You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Regionalisme berasal daripada perkataan region yang bermaksud rantau, kawasan atau wilayah.

Regionalisme boleh berlaku di beberapa benua di seluruh dunia. Fokus utama regionalisme dalam

penulisan ini adalah regionalisme yang berlaku di Asia. Regionalisme Asia bermaksud kerjasama

merentas sempadan nasional untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam kawasan serantau

secara aman bagi mempercepatkan usaha pelbagai hala dan mewujudkan perpaduan di peringkat

wilayah1.

Sebelum era Perang Dingin, masalah yang berlaku di seluruh dunia adalah perbezaan dari

segi ideologi politik. Selepas tamat perang ini kira-kira 20 tahun yang lalu, perbezaan ideologi

bertukar kepada persaingan ekonomi yang mana ia turut diperluaskan lagi ke negara-negara Asia.

Bagi mewujudkan corak ekonomi yang stabil di rantau ini, maka regionalisme Asia telah

diperkenalkan. Semangat regionalisme adalah integrasi dari segi ekonomi, politik dan

keselamatan di Asia. Dalam era kepimpinan Mahathir, semangat regionalisme diwujudkan

dengan menubuhkan beberapa pertubuhan seperti ASEAN 10, East Asia Economic Caucus

(EAEC), ASEAN + 3, Free Trade Agreement (FTA), East Asia Community (EAC) dan Segitiga

Pertumbuhan. Penyertaan beberapa buah negara dalam menganggotai pertubuhan-pertubuhan ini

tidak berlaku secara berasingan, malah keanggotaan bagi negara-negara yang menyertainya turut

bertindih. Perbezaan institusi menyebabkan berlaku persaingan dan saling lengkap-melengkapi

antara satu sama lain. Mahathir berperanan dalam mengukuhkan semangat regionalisme di Asia.

Penulisan ini akan mengupas satu-persatu inisiatif yang diambil oleh beliau ke arah perubahan

yang berlaku di rantau ini.

1
Yi Okyeon. (2008). Comment on “Regionalism In The Asia-Pasific” and U.S. Interest. Diperoleh pada April 5, 2011 daripada
http://www.ic.nanzan-u.ac.jp/AMERICA/kanko/documents/26YI.pdf.
1
2.0 INISIATIF MAHATHIR DALAM MEMPERKUKUHKAN SEMANGAT

REGIONALISME

2.1 ASEAN 10

Association of South East Asian Nations (ASEAN) ditubuhkan hasil daripada Deklarasi

Bangkok pada 8 Ogos 1967. ASEAN ditubuhkan kerana implikasi ke atas keselamatan negara-

negara serantau. Peringkat awal penubuhannya terdiri daripada Malaysia, Thailand, Singapura,

Indonesia serta Filipina dan diikuti Brunei. ASEAN 10 merupakan visi daripada penubuhan

ASEAN. Visi tersebut adalah untuk menyatukan sepuluh buah negara Asia Tenggara kepada satu

hubungan kerjasama serantau. Selepas Malaysia diterajui oleh Mahathir, Vietnam, Laos,

Myanmar dan Kampuchea telah menyertai ASEAN dan menjadikannya sebagai ASEAN 10.

Tumpuan Mahathir dalam dasar luarnya adalah untuk mencapai kemajuan sosio-ekonomi di

kalangan negara-negara Asia Tenggara. Pelbagai usaha untuk memenuhi visi ASEAN giat

dilakukan oleh Malaysia yang bertujuan memastikan negara-negara Asia Tenggara mencapai

tahap pembangunan yang seimbang tanpa wujud perbezaan status ekonomi seperti wujudnya

Asia Tenggara kaya dan Asia Tenggara miskin. Berdasarkan semangat regional yang

diwujudkan, pembangunan sosio-ekonomi negara-negara serantau dapat dilaksanakan dengan

lebih berkesan, stabil dan mengurangkan tekanan daripada negara-negara luar. ASEAN 10 dapat

menyatukan sepuluh buah negara Asia Tenggara dan membantu antara satu sama lain dalam

aspek keselamatan.

