You are on page 1of 49

Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011



SEMINAR ANTARABANGSA SUNNAH NABAWIAH:


REALITI DAN CABARAN SEMASA
(MUSNAD)

Disediakan oleh:
Khadher Ahmad

12 & 13 JULAI 2011


10 & 11 SYAABAN 1432H
JABATAN AL-QURAN & AL-HADITH
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

1
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011


SKOP PERTAMA

KHIDMAT DAN KESUNGGUHAN PARA


ULAMA SEMASA TERHADAP SUNNAH



2
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011


TOPIK PERTAMA

KAJIAN TERKINI DAN KRITIKAN


TERHADAPNYA


3
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 1:

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA: SATU ANALSIS DARI


PERSPEKTIF AL-HADIS

Oleh:
Nurul Izzati Bt Nazirmuddin
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Izzati.nazir@ymail.com

&

Nazirmuddin bin ahmad


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tg Malim Perak
nazirmuddin@fpe.upsi.edu.my

ABSTRAK

Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi yang semakin pesat, tidak dapat
dinafikan masyarakat Malaysia turut berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran
yang menuntut kekuatan diri (jasmani, emosi, rohani dan intelek) dalam usaha
mencapai status negara maju secara holistik. Oleh itu, pembangunan modal insan
dilihat sebagai salah satu strategi kerajan untuk membangunkan daya tahan
masyarakat. Sebagai sebuah Negara di mana Islam sebagai agama rasmi, strategi
untuk membangunkan modal insan tidak lengkap jika aspek ad-din yang
merangkumi al-Quran dan al-hadis tidak dijadikan panduan dan rujukan utama ke
arah mewujudkan insan syumul, yang mempunyai kekuatan akhlak, moral dan jati
diri, sebagai elemen penting dalam pembangunan insan. Justeru, kertas kerja ini
akan membincangkan tentang pembangunan modal insan di Malaysia, dari
perspektif al hadis. Iatu untuk melihat sejauhmana pembangunan modal insan di
Malaysia selaras dengan tuntuttan al-hadis dan al-sunnah.

4
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 2:

ANALISIS PENDEKATAN ULAMA HADITH TERHADAP HADITH BAY‟ AL-NASI‟AH


DALAM SHARH SAHIH AL-BUKHARI

Nik Mohd Zaim Ab Rahim


Prof Madya Dr Ishak Hj Suliaman

ABSTRAK

Sahih al-Bukhari karya Imam Muhammad bin Isma?il al-Bukhari adalah kitab
hadith yang paling autentik dalam kalangan kitab-kitab hadith. Ia banyak diulas
oleh para ulama di sepanjang zaman mulai daripada zaman al-Khitabi (m.387H)
sehingga ke hari ini. Terdapat lebih daripada sembilan kitab sharh hadith yang
dihasilkan oleh ulama sama ada daripada Timur Tengah mahupun rantau Asia
Selatan. Tulisan ini bertujuan menganalisis pendekatan para pengulas Sahih al-
Bukhari terhadap hadith Bay? al-Nasi?ah iaitu hadith yang Rasul Allah s.a.w
menggadai baju besinya kepada seorang Yahudi untuk membeli makanan. Imam
al-Bukhari mengemukakan hadith ini lebih daripada 11 kali menerusi pelbagai
kitab dan bab di dalam Sahihnya. Tumpuan analisis kepada kitab-kitab shuruh
hadith seperti Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-
?Asqalani, ?Umdat al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Badr al-Din al-?Ayni,
al-Tawdih li Sharh al-Jami? al-Sahih oleh Ibn Mulaqqan dan lain-lain. Antara
pendekatan yang dikesan penggunaannya ialah penjelasan tentang perkataan-
perkataan tertentu dalam hadith, isnad dan para periwayat hadith, cara
periwayatan dan kesimpulan dari hadith. Jelasnya, para ulama hadith mempunyai
pelbagai pendekatan dalam menghurai dan mengulas sesuatu hadith Nabi s.a.w.

Kata kunci: hadith, kitab sharh hadith, harga tangguh

5
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 3:

HADITH-HADITH MUAMALAT: KAJIAN TERHADAP AL-KUTUB AL-SITTAH


(ANALISA TERHADAP HUKUM AL-RAHN MENURUT ULAMA HADITH DAN
ULAMA FIQH)

