You are on page 1of 8

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
SEMESTER 1 ( 2008/2009)

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


JXEA 1104

TAJUK: AL-FARABI

NAMA : SUZLIA NIDA BINTI SULAIMAN

NO MATRIK : JEA 080147

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMMAD


Riwayat Hidup

Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu

Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam

Wilayah Wasij di Turki. Al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal. Beliau

juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains,

matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung

lebih dalam bidang falsafah. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau

seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih

menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi.

Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau

menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).

Konsep Kebahagiaan

Bagi al-Farabi, kebahagiaan merupakan kebaikan tertinggi dan dituntut oleh

setiap manusia dalam kehidupan mereka. Ringkasnya, manusia walau di mana sahaja

sentiasa bercita-cita untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan dalam hidup. Al-

Farabi menekankan persoalan pendekatan, cara dan syarat untuk memperolehnya. Secara

rumusnya, sesuatu ummah perlu membuang sifat individualistic, tidak bersikap zalim,

khianat, keji, menindas golongan lemah, munafik, angkuh, megah, besar diri dan terlalu

cinta kepada kebendaan serta pelbagai lagi sifat yang keji. Kebahagiaan tidak dapat

dicapai jika mengamalkan sifat-sifat tersebut. Justeru wajarlah adanya perjuangan yang
suci sihat untuk mencapai kebahagiaan.

Sifat-sifat Ketua Negara

Teori politik al-Farabi ada menekankan tentang sifat-sifat ketua negara. Jika

dilihat dari segi mana sekalipun, didapati al-Farabi cuba memperadukan tiga kriteria

utama kemanusiaan iaitu ilmu dan kebijaksanaan, sempurna akal, akhlak mulia, dan

keberanian. Di sini, sesiapa yang melibatkan diri sepenuh masa dalam gelanggang politik

seharusnya memiliki kriteria tersebut. Mereka seharusnya mengetahui betapa perlunya

pemimpin mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta akhlak yang terpuji. Ilmu

pengetahuan meliputi aspek epistemologi yang mencakupi dua aspek iaitu ilmu sebagai

sifat mengetahui, dan pengetahuan sebagai himpunan daripada apa yang diketahui. Ilmu

boleh diperoleh daripada saluran-saluran tertentu iaitu pancaindera, hujahan, intuisi dan

laporan. Akhlak yang terpuji pula terkandung di dalam teori nilai atau aksioligi. Akhlak

mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan

patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang

lain. Konsep akhlak melebihi makna moral dan etika kerana segala sifat dan perbuatan

yang baik itu semata-mata mendapat keredhaan Tuhan. Gabungan kecenderungan

dimensi mental, fizikal dan spiritual itu adalah aset yang cukup penting dalam

pentadbiran sesebuah negara. Sesebuah masyarakat perlu menyediakan dan mencari

orang-orang yang mempunyai ketiga-tiga dimensi kriteria di atas sebagai langkah penting

ke arah kecemerlangan dan kemajuan negara. Perjalanan pembangunan negara akan

berlaku dengan lambat sekiranya pemimpin ketandusan idea-idea besar tentang apa dan
bagaimana hendak membangunkan negara. Demikianlah antara skima al-Farabi tentang

pemimpin atau kepimpinan. Jika dikaji beberapa sudut daripada pensyaratan beliau itu,

jelaslah bahawa, pemimpin, jika wujud, tentulah seorang yang sempurna sama ada

mentalnya, fizikalnya atau spiritualnya.

Konsep Ketuhanan

Al-Farabi telah membentangkan satu persoalan yang paling penting dalam

kehidupan seluruh manusia, iaitu masalah “ketuhanan”. Allah yang beliau sebutkan

dengan istilah falsafah al-Mawjud al-Awwal. Masalah yang lebih merupakan perkara

pokok dalam kehidupan manusia telah beliau sentuh sejak awal lagi, dan perkara itu

adalah lebih penting daripada urusan hidup manusia yang lain-lain. Mengenai

Mawjudat, al-Farabi pada dasarnya membahagikannya secara logik kepada dua kategori

yang berbeza iaitu Wujud yang mumkin ( mumkin al-wujud ) dan Wujud yang wajib

( wajib al-wujud ). Wujud yang mumkin bererti wujud yang dengan sendirinya wajib

dengan yang lain iaitu alam sejagat ini. Kedua, wujud yang wajib al-wujud dengan

sendirinya iaitu Allah s.w.t. Andainya dikatakan Ia tidak wujud, maka nescaya berlakulah

mustahil keranan Dialah yang menjadi punca awal bagi setiap kewujudan. Dialah yang

menjadi sebab muncul segala mawjudat. Dia Maha Sempurna. Dia adalah wujud yang

paling afdal dan paling qadim. Tidak ada makhluk lagi yang bersifat seperti itu. Al-

Mawjud al-Awwal juga menurut pandangan al-Farabi, bukanlah wujud daripada unsur

luar daripada-Nya sendiri, iaitu sesuatu yang lain. Jika belaku demikian bermakna Ia

bukanlah wujud yang pertama lagi kerana setiap yang sempurna tidak mungkin boleh
didapati daripada sesuatu yang bukan jenis-Nya. Hal ini juga adalah sama bagi sifat lain-

lain seperti kecantikan, yang juga tidak boleh didapati daripada jenis kecantikan yang

luar daripada-Nya. Begitu juga halnya dengan kebesaran. Allah ialah wujud yang paling

sempurna, tidak mungkin terjadi kewujudannya itu daripada sesuatu yang lai

daripadanya. Dengan sebab itu, wujudnya adalah dalam keadaan tunggal iaitu asa, tidak

ada yang lain sempurna dengan-Nya. Dia juda adalah hakim, kerana hikmah merupakan

sikap akal yang memilih benda dengan sebaik-baik ilmu dan menaakul dengan zat-Nya

serta mengetahuinya dengan sebaik-baik benda, dan sebaik-baik ilmu itu ialah ilmu yang

kekal, iaitu ilmu mengetahui zat-Nya. Dia juga adalah al-Haq dan juga hayat (hidup).