Inisiatif yang dilakukan oleh Mahathir adalah dengan memberikan sokongan yang kuat

terhadap kemasukan Myanmar dalam ASEAN. Pada peringkat awal, Malaysia menentang

Myanmar kerana penganiayaan terhadap Muslim Rohingya. Beberapa tahun kemudian, Malaysia

telah bertindak sebaliknya iaitu memberikan sokongan yang kuat terhadap kemasukan Myanmar

2
dalam ASEAN. Pada 1994, Malaysia dan Indonesia telah memberikan sokongan kepada Thailand

untuk mempelawa Myanmar bertindak sebagai pemerhati dalam ASEAN Ministeral Meeting

(AMM) di Bangkok. Mesyuarat tersebut telah menunjukkan komitmen terhadap perkembangan

ASEAN. Kemasukan Myanmar menjadikan ikatan ASEAN bertambah kuat hasil perpaduan

budaya, geografi, sosial dan politik. Mahathir tidak bersetuju dengan kritikan dari Barat terhadap

kemasukan Myanmar dalam ASEAN kerana menurutnya,

“I don’t like people telling me who I should have as a friend and who should be my
enemy.”

Kewujudan ASEAN 10 telah meningkatkan daya tarikan kawasan ini kepada para pelabur

asing yang inginkan lingkungan politik yang stabil serta sistem ekonomi yang bersifat terbuka.

Kestabilan politik dan ekonomi yang dinamik menjadikan ASEAN 10 sebagai model kerjasama

negara-negara sedang membangun. Berbagai-bagai kejayaan yang diraih oleh ASEAN 10 dalam

meningkatkan keamanan dan kestabilan dalam lingkungannya malah telah meningkatkan profil

dan kredibiliti ASEAN di forum-forum antarabangsa. Ekonomi negara-negara ASEAN 10 telah

meningkat dengan lebih stabil dan perindustrian telah berkembang dengan pesat seperti

kenyataan di bawah:

“During these years, I have seen many changes to take place in ASEAN. Today,
ASEAN encompasses the whole of Southeast Asia and it is one of the most successful
regional organisation. Though in the early years, ASEAN was written off as an
irrelevant organisation, we have proved that we are very relevant” 2.

Mahathir berjaya menyedarkan negara-negara Asia Tenggara tentang kepentingan

gabungan negara-negara jiran. Penubuhan ASEAN 10 membuktikan kepada dunia bahawa

kelebihan mempunyai hubungan baik dengan negara-negara jiran dapat membentuk sistem

2
Ucapan balas Tun kepada Presiden Megawati di Bali, Indonesia dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-9 pada 7 Oktober 2003.
3
ekonomi antarabangsa yang berkesan. Malaysia terus bersama dalam ASEAN dan berpegang

kepada prinsip persetujuan bersama, menghormati kedaulatan dan sentiasa bekerjasama untuk

memberikan manfaat kepada negara ASEAN dan seterusnya kepada dunia.

2.2 EAST ASIA ECONOMIC CAUCUS (EAEC)

Kegagalan rundingan pusingan Uruguay di Brussels dalam General Agreements on Tariff

and Trade (GATT) dalam menyelesaikan masalah yang berkait dengan isu perdagangan dan

dominasi kuasa Amerika Syarikat dan Eropah dalam APEC telah mewujudkan blok perdagangan

yang hanya menguntungkan negara-negara maju di Asia Pasifik menjadi sebab Mahathir

menubuhkan East Asia Economic Group (EAEG) atau kini dikenali sebagai East Asia Economic

Caucus (EAEC) untuk negara-negara rantau Asia Timur.

Gambaran bahawa kawasan Asia akan menjadi kawasan ekonomi penting dunia menjelang

kurun ke-21 dan berpotensi besar mewujudkan suasana ekonomi cemerlang menyebabkan

Mahathir perlu menubuhkan EAEC3. Dr Mahathir berpendapat:

“Jika kita tidak mempunyai kumpulan ini, ASEAN dan sesiapa pun akan terpaksa
bergantung kepada ihsan blok perdagangan Eropah dan Amerika. Mereka akan
mengenakan pelbagai syarat dan kaitan dengan isu bukan perdagangan hingga boleh
membantutkan pertumbuhan ekonomi ASEAN. Kalau begitu keadaannya, maka kita
akan kekal sebagai negara membangun sampai bila-bila”.
(The Asian Wall Street Journal October 8,1991)

Pertubuhan ini dianggotai enam negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Singapura,

Thailand, Brunei, Indonesia dan Filiphina diikuti dengan pelawaan kepada negara-negara lain

iaitu China, Korea Selatan dan Jepun. Malaysia tidak menjemput negara-negara Barat seperti

Amerika Syarikat untuk menjadi ahli EAEC sebagai respon tidak menyukai negara tersebut

3
Abu Hassan Adam (1992). Menghala Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd, hlmn 57
4
dalam APEC yang dilihat telah mengeksploitasi negara-negara ASEAN dalam setiap kegiatan

ekonomi di Asia Pasifik.