Prof. Dr. Joni Tamkin Borhan1


Paturohman Bin Asrori2

ABSTRAK

Artikel ini membahas tentang hadith-hadith tentang muamalat dalam hal ini
berkaitan dengan al-Rahn. Al-Rahn adalah salah satu akad dalam muamalat yang
berkaitan dengan hutang piutang dengan memberikan barang jaminan bagi
penghutang. Hadith-hadith tentang al-Rahn yang terdapat pada kutub sittah ini
banyak jumlahnya. Dan ada kemungkinan matan hadith atau sanadnya saling
melengkapi antara satu dengan yang lainnya. Oleh kerana itu, penulis melakukan
kajian dengan menggunakan kajian perpustakaan yakni penulis mengumpulkan
data-data yang bersumber daripada al-Kutub al-Sittah dan berusaha menganalisa
hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Rahn. Hasil kajian yang didapati oleh
penulis bahawa setiap kitab-kitab yang terkumpul dalam kutub al-Sittah masing-
masing penulisan dan penyusunan hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Rahn
berbeza-beza yakni seperti Sahih al-Bukhari menyusun hadith tentang al-Rahn
khusus dalam pembahasan kitab al-Rahn. Sahih Muslim menempatkan
pembahasan hadith tentang al-Rahn masuk dalam kitab al-Buyu„. Abi Dawud
membahas tentang hadith yang berkaitan dengan al-Rahn dimasukkan dalam
Kitab al-Ijarah. Al-Tirmizi menempatkan pembhasan hadith tentang al-Rahn itu
pada Abwab al-Buyu‟. Di dalam Sunan al-Nasa‟i bahawa pembahasan tentang al-
Rahn itu juga ditempatkan pada Kitab al-Buyu‟. Kemudian pada Sunan Ibn Majah
bahawa hadith mengenai al-Rahn khusus pembahasan dalam satu bab tentang al-
Rahn. Selanjutnya penulis mengambil hadtih-hadith yang berkaitan dengan al-
Rahn itu kemudian penulis menganalisa mengenai hukum al-Rahn menurut ulama
hadith dan ulama fiqh. Sehingga pandangan ulama hadith dan ulama fiqh tentang
al-Rahn itu ada keselarasan pandangan mengenai hukum al-Rahn

1
Professor Dan Penyelia Penulis di Jabatan Syariah Dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
2
Pelajar Ph.D di Jabatan Syariah Dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
6
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 4:

MENYANGKAL SALAH FAHAM TERHADAP PENYEMBELIHAN CARA ISLAM:


ANALISIS MENURUT SUNNAH DAN KAJIAN SAINTIFIK

Syahadatul Hafizah binti Abdullah3


Munirah@Monika binti Abd Razzak4

ABSTRAK

Agama Islam telah terbukti merupakan satu agama yang sangat syumul dan
sempurna. Ini kerana, ia merupakan suatu agama Samawi dari Tuhan, yang
lengkap dengan panduan kitab wahyu berupa al-Qur'an dan juga pimpinan Rasul
berupa al-Hadith. Allah sebagai pencipta manusia, tentunya menginginkan yang
terbaik untuk hamba-hamba yang diciptakanNya. Disebabkan itu, panduan untuk
sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar urusan; ada terdapat di
dalam syariat Islam. Apatah lagi persoalan sepenting soal pemakanan; dengan
mensyariatkan penyembelihan haiwan yang dikira merupakan sempadan dalam
menentukan nilai halal dan haram sesuatu daging. Namun, di sebalik hikmahnya,
terdapat banyak sekali tohmahan dan paradigma pesimis berkenaan hal ini
khususnya dari Barat. Antaranya, metode penyembelihan Islam dikatakan sebagai
kejam, kotor dan menjijikkan. Justeru, kajian ini berperanan menjelaskan
permasalahan ini, dan seterusnya menyangkal segala tohmahan tentangnya.
Analisis dilakukan berdasarkan ayat-ayat dari al-Qur'an, dan secara khususnya
adalah berdasarkan hadith Nabi dan juga penemuan-penemuan saintifik moden.
Dari kajian, jelas menunjukkan bahawa Islam menawarkan satu
teknik penyembelihan haiwan yang terbaik berbanding yang lain. Ia mengandungi
nilai rahmah (kasihan-belas), kebersihan, kesihatan dan pelbagai lagi kebaikan
lain yang tidak terjangkau. Ini jelas menunjukkan bahawa panduan dari Tuhan
merupakan sebaik-baik manual untuk manusia, dunia dan juga akhirat.

3
Pelajar Sarjana, Jabatan al-Qur‟an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
mysyahadah@gmail.com
4
Pensyarah Kanan, Jabatan al-Qur‟an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
munirahar@um.edu.my
7
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 5:

AL-QARADAWĪ DAN SUMBANGANNYA TERHADAP PEMBANGUNAN AL-


SUNNAH: SOROTAN DARI SUDUT ZAKAT

Suryani binti Masnan5


Ahmad bin Yussuf6
Bahiyah binti Ahmad7

ABSTRAK

Sumbangan al-Qaradawī terhadap al-Sunnah sangat besar dalam dunia Islam. Idea
beliau terhadap pembangunan al-Sunnah secara sistematik dan selari dengan
kepantasan teknologi semasa sudah bermula sejak tahun 1980 an lagi melalui
kajian beliau yang bertajuk Nahwa Masyrū‘ Mausū‘ah li al-Hadīth al-Nabawīy.
Kaedah-kaedah pelaksanaan untuk merealisasikan Projek Ensiklopedia Hadis
Nabi tersebut mengambil kira realiti dan cabaran semasa. Kesedaran beliau
mengenai kepentingan pembangunan al-Sunnah mengikut arus semasa sudah
dapat dilihat melalui kitab karangan beliau yang masyhur iaitu Fiqh al-Zakat
Dirasat Muqaranah li Ahkamiha wa Falsafatiha fī Dau’i al-Qur’an wa al-
Sunnah. Walaupun ia telah disiapkan sejak tahun 1969 lagi tetapi isu semasa
zakat yang dibentangkan dalam kitab tersebut masih releven sehingga ke hari ini.
Kesungguhan beliau ini seharusnya dijadikan contoh kepada para ilmuwan di
Malaysia untuk memikirkan cara-cara pembangunan al-Sunnah yang selari
dengan realiti dan cabaran semasa.

