muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
23.
o Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak
o kurang upaya
o Muzik dan pergerakan penting untuk semua kanak-kanak termasuklah kanak-kanak kurang
upaya.
o Guru haruslah membuat pengubahsuaian terhadap aktiviti yang dijalankan.
o Membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka sebebas mungkin dan dapat
memberikan pengalaman kepada mereka.
24. Berikut adalah panduan dalam merancang aktiviti muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak kurang
upaya
25.  
26. Teknik mengajar yang baik untuk kanak-kanak berkeperluan khas
o Guna banyak pendekatan yang berbeza dengan pelbagai media untuk meningkatkan
variasi dan kelajuan.
o Guna segmen-segmen kecil.
o Membangun keakraban, memberi pengalaman.
o Menyediakan pilihan kegiatan yang sesuai.
o Cuba melakukan pergerakan yang sukar tapi dapat diikuti oleh kanak-kanak.
o Mengenali perbezaan dalam pemerhatian.
o Elakkan rangsangan berlebihan atau aktiviti yang panjang.
o Ingat keseimbangan dalam aktiviti.
o Mengelak daripada melakukan kejutan.
o Membangun kejayaan kepada kanak-kanak.
27. Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khusus
o kanak-kanak ketidakupayaan atau kegagalan belajar
o Merujuk kepada kecacatan kanak-kanak seperti disleksia, masalah pendengaran dan
masalah penglihatan, gangguan perhatian dan masalah ingatan dan sebagainya.
o Kanak-kanak dengan Attention deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) tidak boleh duduk atau
turut serta dalam kegiatan muzik yang lama dengan ahli kumpulan lain.
o Salah satu cara guru-guru dapat membantu mereka untuk fokus pada gerakan muzik dan
pergerakan adalah membawa mereka ke lokasi tertentu dan memuji mereka untuk tetap pada tugas.
o Melakukan muzik dan aktiviti gerakan secara individual.
o memberikan headphone untuk kanak-kanak untuk mendengar muzik atau memperkenalkan
mereka kepada komputer animasi dengan iringan muzik sebagai cara untuk membantu kanak-kanak
dalam melakukan pergerakan dalam muzik.
28.
o MUZIK DAN PERGERAKAN
o UNTUK BAYI
o DAN
o KANAK-KANAK KECIL
29. BAYI(INFANTS)
o Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik.
o Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka pada waktu itu.
Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka
mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.
o Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan
muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga.
o Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka,
malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan
penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat
disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang
dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.
30. Stimulasi pendengaran bayi
o Sejak lahir hingga 1 tahun, kebanyakkan bayi mula memperbaiki kemampuan mereka untuk
mendengar suara atau bunyi yang berbeza di persekitaran mereka.
o Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar untuk
menumpukan perhatian mereka.
o Muzik merupakan pengalaman yang tak ternilai sebagai seorang bayi untuk meningkatkan
kemahiran mendengar.
o Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila mendengar
muzik.
31. KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS )
o Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang,
bergerak dan menari mengikut irama muzik.
o Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan
sebagainya.
o Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat muzik tersebut.
o Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain
mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak.
o Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang
ditunjukkan.
32. PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK & PERGERAKAN
o Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak.
o Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema “anggota
badan”.
o Sediakan aktiviti yang fleksibel
o Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan tahap
kebolehan mereka.
o Gunakan bahasa yang mudah difahami.
o Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang
dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat merangsang lagi kanak-kanak bergerak
bersama muzik.
33.
o Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit, maka adalah lebih
sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti:
o
34.
o MUZIK DAN PERGERAKAN
o UNTUK
o KANAK-KANAK 3 TAHUN
35. Muzik & Pergerakan Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun
o Telah mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang
memberangsangkan.
o Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh diaplikasikan dengan muzik.
o Mestilah merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan permainan alat muzik
36. Tindak Balas Kanak-kanak Terhadap Bunyi & Pergerakan
o Akan menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut mereka, memusingkan
lengan dan menganggukkan kepala dalam keadaan bertenaga.
o Sangat aktif dan menyukai muzik yang rancak.
o Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan, menyukai permainan drama dan
khayalan.
o Mula minat untuk bermain alat muzik seperti drum, tamborin dan kayu stick.
37. Panduan Mengajar Muzik Untuk Kanak-kanak 3 Tahun
o Muzik yang dipilih mestilah bersesuai dengan perkembangan mereka.
o Mengajar dalam kumpulan yang kecil .
o Ketika mengajar muzik, cuba selitkan dengan nyanyian spontan seketika.
o Memperkenalkan alatan muzik satu persatu kanak-kanak dan membunyikan alat tersebut.
38. MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 4 – 8 TAHUN (KINDERGARTEN AND EARLY
PRIMARY)
39.
o Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik
o Terdapat beberapa tahap perkembangan kanak-kanak dalam melakukan pergerakan
mengikut muzik
o Antaranta ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi
40. Tahap perkembangan (Low level)
o Antara akitiviti yang dilakukan ialah
 Berguling
 Meniarap
 Mengesot
 Berjalan sambil mengheret kaki
 Bergerak ke belakang dan depan
41. Tahap perkembangan (Middle level)
o Merangkak
o Duduk mencangkung
o Lompat katak
o Berjalan dengan empat kaki
42. Tahap perkembangan (High level)
o Langkah seperti raksaksa
o Dapat menggunaka tongkat Pogo
o Berjalan sambil memegang bendera
o Berjalan menggunakan lutut
o Dapat melompat dan berlari
o Berlari dan berhenti
43. Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi
o Pergerakan dapar menggambarkan perwatakan kanak-kanak
o Pergerakan juga dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt, berfantasi)
o Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan
o Mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak, bila kanak-kanak bergerak, tubuh
badan mereka turut melakukan pergerakan
o Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya
44. Pergerakan dan muzik sebagai satu permainan
o Meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak melalui pergerakan
o Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan
45. Muzik dan pergerakan dan bahasa seni
o Perkembangan bahasa
 Muzik nyanyian sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanak-kanak
 Dapat membantu kanak-kanak memezakan antara perkatan, huruf dan suku
kata
 Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan seni kata dalam lagu,
kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa
 Muzik dan pergerakan merupakan satu cara kanak-kanak meningkatkan
penguasaan bahasa mereka
46. Muzik dan kemahiran membaca
o Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai perkataan baru dan
dapat menambah kosa kata mereka
47. Muzik, pergerakan dan matematik
o Puzzle dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemhiran matematik mereka
o Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang
 Besar dan kecil
 Panjang dan pendek
 Tinggi dan rendah
 Awal dan lambat
 Sikit
 Banyak
 Sekali
 Kumpulan dll
o Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan membesar dan mengecilkan
badan mereka
48. KESIMPULAN
o Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan program
pra sekolah.
o Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian perlu dipelbagaikan.
Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran
mendengar.
o Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan emosi,
konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.

You might also like