Penubuhan EAEC bertujuan meningkatkan kerjasama ekonomi; memperkenal dan

mempertahankan perdagangan yang bebas dan adil; memecut pertumbuhan ekonomi;

memperkenalkan sistem kedaerahan terbuka (open regionalisme) dan menyumbang kepada

sistem perdagangan multilateral dalam kalangan negara anggota4. Disebalik penubuhan EAEC,

sebenarnya Mahathir menubuhkan EAEC adalah untuk mengimbangi kuasa-kuasa Amerika dan

Eropah yang dilihat telah mendominasi setiap lapangan ekonomi dan perdagangan di dunia

hingga mengenepikan kepentingan negara ASEAN. EAEC turut diusahakan sebagai persediaan

bagi negara-negara Asia Timur berhadapan dengan keghairahan pembentukan blok-blok ekonomi

yang menyukarkan mereka untuk berdagang dengan blok berkenaan. Mahathir juga menjadikan

EAEC sebagai satu pressure group untuk melobi dan mempertahankan hak kepentingan bersama

di mana-mana persidangan antabangsa seperti di Uruguay Round5.

Amerika Syarikat menuduh EAEC menuju kepada pembentukan blok perdagangan tertutup

selain dianggap sebagai usaha untuk ‘membunuh’ APEC menyebabkan negara-negara ASEAN

seperti Indonesia, Singapura dan negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan

mulai curiga untuk menyertai EAEC6. Walau bagaimanapun, selepas krisis kewangan tahun

1997, barulah negara-negara ASEAN melihat EAEC ini adalah relevan untuk diterima. Kesan

daripada kecaman dan tentangan daripada Amerika Syarikat terhadap EAEC secara berterusan

menyebabkan EAEC gagal direalisasikan dengan baik tetapi cetusan idea tersebut dianggap

sebagai satu alternatif awal ke arah pembentukan EAS dan ASEAN+3.

4
Jayum A Jawan (2003). Malaysian Politics and Government. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd, hlmn 213
5
Abu Hassan Adam (1992). Menghala Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.hlmn 58
6
R.S Milne and Diane K. Mauzy (1999). Malaysian Politics Under Mahathir. New York: MPG Books Ltd. Bodmin, hlmn 129

5
2.3 ASEAN + 3

Pembentukan ASEAN + 3 oleh Mahathir adalah inisiatif bagi mengukuhkan semangat

regionalisme di Asia yang melibatkan ASEAN 10 secara tetap dan ditambah dengan Korea

Selatan, Jepun dan China. ASEAN + 3 lebih tertumpu kepada isu-isu kewangan berbanding isu

perdagangan. Perjanjian perdagangan di Asia Timur secara politik, sukar dicapai dan disusun

seperti sebahagian rantau kerana kepelbagaian dalam pendekatan liberalisasi perdagangan.

Pencapaian ASEAN + 3 dalam regionalisme dilihat dalam Inisiatif Chiang Mai (CMI)

yakni kejayaan pertukaran mata wang. CMI adalah sistem pertukaran mata wang yang membantu

negara di Asia Timur berhadapan dengan krisis kewangan pada masa akan datang. Sistem ini

dibentuk oleh ASEAN supaya bertindak sebagai mekanisme pengawasan yang mampu meramal

dan menghalang krisis menerusi penanda awal.

ASEAN + 3 telah mengambil langkah seterusnya ke arah pembentukan lebih banyak

institusi regionalisme apabila semua pemimpin bersetuju untuk mengkaji kebolehlaksanaan bagi

mengendalikan Kemuncak Tahunan Asia Timur. Selain itu, Malaysia telah mencadangkan

pembentukan sekretariat ASEAN + 3 dengan mengambil kira pergolakan politik dan ekonomi

yang berlaku di kebanyakan Negara Asia Timur dan ketidakpuasan terhadap pakej bantuan IMF 7.