5
Pelajar Ijazah Sarjana di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Emel: unie_sm@gmail.com No tel: +962775285394, Alamat: Yarmouk University, P.O Box 778, Irbid 21163,
Jordan.
6
Pelajar Ijazah Kedoktoran di Jabatan Pengajian Islam, Kuliah Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Yarmouk,
Irbid, Jordan. Emel: amdysf@gmail.com No tel: +962775285391, Alamat: Yarmouk University, P.O Box 778, Irbid
21163, Jordan.
7
Pelajar Ijazah Kedoktoran di Jabatan Fiqh dan Usul. Emel: busyra4u@gmail.com No tel: +60193676605, Alamat:
Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, University Malaya, 50603, W.P, Kuala Lumpur.
8
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 6:

PENAFSIRAN HADITH HISAB DAN RU‟YAHDARI PERSPEKTIF ASTRONOMI:


PENELITIAN AMALAN DI MALAYSIA & INDONESIA

Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi *


Muhammadin Abdul Niri**
Saadan Man***8

ABSTRAK

Kenampakan anak bulan yang pertama merupakan fenomena penting dalam


amalan sosial dan keagamaan masyarakat Islam. Kenampakannya akan
membolehkan ummat Islam memulakan bulan Islam yang baru. Kertas kerja ini
meninjau hadith-hadith berkaitan dengan hisab dan rukyah. Dengan mengambil
kira amalan penentuan kenampakan anak bulan dalam calendar Islam, kami
menjelaskan penafsiran hadith-hadith ini dari perspektif astronomi. Penafsiran
hadith ini membawa kepada teori wujudulhilal, teori rukyatulhilal, dan teori
criteria kenampakan. Hasil penelitian ini kami mencadangkan teori criteria
kenampakan adalah lebih sesuai di amalkan di Malaysia dan Indonesia.

* Calon PhD,JabatanFiqhdanUsul, AkademiPengajian Islam, UniversitiMalaya


** CalonPascasiswazah, JabatanPengajianSainsdanTeknologi, FakultiSains, Universiti Malaya
*** PensyarahKanan, JabatanFiqhdanUsul, AkademiPengajian Islam.
9
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 7:

APLIKASI KONSEP SHUBHAH DALAM INDUSTRI PRODUK MAKANAN HALAL


MASAKINI: SATU KAJIAN MENGIKUT PERSPEKTIF HADITH

Suhaimi Ab Rahman,
Jafri Abdulllah
Mohd Aizat Jamaluddin
Institut Penyelidikan Produk Halal
Universiti Putra Malaysia
Serdang, Selangor

ABSTRAK

Kajian mengenai hadis adalah penting dalam memahami isu-isu semasa sesuai
dengan kedudukan hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas al-Quran. Antara
isu semasa yang sering menjadi topik perbincangan kini ialah tentang isu
keraguan (shubhah) dalam makanan. Kemajuan sains dalam teknologi makanan
dan produk gunaan mendedahkan umat Islam dengan bahan-bahan yang sukar
untuk disahkan status halalnya atau pun dengan kata lain diragui (shubhah). Islam
menetapkan panduan mengenai perkara shubhah di dalam beberapa hadis. Dalam
hadis lafaz shubhah disebut dalam berbagai bentuk seperti mushtabihat,
mutashabbihat, mushabbahat, mushabbihat dan mushbihat. Lafaz-lafaz ini
mempunyai maksud dan pengertian yang berbeza. Kajian ini akan cuba mengkaji
hadith-hadith yang berkaitan dengan shubhah dengan mengkaji pendapat-
pendapat ulama mengenainya serta melihat bagaimana untuk memahami isu
shubhah dalam konteks semasa, khususnya dalam industri makanan halal. Adalah
diharapkan kajian ini akan dapat memberikan suatu garis panduan kepada semua
pihak berkenaan isu halal dan haram dalam makanan terutamanya kepada pihak
pengeluar.

10
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 8:

SUNNAH KONTEMPORER: ANALISIS PANDANGAN SYAIKH AL-ALBANI

Ahmad Nabil b. Amir

ABSTRAK

Kertas ini membincangkan pemikiran dan pandangan al-Imam al-Syaikh


Muhammad Nasir al-din al-Albani yang menggagaskan kefahaman al-sunnah
dalam kerangka mazhab yang kritis dan kontemporer. Idealisme ini dizahirkan
melalui perbincangan kritis tentang fiqh al-sunnah al-mu‘asirah yang
diketengahkan dalam penulisan dan karya-karya hadithnya yang monumental
yang menzahirkan pembaharuan dan kefahaman yang tuntas dalam pemikiran
hadith, sunnah dan syarah. Kertas ini turut meninjau kritikan dan bantahan Ulama
ke atas hujah dan mazhab yang digerakkannya berlandaskan falsafah dan fikrah
salaf.

