You are on page 1of 8

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


JXEA1104

PENSYARAH
PROF DR AMRAN MUHAMMAD

TUTOR
CIK WAN NURUL ASNIDAYU BINTI WAN ZAWAWI

NAMA : NURUL FARAH AMEERA BTE AB MALIK

NO. MATRIK : JEA080105

TAJUK : SYAIR KELEBIHAN ILMU


PENGENALAN

Falsafah yang mengandungi cantuman dua perkataan yang memberi dua

semantic iaitu ‘philo’ bermaksud cinta dan ‘sophia’ iaitu kebijaksanaan. Semantic

falsafah yang boleh diertikan sebagai cinta kepada kebenaran. Perkataan falsafah

berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba yang digunakan oleh Pythagoras

( 570 – 504 Sebelum Masihi )

Falsafah juga sebagai proses mengasah, menajam, menghalusi, akal budi

pekerti bagi mengangkat martabat insan hampir kepada Tuhan. Sebagai contohnya

manusia ke tempat yang lebuh tinggi seperti tumbuhan di mana mineral dan batu -

batan tidak bergerak serta perbezaan haiwan dan manusia iaitu akal.

Mentifak melayu merupakan metafizik dan satu genre tradisional atau

satu tradisi. Terdapat pelbagai mentifak melayu seperti pantun, syair, peribahasa,

ungkapan melayu dan sebagainya. Syair merupakan satu genre dalam karya melayu

klasik. Syair yang sering diucapkan oleh masyarakat dahulu kala. Syair yang

terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, dalam pandangan melayu.

Syair yang mempunyai semantic tersendiri, ucapan, pepatah dan

perumpamaan yang merupakan sebahagian daripada pengucapan lahir batin melayu.

Syair yang memenuhi fungsi dan peranannya yang tersendiri.


SYAIR KELEBIHAN ILMU

Ilmu itulah gemala sakti,


Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,


Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pecan.

Masa seorang ialah taulan,


Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,


Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,


Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,


Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
MAKSUD

Ilmu itulah gemala sakti,


Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Ilmu sangat berguna dalam kehidupan seharian manusia. Jika diamalkan

dan dimanfaatkan oleh individu maka ilmu akan kekal dalam ingatan sepanjang

hayat. Oleh itu, kita mestilah tabah dalam menuntut ilmu. Ilmu sangat berguna

dalam kehidupan seharian. Seseorang itu harus mencintai ilmu pengetahuan

dan perlu mencarinya sehingga ke akhir hayat. Ilmu yang diperolehi sukar untuk

dilupakan jika kita mengamalkannya apa yang dipelajari. Ilmu perlulah dicari

untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam diri individu.

Harganya tidak dapat dinilaikan,


Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pecan.

Ilmu tidak ternilai harganya walaupun dibayar dengan sebuah dunia

sekalipun. Kekuasaan ilmu sangat besar dan banyak faedah yang diperolehi

sekiranya seseorang itu berilmu dan manusia mampu membeli alam ini jika

ilmu penuh di dada. Oleh itu, kita perlulah menghargai ilmu pengetahuan

kerana ilmu ialah harta yang paling bernilai dalam kehidupan. Sekiranya ilmu

yang kita perolehi, kita perlulah berkongsi bersama – sama individu lain supaya

ilmu itu tidak dimamah bumi. Hal ini kerana, ilmu yang diperolehi tidak dapat

dinilai dengan mata wang dimana sukar seseorang itu untuk membelinya.
Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Semantic yang terdapat dalam rangkap 3 ini ialah ilmu mampu menjadi

teman dan penyuluh hidup seseorang dan menjadi sahabat yang memberikan

panduan semasa mengembara. Oleh itu, orang berilmu akan dijadikan sebagai

sumber rujukan. Oleh hal yang demikian, kita haruslah menghormati orang yang

kaya dengan ilmu kerana tinggi rendah martabat seseorang itu dapat dilihat pada

ilmunya. Sekiranya kita berada dalam kesusahan, kita perlulah merujuk kepada

orang yang berilmu. Sungguhpun itu, kita haruslah hindari sifat pemarah kerana

sifat pamarah akan menyebabkan diri seseorang itu hilang pertimbangan.

Bagi yang duka ia penghibur,


Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Selain daripada itu, maksud dalam rangkap 4 ini adalah ilmu boleh

menjadi penghibur orang yang berduka dan ilmu juga mampu menerangi seseorang

yang berada dalam kekeliruan. Oleh itu, hidup seseorang akan bercahaya jika

seseorang itu berilmu. Sesungguhnya itu,, kita perlulah rajin dalam menuntut ilmu

sekiranya kita ingin mendalami ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan perlulah dicari

dan kita mestilah menghargai ilmu itu dengan mempelajari menghayati ilmu yang

diperolehi. Ilmu yang banyak diperolehi dapat menyinari kehidupan seharian kita.
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,


Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.

Semantic dalam rangkap ini adalah ilmu itu tetap berguna walaupun

seeorang itu sudah mati kerana ilmu tersebut merupakan teras kesejahteraan

hidup di dunia dan di akhirat. Dengan itu, seseorang itu berupaya mencapai cita –

citanya. Hal ini kerana, ilmu itu sangat luas cabangnya. Ilmu yang penuh di dada

ibarat lautan yang luas dimana ilmu itu sangat berguna ketika kita perlukan. Ilmu

sangat berguna kepada orang – orang yang berilmu.


KESIMPULAN

Melalui kajian terhadap syair di atas, dapat diterangkan bahawa

Syair sebenarnya adalah satu hasil ciptaan masyarakat dan sosio – budaya

Masyarakat tersebut. Syair juga bukan sahaja merupakan milik individu seseorang

Itu, tetapi ia adalah hak milik kolektif seluruh masyarakat. Oleh hal yang

demikian, segala semantic yang terdapat dalam syair ini berguna dalam diri

seseorang yang berilmu.

Hidup yang penuh materialistik, masyarakat melayu sedar

Bahawa individu seperti itu ada dalam kalangan oarang melayu. . Lantaran itu,

manusia budiman seperti yang dinyatakan di atas bukanlah satu ciri yang individualistik,

tatapi adalah peribadi yang diharapkan daripada seseorang individu Melayu itu sendiri.
SUMBER RUJUKAN

1. Hashim b. Hj Musa, PH.D,Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya

(2005); Pengantar Ilmu Falsafah dalam Pengajian Melayu.

2. Hashim b. Hj Musa, PH.D,Akademi Pengajian Melayu 2001 ;

Falsafah,Logik,Teori Nilai dan Etika Melayu.

3. Prof. Dr. Awang Sariyan ; Falsafah dan Logika Melayu.

4. Antalogi kerusi, 2000. Syair Kelebihan Ilmu. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala

Lumpur

5. http://www.google.com/melayu online

You might also like