You are on page 1of 3

S: Saya telah berpisah dengan suami saya dan berkahwin lain.

Adakah boleh saya


menyimpan gambar-gambar bersama bekas suami saya itu?
J: Anda tidak boleh menyimpan gambar bekas suami anda walaupun sekeping. Semua
gambar tersebut hendaklah dilupuskan sama ada dibakar, dikoyak, dibuang, ditanam,
diberi pada orang lain, dijual sebagai kertas dan sebagainya. Jika anda mempunyai sidi
gambar tersebut, ia juga hendaklah dilupuskan. Kesayangan anda hendaklah kepada
suami baru anda, dan bukan kepada gambar-gambar itu. WaLlahu a`lam.

S: Bolehkah seorang gadis bertunang tanpa pengetahuan bapanya?


J: Tidak. Pertunangan dan pernikahan adalah hak bapa (atau wali). Tidak berlaku
pertunangan atau pernikahan melainkan dengan izin bapa (atau wali). Seorang wanita
adalah hak bapanya sehinggalah dia mempunyai suami.

S: Apakah hukum memakai telur penyu? Bukankah penyu haiwan dua alam?
J: Islam tidak melarang memakan sebarang jenis telur. Pengecualian hanyalah jika telur
itu memudharatkan atau beracun. Penyu bukan haiwan dua alam. Ini kerana penyu tidak
tinggal di daratan, bahkan bukan di pantai. Penyu adalah haiwan laut, dan jika ia dilihat
di darat, itu hanyalah untuk bertelur. SINDIRAN: Adakah manusia haiwan dua alam,
kerana saya lihat ramai manusia berenang di laut?

S: Bagaimanakah caranya untuk saya bersetubuh dengan isteri saya ketika dia sedang
haidh?
J: Cara persetubuhan ketika isteri sedang haidh ialah dengan isteri memakai pakaian.
Isteri hendaklah memakai kain atau seluar luar (NOTA: bukan seluar dalam sahaja) dan
diikat ketat-ketat. Ini untuk memastikan agar isteri tidak berbogel ketika persetubuhan
itu. Di pihak suami, gunakan kekreatifan anda. WaLlahu a`lam.

S: Perlukah orang yang berzina mengaku di hadapan hakim dan direjam sebelum
bertaubat?
J: Tidak. Penzina itu hendaklah terus bertaubat kepada Allah dan mendiamkan dosanya
yang lalu. Dosa yang Allah lindungkan tidak perlu didedahkan. Dia tidak perlu mengaku
di hadapan hakim dan tidak perlu menyerahkan dirinya untuk direjam, sebaliknya hanya
perlu bertaubat kepada Allah. WaLlahu a`lam.

S: Benarkah sunnah untuk bertunang walaupun seketika?


J: Tiada anjuran sebegini dalam Islam. Bertunang ialah pertanyaan bapa wanita kepada
lelaki jika dia mahu berkahwin dengan anaknya. Jika lelaki itu berkata ya, maka itulah
pertunangan (iaitu perjanjian). Perkahwinan boleh menyusul pada bila-bila masa.
WaLlahu a`lam.

S: Bolehkah berkahwin pada hari Krismas? Kenapa tidak pilih hari Raya?
J: Dalam Islam, perkahwinan boleh berlaku pada bila-bila masa, hari kerja atau cuti;
siang atau malam; di rumah atau di padang; tanpa ada larangan. Tidak timbul persoalan
sama ada itu hari Krismas atau hari Raya, maka sesiapa yang hendak berkahwin, dia
boleh berkahwin pada bila-bila masa. WaLlahu a`lam.
S: Pakcik saya meminta saya mengambil anak perempuannya dari Puduraya. Saya hanya
mempunyai motosikal. Bolehkah saya mengambil sepupu saya itu?
J: Tidak. Sepupu dikira sebagai bukan mahram dan hendaklah mengelakkan daripada
pergaulan sedemikian. Anda boleh meminjam kereta atau menaiki teksi.