Mesyuarat ASEAN + 3 pula dilihat sebagai usaha Asia Timur untuk keluar secara beransur-ansur

daripada bayangan APEC dan memperlihatkan diri mereka sebagai entiti politik tidak formal.

Kejayaan kerjasama ekonomi serantau dari aktiviti ASEAN + 3 ialah Kumpulan Rangka

Kerja Manila yang ditubuhkan pada 1997 iaitu kajian terhadap pengawasan aliran modal dan

sistem amaran awal untuk menghalang krisis masa hadapan dengan bantuan Bank Pembangunan

Asia (ADB- Asian Development Bank). Kajian yang dilakukan melibatkan sektor swasta

berdasarkan perjanjian yang dicapai pada mesyuarat menteri-menteri kewangan ASEAN-Eropah


7
Rujhan Mustafa. (2009). Pembangunan Ekonomi Integrasi Asia Timur. Sarawak: UMS. Hal, 45.
6
(ASEM) yang bertempat di Kobe, Jepun pada Januari 2001. Kejayaan integrasi serantau ini

bergantung kepada mekanisma pengawasan serantau yang efektif dan dilakukan oleh negara-

negara anggotanya.

2.4 PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA)

Seterusnya Mahathir dalam memperkukuhkan semangat regionalisme Asia adalah melalui

FTA atau Perjanjian Perdagangan Bebas. FTA bermaksud persetujuan untuk melakukan

perdagangan antara negara-negara dunia tanpa dikenakan sebarang sekatan kuota barangan atau

tarif import terhadap barangan luar negara. FTA terbentuk menerusi kerjasama antara dua atau

lebih negara yang bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang tarif atau mengurangkan tarif ke

atas semua produk atau sejumlah produk yang diperdagangkan. Oleh itu, semangat regionalisme

ditunjukkan menerusi blok dagangan serantau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)8.

Namun begitu, AFTA sukar dilaksanakan sepenuhnya kerana kebanyakan negara terikat

dengan sikap mementingkan diri sendiri. Selagi kecenderungan ini masih menebal di kalangan

negara anggota maka selagi itulah ia sukar untuk membentuk kawasan perdagangan yang bebas

dan adil. Tambahan pula, anggota ASEAN mempunyai keraguan terhadap unjuran kejayaan

AFTA dari segi meningkatkan pertumbuhan perdagangan dan kemasukan FDI9. Sikap berhati-

hati ini dilihat dengan jelas dalam konteks ASEAN sendiri kerana masih terdapat negara-negara

yang belum mempunyai komitmen terhadap AFTA.

Selain itu, terdapat negara-negara anggota yang berunding dan menandatangani perjanjian

perdagangan bebas dua-hala atau bilateral free trade area dengan negara-negara maju

terutamanya Amerika Syarikat, Jepun, Australia-New Zealand. Singapura contohnya telah pun

menandatangani FTA dengan New Zealand (2000), Amerika Syarikat (2001), Jepun (2002),
8
Mohamed Aslam. (2003). AFTA, ASEAN-CINA FTA Dan Ekonomi Malaysia. Faculty of Economics & Administration:
University of Malaya.Hal. 6
9
Ibid.Hal, 8.
7
Australia (2002). Thailand pula berusaha untuk menjalinkan FTA dengan Afrika Selatan,

Australia, New Zealand, Russia, India, Mexico, Brazil, Croatia dan Republik Czech 10. Namun

Malaysia kekal dengan pendiriannya untuk tidak mengadakan FTA dengan mana-mana negara

maju yang lain kerana mahu bergerak seiring dengan negara-negara ASEAN lain walhal terdapat

negara ASEAN seperti Singapura dan Thailand yang telah menandatangani FTA dengan negara

maju terlebih dahulu. Malaysia tidak bertindak sedemikian kerana bimbang hubungan Malaysia

dengan negara-negara ASEAN lain menjadi renggang kerana penglibatan Malaysia dalam FTA.

Selain itu, negara ASEAN lain turut menerima kesan sampingan menerusi eksport negara

ASEAN seperti Thailand dan Indonesia ke Malaysia yang bertambah murah menjejaskan hasil

pendapatan kedua-dua negara tersebut.

2.5 KOMUNITI ASIA TIMUR (EAC)

Hasrat Mahathir untuk mewujudkan sebuah forum khusus bagi Asia Timur akan tercapai

apabila EAC diterima pakai sebagai program dan aktiviti dalam ASEAN yang turut melibatkan

China, Jepun dan Korea Selatan menjelang tahun 2020.