Al-Farabi juga ada membicara masalah keagungan, kemuliaan dan kepujian Allah s.w.t.

Ketiga-tiga sifat tersebut berpunca daripada kesempurnaan dalam jawhar atau khawas.

Mengenai sifat ini, al-farabi membezakannya dengan manusia, iaitu misalnya, selalu

kedengaran bahawa yang menjadikan kita ini sempurna ialah semata-mata kerana kita

memiliki sesuatu seperti kemewahan hidup, ilmu pengetahuan dan sift-sifat fizikal kita.

Hal ini berlainan sama sekali dengan Allah s.w.t. Oleh sebab kesempurnaan Allah itu

berbeza daripada segala kesempurnaan, maka keagungan-Nya, kesempurnaan-Nya dan

kepujian-Nya berbeza daripada sebarang keagungan, kemuliaan dan kepujian lain.

Allah yakni al-Mawjud al-Awwal tidak boleh ditakrif. Mengikut al-Farabi, tidak

mungkin berlaku pentakrifan yang menerangkan makna tiap-tiap juzuk. Sebenarnya

pentakrifan hanyalah sesuai pada perkara yang berunsur maddah dan surah sahaja. Allah

bukan demikian sifatnya. Ia bukanlah terdiri daripada bahagian-bahagian yang boleh

ditakrifkan.
Oleh itu, perkara ketuhanan merupakan sesuatu yang metafizik iaitu falsafah atau

ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan,

iaitu maakulat. Hanya akal atau intelek iaitu satu unsur rohaniah yang bertempat dalam

organ rohaniah yang dinamakan sebagai hati atau kalbu yang boleh memahami,

menanggapi dan mengkonsepsi kejadian dan kewujudan yang bersifat transendental iaitu

merentasi alam nyata atau alam deria yang tidak tercakup oleh hokum tabii iaitu tentang

kewujudan Tuhan kerana adanya alam dan segala kehidupan serta benda dan objek yang

di dalamnya. Ilmu melalui akal intelek ini dinamakan ilmu intelektual.

Hubungan Akhlak dengan Pemimpin

Al-Farabi juga ada menekankan tentang konsep hubungan akhlak dan pemimpin

di dalam teori kemasyarakatan dan kenegaraannya. Al-Farabi seperti yang disebutkan di

pelbagai tempat sebelum ini amat menitikberatkan persoalan ketinggian ilmu dan

kecemerlangan akhlak. Ketua atau pemimpin dalam falsafah politik al-Farabi itu tidak

sahaja penting kepada negara dari aspek kebijaksanaan mengurus siasah dan pentadbiran

tetapi juga menjadi contoh teladan kepada menteri-menteri, penolong, pegawai-pegawai

serta rakyat suatu tabiat akhlak yang mulia. Gagasan ini ditekankan kerana pada

pendapat beliau pemimpin juga adalah seorang guru dan pembimbing yang bertugas

mendidik dan menunjukkan nilai akhlak insaniah yang terpuji. Jika dikaitkan dengan

masyarakat melayu, inilah aspek penting yang ingin dihubungkan dengan selok belok

orang melayu umumnya dan para pemimpin khasnya. Mereka tidak mahu mestilah

berusaha meningkatkan kualiti kecekapan berpolitik yang didominasikan oleh rasa


amanah terhadap agama dan personaliti terpuji yang bertitik tolak daripada bimbingan

agama. Kesimpulannya, jika para pemimpin tidak menunjukkan akhlak yang baik, maka

rakyat juga akan berkelakuan yang sama kerana pemimpin ibarat guru. Oleh itu, Negara

terbaik seperti yang diinginkan tidak akan tercapai.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kumpulan besar penulisan al-Farabi yang mencakupi hampir

setiap bidang ilmu memperlihatkan sanjungan dan kemasyhuran yang dinikmatinya di

kalangan sarjana Islam generasi kemudian. Adalah jelas mengpa beliau dianggap salah

seorang daripada ahli falsafah Islam yang besar. Walaupun al-Farabi tidak semasyhur

Ibnu Sina, beliau tetap banyak mempengaruhi, daripada segi intelektual ke atas dunia

Islam di Timur dan dunia Latin di Barat. Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang

tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan

perkembangan dan kehidupan manusia hari ini.


BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Synergymate
Sdn.Bhd.

Hashim bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu
Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Idris Zakaria. 1986. Teori Kenegaraan Al-Farabi. Bangi: Universiti Kebangsaan


Malaysia

Idris Zakaria. 1991. Al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ). 1996. Kula Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Osman Bakar. 1991. Al-Farabi-Kehidupan, Hasil Karyanya dan POeri Penting Tokoh.
Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like