S: Bolehlah bakal pengantin membuat perjanjian tertentu sebelum perkahwinan seperti


suami tidak boleh berpoligami?
J: Perjanjian sebelum perkahwinan adalah dibenci. Ada syarat yang tidak sah seperti
suami tidak boleh berpoligami (kerana melanggar hukum Allah) dan suami mesti
memberi nafqah RM 1000 setiap bulan (kerana belum tentu pendapatan suami setiap
bulan). Syarat yang sah adalah seperti isteri tidak boleh dilarang bekerja dan isteri boleh
pulang ke rumah ibunya pada bila-bila masa. WaLlahu a`lam.

S: Bolehkah pemberi pinjaman menuntut upah atas pinjaman yang diberikannya?


J: Tidak. Pemberi pinjaman tidak layak dan tidak berhak mendapat upah. Pemberi
pinjaman bukanlah sejenis pekerjaan yang melayakkannya mendapat upah. Pemberian
pinjaman hendaklah atas dasar menolong, dan bukan mengharapkan upah atau
keuntungan.

S: Saya hanya bekerja sendiri dan bergaji rendah. Bagaimanakah saya akan dapat
menanggung anak-anak jika mereka terlalu ramai?
J: Allah berkata: «‫اكم‬ ‫»حنن ن رزقهم وإي‬ «Kamilah yang memberikan rezeki kepada
mereka, dan terhadap kamu!» [Al-Isra’: 31]. Seseorang yang beriman hendaklah yakin
dan beriman kepada kekuasaan Allah yang memberikan rezeki. Anda hendaklah terus
bekerja dan berusaha, dan kemudian bertawakkal kepada Allah. «Sesungguhnya Allah
memberikan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan tanpa perhitungan» [Ali
`Imran: 37]

S: Ibu bapa memaksa anak lelakinya berkahwin dengan wanita pilihan mereka yang
mempunyai jawatan yang tinggi di tempat kerjanya. Adakah anak lelaki ini wajib taat
kepada kehendak ibu bapanya?
J: Wanita yang disebutkan adalah wanita yang mempunyai jawatan yang tinggi, atau
wanita berdarjat tinggi. Merujuk kepada hadis <fazfar bizati d-din> <maka pilihlah yang
mempunyai agama>, Nabi menyuruh untuk berkahwin dengan wanita yang mempunyai
agama. Justeru, lelaki itu hendaklah melihat kepada agama wanita itu terlebih dahulu.
Jika wanita itu beragama, maka dia wajib taat. Jika wanita itu itu fasiqah, fajirah,
munafiqah, atau sangat rendah agamanya, maka ketaatan adalah kepada Nabi dan bukan
kepada ibu bapa. Contoh wanita tersebut ialah: (a) tidak menutup `aurat (b) bergaul bebas
dengan lelaki lain tanpa rasa malu (c) mulutnya busuk dengan kata-kata lucah, makian,
cacian, umpatan dan fitnah. (d) meminum arak, menghisap rokok, mengambil dadah. (e)
pelacur. Jika lelaki itu taat kepada ibu bapanya dalam mengahwini wanita seperti ini, dan
melanggar kata-kata Nabi yang menyuruh memilih wanita yang beragama, maka silalah
tanggung apa-apa bencana selepasnya.
S: Perlukah saya membaca calon isteri saya berjumpa kedua-dua ibu bapa saya di rumah?
Atau cukup setakat gambar?
J: Seseorang lelaki tidak perlu membawa calon isterinya untuk berjumpa dengan ibu
bapanya. Bahkan seseorang lelaki boleh terus berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa
lelaki itu. Islam melarang lelaki dan wanita berjalan atau keluar bersama-sama. Islam
juga melarang menyimpan gambar wanita yang bukan mahram. Jika perlu, berikan
alamat kepada ibu bapa anda dan mintalah mereka pergi ke rumah wanita itu.

You might also like