You are on page 1of 17

ELEMEN

MEREKOD FAKTA
SEJARAH
NAMA DAN
LAMBANG-
LAMBANG
KEMEGAHAN
SEKOLAH

(i)

SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1 TAJUK KAJIAN (i)

2 SENARAI KANDUNGAN (ii)

3 PENGHARGAAN 1

4 OBJEKTIF KAJIAN 2
5 KAEDAH KAJIAN 3
HASIL KAJIAN: 4
6
a)Asal usul nama sekolah
b)Sebab sebab nama itu dipilih
c) Tarikh nama itu mula digunakan
d)Lambang-lambang sekolah
e)Makna lambang-lambang tersebut

7 RUMUSAN

8 LAMPIRAN

9 RUJUKAN

(ii)

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-


tinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa saya iaitu
Norhayati Binti Hamzah dan Mohd Shukri Bin Romli yang
telah banyak memberi bantuan dari segi material dan
sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan tugasan
Kerja Kursus Sejarah ini.
Ucapan terima kasih saya tujukan kepada guru
sejarah saya iaitu Puan Norsiah Binti Abdul Rahman
kerana telah memberiakn bimbingan dan panduan kepada
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-
rakan saya iaitu Khairul Shafiq Bin Zukri, Ahmad Syahir
Bin Sazali dan Ammar Zakwan Bin Abd Wahab yang telah
menyumbangkan buah fikiran kepada saya sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kerja Kursus Sejarah ini bertujuan untuk mengetahui


dan menghayati sejarah penubuhan sekolah dengan lebih
mendalam.
Selain itu,melalui kajian ini ianya dapat melahirkan
semangat cinta akan sekolah dan berbangga dengan
kejayaan sekolah.
Melalui kajian ini juga saya akan lebih mengenali dan
menghargai sumbangan seluruh warga sekolah yang
bertungkus lumus membina imej dan menaikkan nama
sekolah.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat
bagi menyiapkan kerja kursus ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah
temubual,lawatan, pemerhatian dan kaedah rujukan di pusat sumber.

Saya telah menebual Puan Hasmah Binti Hussin iaitu Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah pembinaan serta
asal usul sekolah dengan lebih jelas.

Seterusnya saya telah mengadakan lawatan ke sekolah dan seterusnya


melakukan pemerhatianterhadap sikap serta budaya yang menjadi amalan
pelajar di sekolah ini. Kaedah pemerhatian juga digunakan untuk mendapatkan
maklumat keadaan persekitaran sekolah dan kemudahan-kemudahan yang
terdapat di sekolah.

Saya juga telah menggunakan kaedah rujukan di pusat sumber sekolah.


Saya telah merujuk majalah BESTARI di pusat sumber untuk mengumpul
maklumat berkaitan kakitangan akademik serta kejayaan sekolah.

RUMUSAN

Saya sangat bersyukur kerana telah selesai menyiapkan kajian


sejarah tempatan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Melalui kajian ini,banyak pengetahuan dan nilai yang telah saya
pelajari.

Saya telah dapat mengetahui sejarah penubuhan sekolah,asal


usul nama sekolah,lambang-lambang sekolah dan makna lambang-
lambang yang digunakan. Kini saya faham bahawa setiap buah
sekolah mempunyai tujuan dan falsafah penubuhannya. Oleh
itu,sebagai anak didik sekolah ini saya akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mengharumkan nama sekolah. Selain itu kajian ini
telah menimbulkan rasa cinta dan sayang saya kepada sekolah kerana
disinilah saya menimba ilmu untuk bekalan masa hadapan saya.

Saya juga telah mendapat kesedaran bahawa setiap individu


harus bersekolah. Malah setiap bangsa di negara kita hendaklah
menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu bukan tempat
untuk bergaduh atau membuang masa.

Harapan saya agar Negara kita dapat menyediakan sekolah


yang lebih banyak untuk rakyatnyam. Negara juga haruslah
menyediakan kemudahan di sekolah yang lengkap agar anak bangsa
dapat menimba ilmu dengan tenang dan damai.