11
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 9:

REALITI DAN CABARAN DALAM RAWATAN ISLAM: ANALISIS HADITH-HADITH


TENTANG PENDEKATAN DAN KAEDAH RAWATAN NABI SAW MERAWAT
PENYAKIT SIHIR

Oleh:
Khadher Ahmad9
Prof Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman10

ABSTRAK

Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam kini menyaksikan wujudnya pelbagai


pendekatan dan kaedah yang dilabelkan sebagai “Pengubatan Islam” atau
“Rawatan Islam”. Realitinya, hanya sebahagian daripada pusat-pusat rawatan
Islam tersebut yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah dalam
rawatan yang dijalankan. Sebahagian yang lain hanya melebelkan mereka
pendokong rawatan Islam, pada hal berlaku pencampuran antara hak dan batil
serta kadang kala kaedah rawatan yang dijalankan menyalahi syariat. Melalui
analisis kualitatif dan kuantitatif, artikel ini berusaha untuk mengumpulkan
hadith-hadith yang berkaitan dengan rawatan sihir dan menilai fiqh al-hadith bagi
menjelaskan pendekatan dan kaedah rawatan Rasulullah SAW merawat dan
menghadapi penyakit ini. Hasil penelitian mendapati bahawa dalam rawatan sihir
melibatkan dua (2) pendekatan utama, iaitu; [Pertama] Pendekatan dalam
merawat sihir yang terdiri daripada tujuh (7) pendekatan dan kaedah rawatan
iaitu, (1) Kaedah Mengenalpasti Tempat Barang Sihir Disembunyikan, (2)
Kaedah Mengeluarkan Bahan Sihir dan Membatalkannya, (3) Kaedah Menanam
dan Memusnahkan Bahan Sihir, (4) Kaedah Ruqyah Ke Atas Mangsa Sihir
(Termasuk Melakukan al-Nushrah Yang Dibenarkan), (5) Kaedah Memberi
Minum Air Ruqyah, (6) Kaedah Tepukan (Menepuk-Nepuk Tubuh Pesakit
Menggunakan Tapak Tangan), dan (7) Kaedah Mandi. [Kedua] Kaedah
perlindungan dan membentuk pertahanan diri daripada terkena sihir, yang terdiri
daripada tiga pendekatan iaitu (1) Pencegahan Melalui Amalan Pemakanan Tamar
„Ajwah, (2) Perlindungan Melalui Pembentuk Sikap dan Peribadi, dan (3)
Perlindungan Melalui Pelaksanaan Ibadah.

Kata Kunci: kaedah rawatan, pendekatan, sihir, analisis, hadith, realiti, cabaran.

9
Fellow SLAI merangkap pelajar Ijazah Tinggi di Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur yang sedang menyiapkan tesis PhD. (Emel: kbd1997@gmail.com)
10
Prof. Madya di Jabatan al-Quran dan al-Hadith merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur. (Emel: ishakhs69@gmail.com)
12
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 10:

SUNNAH NABAWIYYAH DAN SAINS : BUCAILISME ATAU ACUAN RABBANI?

Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said


Jabatan Kejureteraan Bioperubatan,
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya
&
Abdul Rauf bin Baharuddin
Kulliyyah Usuluddin, Universiti al-Azhar, Kaherah,Mesir

ABSTRAK

Al-Quran dan As-Sunnah merupakan dua sumber rujukan tertinggi dalam agama
Islam. Sains pula pada hakikatnya adalah satu ilmu yang terbit daripada
pengamatan dan pemerhatian pengkajinya yang selalunya dianggap objektif.
Setelah tidak berkarya selama hampir 500 tahun, saintis muslim berasa „kerdil‟
untuk menghadapi barat. Justeru pendekatan bucailisme diambil walaupun dengan
niat yang suci untuk memperlihatkan kemukjizatan al-Quran dan nubuwwah Nabi
Muhammad sallallahu ‘alayhi wassallam. Justeru, kertas kerja ini ingin
memperlihat sisi bahayanya bucailisme ini kepada agama Islam. Kajian juga
menyorot perkembangan 100 tahun dunia sains yang memperlihatkan bahawa
status teori-teori yang dianggap „besar‟ telah dicabar dan menunjukkan bahawa
sains tidak bebas nilai. Justeru Al-Quran dan As-Sunnah tidak wajar dijadikan
„pengikut‟ yang mengesahkan teori-teori saintis Barat seperti yang dilakukan oleh
bucailis. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa saintis muslim perlu mendalami
pengkajian al-Quran dan as-Sunnah supaya dapat menjadikan kedua-duanya
sebagai „murabbi‟ yang membimbing dalam proses berkarya serta menerbitkan
teori-teori baru dalam acuannya yang rabbani.

