You are on page 1of 2

Sebab 13 mei 1969

Politik

Pertelingkahan Parti Politik


Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta
dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai
pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu.
Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan
orang.
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah
menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula
membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera
orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang
Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini.
Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia
(KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga
telah menyebarkan cogan kata “Malaysia hak orang Malaysia” (Malaysian Malaysia) dengan
tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

Ekonomi
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan
yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut
ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di
kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang
tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar
kerajaan dan pekerja di ladang.
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .
Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu
menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
Sosial
Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di
Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah
Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang
tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar
keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal
mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri
China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah
sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang
tinggal di bandar-bandar sahaja.

You might also like