RUJUKAN

1 MAJALAH ‘BESTARI’ SMK BANDAR


BARU SUNGAI BULOH,EDISI KE-14 TAHUN
2010,HALAMAN PERTAMA DAN KETIGA.
1. HASMAH BINTI HUSIN,53 TAHUN, LOT
281 JALAN TEMBUSU, KAMPUNG BARU
SUNGAI PELONG, 47000 SUNGAI
BULOH,SELANGOR.
2. SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH,
http://smkbbsgbuloh.edu.my/.

HASIL
KAJIAN````<
3<3
4

*ASAL USUL NAMA SEKOLAH


> Asal usul nama sekolah ini dpilih sempena mengambil nama kawasan
yang baru dibuka iaitu Bandar Baru Sungai Buloh.

*SEBAB-SEBAB NAMA ITU DIPILIH


>

5
*TARIKH NAMA ITU DIGUNAKAN
(i) Tarikh nama itu mula digunakan pada
1 Disember 1993.
(ii) Menempatkakn lebih kurang 980
orang ditempatkan di tingkatan
peralihan 1,2,3 dan 4 dengan 44 orang
guru di bawah pentadbiran seorang
guru besar.

LAMBANG-LAMBANG SEKOLAH
- Selepas (sekarang)

- Sebelum (dahulu)

> Ini adalah lencana


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR BARU SUNGAI BULOH.

MAKNA LAMBANG-LAMBANG TERSEBUT


WARNA BIRU - Keutuhan tekad dan cita-cita
WARNA MERAH - Berani dan bersemangat juang
WARNA KUNING - Kesetiaan dan ketaatan
WARNA PUTIH - Kebersihan

BULAN DAN BINTANG


Lambang kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Kecemerlangan yang diharapkan wujud dalam diri pelajar.
JALUR MERAH PUTIH
Menjunjung cita - cita dan wawasan Negara
BUKU TERBUKA
Perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
semangat kesukanan.
REHAL
Ilmu sebagai asas mencapai kemajuan.
SIMBOL GEAR
Sentiasa terkini dalam bidang sains dan teknologi
BUNGA RAYA
Semangat muhibbah dan permuafakatan.

LAMPIRAN
10

Lagu sekolah
Di sini benih disemai,
Titian persada ilmu,
Ku curah kasih setia,
Ku gengam cita murni,
Kami sehati sejiwa,
Lontarkan kegagalan,
Menuju wawasan negaraku yang tercinta,

Di pinggir medan ini,


Kita tunjang smkbbsb,
Gigih cekal dan berani,
Berjaya untuk berbakti,
Sumpah kami putra putri,
Berusaha sehingga jaya,

Falsafah sekolah
?
Memberikan pendidikan yang berteraskan
ketakwaan,kecekalan,kecemerlangan dan keceriaan diri pelajar
untuk melahirkan insan yang seimbang sahsiahnya,dari segi
rohani,jasmani,emosi,intelek dan keterampilan serta boleh
menyumbangkan kearah kemajuan diri. Agama , masyarakat dan
Negara.
Wawasan sekolah
?
Membentuk insan yang berwawasan selaras dengan cita-cita
Negara yang mempunyai sifat ketaqwaan,kecemerlangan dan
keceriaan.

Budaya sekolah
?
Mengamalkan budaya bekerjasama melalui musyawarah dan
berusaha menuju kearah kecemerlangan dalam aspek kehidupan
di dunia dan di akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
?
‘Pendidikan di Malaysia adalah satu uasaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari
segi intelek,rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,keterampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member
sumbangan terhadap keharmonian dan Negara.

Visi sekolah

?
SMKBBSB akan menjadi sekolah cemerlang daerah GOMBAK
menjelang tahun 2015.
Misi sekolah

?
Warga SMKBBSB komited memastikan pengurusan
kurikulum, kokurikulum dan HEM cemerlang, sahsiah diri
dan displin terpuji dalam persekitaran kondusif
berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus
dibantu dengan hubungan komuniti yang erat.

You might also like