13
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 11:

METODOLOGI PENULISAN ZAGHLUL AL-NAJJAR DALAM MENGANALISIS TEKS


HADITH NABAWI MELALUI DATA-DATA SAINTIFIK (KOSMOLOGI)

Oleh;
Ishak Suliaman,
Mohd Afifuddin Mohamad,
Raihana Abdul Wahab,
Siti Rabiatul Adawiyah S.Mohsain,
Sumaiyah Mohd Tamizi.

ABSTRAK

Metodologi penulisan Dr Zaghlul al-Najjar dalam bukunya, „al-I‘jjaz al-‘Ilm fi


al-Sunah al-Nabawiyyiah‟ sebanyak 4 jilid telah memberikan impak baru
terhadap penulisan Sharh al-Hadith atau analisis teks Hadis Nabawi melalui
paparan data-data saintifik khususnya dari aspek kosmologi. Di dalam penulisan
bukunya, beliau tetap mengaplikasikan metode klasik muhaddithin di dalam
Sharh al-Hadith yang mengutamakan aspek autoriti teks melalui metode takhrij
dan aspek kefahaman teks Hadith melalui metode fiqh al-Hadith yang
memfokuskan terhadap aspek kefahaman istilah dalam Bahasa Arab, wurud al-
Hadith dan fiqh hukum daripada teks Hadith. Metode baru yang diaplikasikan
oleh Dr Zaghlul al-Najjar ialah menganalisis teks Hadith Nabawi melalui data-
data saintifik terutamanya dari aspek kosmologi. Justeru, kertas kerja ini akan
memaparkan metode pembaharuan yang diaplikasikan oleh Dr Zaghlul al-Najjar
di dalam bukunya al-I‘jjaz al-‘Ilm fi al-Sunah al-Nabawiyyiah dari aspek data-
data saintifik kosmologi.

14
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011


TOPIK KEDUA

ASPEK TEKNIKAL DAN KEPERLUAN


PENGGUNAAN ICT DALAM KAJIAN SUNNAH



15
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 12:

INSTITUT KAJIAN HADIS (INHAD): PENUBUHAN, MASA DEPAN DAN HARAPAN

Mohd Farid Ravi Abdullah


Mohd Norzi Nasir
Institut Kajian Hadis (INHAD),
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Hadis merentasi pelbagai kurun dan ia tetap terpelihara melalui pelbagai usaha
pemeliharaan dan pemuliharaannya pasca perjuangan para ulama Dunia Islam
meskipun pelbagai konspirasi atau cubaan jahat dari musuh-musuh Islam telah
dilakukan untuk menyeleweng dan memalsukannya. Namun ironinya di Malaysia,
perkembangan dan pemahaman masyarakatnya terhadap ilmu ini amat sedikit
disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat untuk dinyatakan secara
terperinci di dalam kertas kerja yang serba ringkas ini. Senario yang paling jelas
adalah keghairahan para ulama klasik dan kontemporari memberikan fokus yang
utama terhadap aspek fiqh dan pengajiannya melebihi ilmu-ilmu pengajian Islam
yang lain. Akibatnya Masyarakat Muslim di negara ini (Malaysia) amat jauh dari
penghayatan Hadis Nabi samada dari aspek pembelajaran, pengajaran,
penyelidikan dan penulisan. Justeru keperluan untuk mewujudkan sebuah
pengkalan data bagi hadis-hadis baginda SAW dan pengembangannya di negara
ini amat dirasakan. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt keperluan tersebut
terealisasi melalui cetusan idea dan perjuangan sebahagian mereka yang
mencintai hadis baginda agar ia dilestarikan melalui penubuhan INHAD. Kertas
kerja ini mengupas mengenai penubuhan, masa depan dan harapan Institut Kajian
Hadis (INHAD) sebagai institut penyelidikan hadis pertama di Malaysia.

16
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 13:

SUMBANGAN KHAZANAH FATHANIYAH TERHADAP


PENGUMPULAN DAN PENULISAN KITAB-KITAB HADITH JAWI
NUSANTARA

Wan Khairul Aiman bin Wan Mokhtar11


Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin12

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai dan mengkaji sumbangan Khazanah


Fathaniyah yang diasaskan oleh Wan Mohd Saghir bin Wan Abdullah, seorang
pengumpul dan pengkaji manuskrip dan khazanah tokoh-tokoh Islam di
nusantara. Walaupun sumbangan yang dilakukan oleh Khazanah Fathaniyah
amat besar, tetapi tiada kajian khusus yang pernah dilakukan terhadapnya.
Kajian ini dikhususkan kepada pengumpulan dan penulisan semula kitab-kitab
hadith jawi sahaja. Kajian ini adalah gabungan kajian perpustakaan dan kajian
lapangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa Khazanah Fathaniyah memberi
sumbangan yang sangat besar dalam usaha memartabatkan karya-karya hadith
di Malaysia selain daripada membantu para pengkaji dalam mentahqiq dan
mentakhrij kitab-kitab jawi tersebut. Khazanah Fathaniyah secara umumnya
telah mengumpulkan dan membuat penulisan semula banyak daripada kitab
hadith jawi yang ada pada masa kini.