''EAC telah memenuhi konsep Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG) dan

Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri

sejak 1990 dulu. Dengan penerimaan EAC itu, maka tercapai sudah hasrat Malaysia

untuk melihat kewujudan forum khusus di kalangan negara-negara Asia Timur''11.

EAC merupakan cadangan bagi membentuk kerjasama serantau di Asia yang kukuh seperti

juga Kesatuan Eropah (European Union) iaitu pertubuhan serantau terbesar di dunia apabila

negara-negara ahli memindahkan hak-hak kebangsaan seperti dasar kewangan, pasaran dalam

10
Buszynski, Leszek (2001). “ASEAN and the Future of Southeast Asian Regionalism”, The Indonesian Quarterly, vol. xx1x
(3):277-285.
11
Ucapan Datuk Seri Syed Hamid Albar pada Sidang kemuncak tidak rasmi ASEAN di Manila pada 27 dan 28 November 1999.
8
negara dan perdagangan luar kepada kesatuan ini. Bagi tujuan tersebut, Mahathir mencadangkan

agar ditubuhkan Dana Kewangan Asia Timur (EMF) bagi membantu negara-negara anggota yang

mengalami krisis kewangan. Sepertimana EAEG dan EAEC, Malaysia sebenarnya tidak

mempedulikan nama dana yang bakal ditubuhkan asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan

bersama.

Selain itu, EAC diformalkan di dalam ASEAN menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar,

Ekonomi dan Kewangan ASEAN yang diadakan pada setiap tahun. Lantaran itu, negara-negara

ASEAN berikrar untuk mempercepat proses pembentukan AFTA, selain meluaskan kawasannya

meliputi seluruh rantau Asia Timur melalui Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA).

EAFTA dikatakan mampu menyaingi Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)

atau pun Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) memandangkan ia mewakili dua perlima daripada

penduduk dunia dengan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah kira-kira AS$7.75 trilion

(RM29.45 trilion)12. Idea EAC adalah cetusan Mahathir untuk membentuk sebuah pertubuhan

serantau di Asia untuk kemajuan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk Asia.

2.6 SEGITIGA PERTUMBUHAN

Konsep Segitiga Pertumbuhan ASEAN adalah kerjasama ekonomi kawasan yang lebih

kecil dalam wilayah ASEAN melibatkan tiga atau empat buah negara yang berjiran. Tujuannya

bagi mengurangkan jurang sosio-ekonomi dan kemiskinan di kalangan negara-negara anggota.

Konsep ini telah dicadangkan oleh Goh Chok Tong, Timbalan Perdana Menteri Singapura pada

Disember 1989 yang melibatkan kerjasama ekonomi antara tiga negara ASEAN iaitu Singapura,
12
Choong Yong Ahn. (2005). East Asian Economic Regionalism: Feasibilities And Challenges. Netherlands: Springer. Hlm, xv.
9
Johor (Malaysia) dan Kepulauan Riau (Indonesia). Konsep kerjasama ekonomi sub wilayah telah

menjadi strategi penting di Asia sejak 1980-an. Ia merupakan daya usaha negara-negara jiran

yang mempunyai asas sumber dan faedah berbeza untuk membentuk sebuah kawasan yang lebih

besar bagi merangsang kerjasama ekonomi13.

Pada peringkat awal, kerajaan Malaysia dan Indonesia agak dingin dengan cadangan

tersebut namun kemudian menyatakan sokongan padu untuk bersama-sama menjayakannya. Satu

Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau ditandatangani Malaysia dengan negara-

negara jiran bagi membentuk tiga buah entiti sub-serantau, iaitu Pertumbuhan Segitiga Indonesia-

Malaysia-Thailand (IMT-GT), Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT)

dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina

(BIMP-EAGA). Bidang-bidang utama yang menjadi tumpuan dalam kerjasama sub-serantau ini

adalah pertanian, tenaga, industri, infrastuktur, telekomunikasi dan pelancongan14.

