You are on page 1of 2

PERSATUAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

SMK UNGKU AZIZ, SABAK BERNAM


(SESI PETANG)

MINIT MESYUARAT AGUNG 2011

TARIKH: 12 JANUARI 2011


HARI: RABU
TEMPAT: KELAS 2 RAJIN
KEHADIRAN: 33/38

AGENDA

1.0 Ucapan Guru Penasihat : Pn. Nor Asyafa Binti Md. Fautzie

1.1 Guru penasihat mengucapkan selamat datang dan selamat menyertai Persatuan
Permainan Bola Tampar.
1.2 Perkenalan guru-guru penasihat Persatuan Bola Tampar yang lain iaitu Puan Zanariah
Binti Jamaluddin.
1.3 Guru Penasihat mengharapkan agar semua ahli dapat memberikan kerjasama dalam
menjayakan sebarang aktiviti persatuan.
1.4 Guru mengingatkan agar semua ahli dapat menghadiri sesi latihan dan mematuhi
peraturan yang di tetapkan seperti membawa buku ko-kurikulum pada setiap kali
menghadiri latihan.

2.0 Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Permainan Bola Tampar sesi 2011.

2.1 Pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Permainan Bola Tampar sesi 2011 telah di
persetujui oleh ahli-ahli persatuan melalui undian suara majority terbesar.

Pengerusi : Abdul Hadi Bin Abdul Aziz (2 Tekun)


N. Pengerusi : Ilya Azmira Binti Azmi (2 Rajin)
Setiausaha : Nor Hafizah Bt Abdul Wahab (2 Rajin)
Bendahari : Nur Syafikah Binti Ramli ( 2 Amanah)
Ahli Jawatankuasa:
Tingkatan 1 : (L) – Muhd Syaiq Bin Saiful Bahari ( 1 Amanah)
: (P) – Dayang Sahila Binti M. Hosni (1 Cekal)
Tingkatan 2 : (L) – Muhd Alif Farhan Bin Mohd Adhar (2 Amanah)
: (P) – Amira Binti M. Hassan ( 2 Cekal)

3.0 Cadangan aktiviti persatuan bagi sesi 2011.

3.1 Terdapat beberapa cadangan yang telah di berikan oleh guru dan ahli-ahli persatuan
bagi sesi 2011 antaranya ialah:

i) Kelas teori asas permainan bola tampar.


ii) Taklimat mengenai undang-undang dan peraturan permainan bola tampar.
iii) Latihan kemahiran asas permainan bola tampar.
iv) Pertandingan bola tampar.
4.0 Kewangan Kelab

4.1 Ahli Persatuan Permainan Bola Tampar telah bersetuju untuk mengutip yuran oleh
Bendahari sekiranya perlu bagi melaksanakan aktiviti persatuan.

5.0 Ucapan Pengerusi Persatuan yang baru.

5.1 Pengerusi baru mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah member kepercayaan
kepada ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2011.
5.2 Pengerusi memohon kerjasama daripada semua ahli bagi menjayakan setiap aktiviti yang
telah di rancangkan.

Mensyuarat di tangguhkan pada jam 6.30 petang.

Di sediakan oleh: Di semak oleh:

........................................ ........................................................
(Nor Hafizah Bt Abdul Wahab) (Pn. Nor Asyafa Binti Md. Fautzie)

You might also like