11
Pelajar Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
(APIUM), Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
12
Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
17
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 14:

PEMBELAJARAN CAPAIAN TEKS HADITH BERAUTORITI DI INTERNET:


KAJIANTERHADAP LAMAN SESAWANG ISLAMWEB

Shahril Nizam Zulkifli


Jabatan al-Quran & al-Hadith
APIUM

ABSTRAK

Peter Cochrane pernah menyatakan bahawa untuk mengkaji dan mengulas


mengenai perkembangan internet adalah umpama menembak sebutir peluru yang
sedang bergerak pantas dengan menggunakan anak panah. Ia menunjukkan
pertumbuhan kemajuan ICT yang berubah dengan pesat dan pantas sekali.
Sehubungan itu, ledakan ICT telah memberi ruang kepada perkembangan ilmu di
alam siber yang mendasari dan mengatasi sempadan geografi. Sejajar dengan arus
kemajuan tersebut, ilmu hadith dilihat tidak terkebelakang dalam mengecapi dan
memanfaatkannya. Ia dapat dibuktikan melalui kewujudan beribu-ribu laman
sesawang berorganisasi mahupun individu tertentu, khusus membicarakan dan
menyediakan kemudahan terhadap capaian maklumat teks hadith di Internet.
Justeru, artikel ini merupakan analisis terhadap Islamweb sebagai sebuah laman
sesawang dakwah yang telah menyediakan perkhidmatan carian hadith secara
pantas dan mudah melalui ruangan Mawsu‘ah al-Hadith. Berasaskan metodologi
diskriptis dan analisis data, kajian ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan
Islamweb sebagai aplikasi pembelajaran takhrij hadith di internet berdasarkan
kepada beberapa paparan maklumat carian yang tersedia seperti: (1) Sumber
hadith, (2) Kedudukannya dalam kitab dan bab, (3) Rantaian sanad berserta
maklumat dan kritikan bagi setiap perawi, (4) Hukum hadith, (5) Takhrij, (6)
Syawahid dan (7) Al-Asanid.

18
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 15:

KAJIAN TERHADAP PERKEMBANGAN LAMAN SESAWANG HADITH DALAM


BAHASA MELAYU

Mohd. Yusuf Ismail


Mohd. Zaini Zakaria
A. Irwan Santeri Doll Kawaid

ABSTRAK

Kesedaran masyarakat Islam Malaysia terhadap kepentingan ilmu hadis kini


semakin meningkat, ekoran ledakan maklumat melalui teknologi maklumat
terkini, dan penyebaran maklumat yang salah terhadap hadis yang mendorong
masyarakat mencari kebenaran dan penjelasan. Hal ini mendorong pihak-pihak
tertentu untuk mengambil kesempatan dari kemudahan IT yang ada untuk
menyebarluaskan lagi hadis Rasulullah s.a.w kepada masyarakat Islam Malaysia
khususnya dan seterusnya menjadi sumber rujukan pantas buat masyarakat awam.
Kajian ini akan memberi fokus terhadap laman sesawang yang memberi tumpuan
terhadap hadis nabawi melalui kaedah perbandinagan di antara laman sesawang
yang dikenalpasti. Disamping itu, kajian ini juga cuba untuk memberikan
gambaran keseluruhan tentang perkembangan laman-laman sesawang di internet
yang mennjadikan hadis nabawi sebagai kandungannya. Beberapa cadangan
penambahbaikan juga akan disarankan ke arah memantapkan lagi laman
sesawang hadis dalam bahasa Melayu bagi menarik minat ramai pengguna
internet untuk menjadikannya sebagai rujukan. Diharapakan supaya kajian ini
dapat membuka mata umat Islam amnya, dan pencinta hadis khususnya untuk
mengambil peluang daripada kemudahan IT yang ada dihadapan mata kita.

19
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011


TOPIK KETIGA

USAHA PENTERJEMAHAN DALAM HADITH-


HADITH NABAWI KE DALAM BAHASA LAIN



20
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 16:

METODE PENULISAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH MUHAMMAD TAQI UTHMANI


DALAM INTERPRETASI HADIS SAHIH MUSLIM : SATU ANALISA KRITIS
TERHADAP “TAKMILAH FATH AL-MULHIM”

Zunaidah Binti Mohd Marzuki


(zunaidah@iium.edu.my)
Tel: 0193413941, 0176016531, 0126595790, 0361965531
Fax: 0361965513
Lecturer & Phd Candidate
Department Of Quran And Sunnah Studies,
Kuliyyah Of Islamic Revealed Knowledge And Heritage,
International Islamic University Of Malaysia,
53100 Gombak, Kuala Lumpur.