Terdapat beberapa faktor Malaysia menyokong Pertumbuhan Segitiga ASEAN. Pertama,

meluaskan pasaran perdagangan. IMS-GT atau SIJORI telah ditubuhkan pada tahun 1994 bagi

memperkukuhkan hubungan kawasan ekonomi dan saling melengkapi antara tiga buah negara

tersebut. Fokus kerjasama IMS-GT ialah dalam bidang perindustrian menjadikan Singapura

sebuah negara perindustrian yang kaya dan maju di rantau ASEAN serta mempunyai banyak

tenaga profesional. Perindustriannya berintensifkan modal dan teknologi tinggi. Kerjasama

segitiga memberi peluang Singapura untuk mendapatkan sumber tanah dan tenaga buruh yang

lebih murah di Batam dan Johor. Singapura telah membuat pelaburan di Johor dan Riau

terutamanya di Pulau Batam dalam perindustrian berasaskan barangan elektronik. Sehingga

1990-an terdapat lebih 71 syarikat asing menjalankan berbagai-bagai bidang perindustrian di

13
Md Zahir Kechot dan Mansor Jusoh (2000). Ekonomi Malaysia: Menghadapi dan Menangani Cabaran. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hal, 360.
14
_____________ (2000). Malaysia Kita. Selangor Darul Ehsan: Golden Books Center Sdn Bhd. Hal, 510.
10
Pulau Batam15. Gabungan kekuatan ketiga-tiga daerah menjadikan sub wilayah ini semakin

menarik pelabur tempatan dan antarabangsa dalam meluaskan pasaran perdagangan. Jumlah

pelaburan semakin meningkat dan membawa hasil secara dua hala antara Singapura dan Johor

serta Singapura dan Wilayah Riau.

Faktor kedua adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memberi peluang

pekerjaan kepada rakyat negara anggota yang terlibat. Perindustrian melalui IMS-GT di Pulau

Batam memberi peluang pekerjaan kepada penduduknya serta penduduk di pulau-pulau

berhampiran. Zon perindustrian ini menampung lebih 40,000 peluang pekerjaan dan 150,000

peluang pekerjaan baru bagi meningkatkan mutu kehidupan penduduk tempatan dan mengatasi

masalah kekurangan pekerjaan bagi penduduknya yang padat16. Kerjasama ekonomi serantau ini

dapat mengeratkan hubungan, menggunakan peluang yang ada serta kekayaan yang dimiliki

(prosper than neighbour) untuk digabungkan bersama dalam bentuk kerjasama antara jiran.

Faktor ketiga mengurangkan ancaman terrorisme antara Malaysia-Thailand. IMT-GT telah

diwujudkan di Langkawi pada 20 Julai 1993 oleh Tun Dr Mahathir. Tujuannya bagi merangsang

pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung Malaysia, selatan Thailand dan utara Sumatera.

Ketegangan politik dan ancaman keganasan di Selatan Thailand telah menggugat perkembangan

dalam Pertumbuhan Segitiga IMT-GT. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Malaysia dan

Thailand bekerjasama meningkatkan risikan dan maklumat mengenai keganasan yang berlaku.

Ini membolehkan industri pelancongan dan perindustrian terus berkembang. Menurut Gabenor

Wilayah Yala, Nern Signkhaungern, sehingga suku tahun pertama 1996, purata kedatangan

pelancong dari Malaysia adalah melebihi 100,000 orang setahun dan optimis bahawa bilangan

15
Md Zahir Kechot dan Mansor Jusoh (2000). Ekonomi Malaysia: Menghadapi dan Menangani Cabaran. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hal, 363.
16
Ibid. Hal, 363.
11
tersebut akan terus meningkat dari semasa ke semasa17. Kejayaan melaksanakan beberapa projek

besar menunjukkan kerjasama ekonomi serantau semakin rapat dan berpotensi untuk menjadi

lebih kuat.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Mahathir telah membuat pilihan yang tepat dalam meniup semangat

regionalisme sebagai satu ideologi untuk memperkasakan hubungan antara negara-negara Asia

bagi membina blok perdagangan mereka sendiri. Meskipun dari segi teorinya adalah mudah

namun dari segi praktis atau perlaksanaannya adalah sukar kerana ia memerlukan kerjasama

daripada semua negara di Asia. Bagaimanapun, kebangkitan semangat regionalisme telah

membawa manfaat yang besar kepada negara-negara Asia dalam meningkatkan produktiviti,

peningkatan taraf hidup orang Asia sekaligus menstabilkan ekonomi dunia. Dengan ini, Malaysia

mampu membangun ke arah sebuah negara maju yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa

dan mencapai matlamat wawasan 2020.

17
Ibid. Hal, 372.
12

You might also like