You are on page 1of 1

Konsep Asas Bimbingan Dan Kaunseling

Bimbingan atau guidance dalam bahasa inggeris membawa erti panduan atau nasihat kepada
seseorang

Menurut crow dan crow(1983) bimbingan di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan
atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan.

Konsep Kaunseling

Kaunseling mengikut Shertzer dan Stone (1986) ialah proses interaksi yang membolehkan individu
memahami diri dan situasi

Menurut Arbuckle (1965) kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan
alam social tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya,potensi dan
keupayaannya.

Menurut kamus dewan (1998) kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan
rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya
menerusi bimbingan dan nasihat.

Berdasarkan huraian diatas,kita boleh merumuskan bahawa konsep bimbingan adalah saling berkait
dengan konsep kaunseling.

Kesimpulanya,kaunseling merupakan sebahagian proses perkhidmatan bimbingan.Di peringkat


institusi pendidikan,kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka antara seorang
kaunselor dengan seorang murid (disebut sebagai klien)

You might also like