ABSTRAK

Interpretasi terhadap nas Al-Quran dan Hadis bersandarkan kepada metodologi


yang betul adalah penting untuk penghayatan dan pengamalan yang selaras
dengan perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Kesungguhan ulama
silam dan kontemporari terhadap interpretasi nas Al-Quran dan Hadis tidak dapat
disangkal lagi. Kewujudan pelbagai judul kitab tafsir Al-Quran dan syarah Hadis
membuktikan kesungguhan mereka dalam memelihara kemurnian pemahaman
terhadap ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Dalam interpretasi terhadap hadis Sahih
Muslim, hal ini terbukti dengan lahirnya 67 buah kitab syarah berbahasa Arab
dan 5 buah kitab berhasa lain (Urdu, Parsi, Punjab). Tidak terkecuali, ulama
kontemporari kurun ke 14-15 Hijrah juga turut memberi sumbangan yang besar
dalam bidang ini. Salah seorang daripada mereka ialah Syeikh Muhammad Taqi
Uthmani yang mengarang kitab “Takmilah Fath Al-Mulhim” berbahasa Arab dan
“Dars Muslim” berbahasa Urdu. Beliau merupakan seorang tokoh yang tidak
asing lagi dalam bidang ekonomi Islam. Sumbangan dan pengaruh beliau yang
besar terhadap ilmu dan umat Islam melayakkan beliau terpilih ditangga ke-27
dikalangan 500 orang Islam yang berpengaruh pada tahun 2009. Kajian ini akan
menganalisa metode penulisan dan pemikiran beliau dalam menginterpretasi hadis
Sahih Muslim di dalam “Takmilah Fath Al-Mulhim” secara kritis.

21
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 17:

TERJEMAHAN HADIS-HADIS KE DALAM BAHASA MELAYU: ANALISIS KITAB


MISBAH AL-ZALAM WA BAHJAH AL-ANAM

Oleh:
Abd Latiff Abdul Haliff
Fauzi Deraman

ABSTRAK

Sunnah Nabawiyyah sebagai pemacu generasi Rabbani merupakan satu perkara


yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Sesuatu yang perlu diambil perhatian ialah
bagaimana penyebaran hadis ini dapat diperluaskan kepada seluruh umat Islam di
dunia ini umumnya dan rantau Nusantara ini khasnya Malaysia yang bertutur
dalam bahasa Melayu. Ini kerana, hadis yang diucapkan oleh Nabi SAW di dalam
bahasa Arab tidak dapat difahami maksudnya oleh masyarakat di Malaysia ini,
kecuali mereka yang benar-benar mendalami ilmu bahasa Arab. Terjemahan yang
dilakukan juga perlu tepat dan bersesuaian dengan zaman, supaya hadis yang
diterjemahkan itu dapat difahami dengan baik oleh pembaca. Justeru, makalah ini
akan cuba menilai dan menganalisis terjemahan yang telah dilakukan oleh Abu
Bakar Palestin (w.1998M) menerusi karya Misbah al-Zalam wa Bahjah al-Anam.
Karya terjemahan hadis Melayu jawi berserta huraian ringkas ini mengandungi
sebanyak 909 buah hadis yang dapat digambarkan daripada tajuk kitab bahawa ia
sebagai sebuah „pelita yang menerangi kegelapan bagi membentuk sebaik-baik
makhluk‟. Analisis akan dilakukan dengan melihat bagaimana Abu Bakar Palestin
menterjemah hadis-hadis dari sudut laras bahasa dan ketepatannya. Penulis juga
akan mengenalpasti justifikasi pemilihan kitab-kitab hadis dan hadis-hadis
daripadanya yang telah dipilih oleh pengarang untuk dimuatkan dalam karya
terjemahan beliau tersebut.


Abd Latiff Abdul Haliff, Calon Sarjana Usuluddin di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Fauzi Deraman, Ph.D, Prof. Madya di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
22
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 18:

PENULISAN KARYA HADIS NUSANTARA ABAD KE-19: ANTARA SYEIKH


NAWAWI BANTEN DAN SYEIKH WAN ALI KUTAN AL-KALANTANI

Oleh:
Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
Universiti Sains Islam Malaysia
Tel: 06-7986333/017-2609522
mustaqim@usim.edu.my

ABSTRAK

Abad kesembilan belas merupakan suatu era yang penting dalam sejarah
perkembangan keintelektualan Islam di Nusantara. Ini dapat dilihat menerusi
kemunculan sejumlah besar ulama pada abad ini yang telah memainkan peranan
yang signifikan dalam pengembangan dan pemantapan proses islamisasi
masyarakat setempat dalam segenap aspek kehidupan seperti pendidikan,
kemasyarakatan, politik dan sebagainya. Menerusi pengadaptasian teknologi
percetakan, banyak daripada karya yang dihasilkan mereka telah dicetak dan
diterbitkan dalam kuantiti yang besar untuk kegunaan masyarakat sebagai teks-
teks pengajian agama dalam pelbagai bidang termasuk akidah, fiqah, tafsir, hadis,
tasawuf dan sebagainya. Dalam bidang hadis khususnya, terdapat dua buah karya
utama yang dihasilkan di akhir pertengahan kedua abad ini iaitu Tanqih al-Qawl
al-Hathith oleh Syeikh Nawawi Banten (m. 1314H) dan al-Jawhar al-Mawhub
oleh Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani (m. 1331H). Kedua-duanya merupakan
penerangan ke atas karya bertajuk Lubab al-Hadith yang dinisbahkan
kepengarangannya kepada Jalal al-Din al-Suyuti (m. 911H) dan dihasilkan oleh
dua orang ulama Nusantara tersebut yang berdomisil di Mekah dan hidup pada
waktu yang sama. Karya-karya hadis ini juga amat berpengaruh dalam kalangan
masyarakat Nusantara dan masih lagi digunakan sebagai teks pengajian agama
sehingga ke hari ini. Justeru, kertas ini terfokus untuk mengenal pasti dan
membincangkan beberapa aspek penting berkaitan kedua-dua karya hadis ini dari
aspek metode, skop, tujuan, persamaan dan perbezaan serta kaitan antara
keduanya untuk menzahirkan dengan jelas identiti dan keunikan kedua-dua karya
hadis ini. Di samping itu, sorotan ringkas terhadap biografi kedua-dua
pengarangnya turut disertakan untuk mendapatkan gambaran yang komprehensif
terhadap tajuk yang dibincangkan ini.

23
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 19:

SIMBIOSIS ILMU SIRAH DAN SEJARAH DALAM HISTORIOGRAFI ISLAM

Azmul Fahimi Kamaruzaman


Prof. Madya. Dr Wan Kamal Mujani
Mohd Yusrizal Mohd Yunus

ABSTRAK

Ilmu sirah dan sejarah Islam bermula selari dengan kerasulan Muhammad S.A.W.
dan sejarah perkembangan Islam. Pada peringkat awal kemunculannya kedua-
duanya berkongsi skop ilmu yang sama dengan ilmu hadith selaras dengan
perkembangan ilmu hadith yang mencatatkan tentang aspek maghazi atau
peperangan Rasulullah S.A.W. Peredaran masa dan keadaan akhirnya
menyaksikan catatan sirah oleh para sejarawan Islam mulai terpisah daripada
skop tradisi ilmu hadith. Perkembangan tersebut walaubagaimanapun tetap
mempengaruhi perkembangan penulisan sirah yang masih berasaskan metode
isnad sebagai legasi daripada ilmu hadith. Namun perkembangan penulisan sirah
yang secara prinsipnya hanya mencatatkan riwayat tentang Rasulullah S.A.W
berada pada kedudukan dan garis sempadan yang berbeza dengan ilmu sejarah
Islam. Makalah ini bertujuan untuk menilai perbezaan skop di antara ilmu sirah
dan sejarah dalam historiografi Islam. Perbincangan meliputi aspek kedudukan
ilmu sirah dalam skop sejarah Islam dan garis sempadan yang memisahkan
keduanya. Penulisan ini menggunakan metode analisis kandungan terhadap
masadir (sumber) dan maraji’ (rujukan) utama sirah dan sejarah dalam
historiografi Islam. Hasil penulisan mendapati bahawa wujudnya garis sempadan
yang jelas diantara ilmu sirah dan sejarah Islam. Ironinya kedudukan sirah adalah
sebahagian dalam skop sejarah Islam. Namun terdapat faktor-faktor utama yang
dikenalpasti menjadi pemisah dan menyumbang kepada legitimasi keautoritian
dan kemurnian sirah sebagai satu ilmu yang suci.

Kata kunci : Sirah, Sejarah Islam, historiografi Islam.

24
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 20:

PENDEKATAN M. QURAISH SHIHAB DALAM PENULISAN HADIS DALAM TAFSIR


AL-MISBAH

Oleh
Ahmad Naim Abdul Aziz & Dr. Latifah Abdul Majid
UKM

ABSTRAK

Artikel ini membicarakan pendekatan M.Quraish Shihab dalam penulisan hadis di


dalam kitab tafsir al-Misbah . Kitab ini merupakan karangan beliau berbahasa
Indonesia melengkapi tafsiran 30 juzuk al-Quran dengan jumlah keseluruhan
naskhahnya sebanyak 15 jilid. Berdasarkan penelitian awal yang dijalankan,
mendapati bahawa M. Quraish Shihab kerap mendatangkan hadis dalam
pentafsiran ayat. Hadis-hadis tersebut didatangkan dengan bentuknya yang
pelbagai, merangkumi beberapa aspek seperti sanad, matan, sumber hadis, dan
hukum hadis. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan penulisan
hadis yang beliau gunakan dalam mentafsirkan ayat di dalam kitab tafsirnya. Bagi
tujuan ini, kajian analisis data akan dilakukan menggunakan data primer iaitu
Tafsir al-Misbah. Hasil kajian mendapati bahawa dari aspek sanad, M. Quraish
Shihab kadangkala mendatangkan hadis dengan sanad dan juga sebaliknya.
Manakala dari aspek matan, beliau menulis hadis dalam bentuk terjemahan makna
secara keseluruhan, dan kadang kala mencampurkan antara terjemahan makna
bersama ungkapan asalnya dalam bahasa Arab. Bagi sumber hadis pula, beliau
bukan sahaja mengambilnya dari kitab-kitab hadis, malah turut mengambil dari
sumber rujukan sama ada kitab tafsir mahupun kitab berbentuk umum. Di
samping itu beliau juga menyatakan secara langsung hukum hadis dalam konteks
ayat, dankadang kala menisbahkannya kepada muhaddith, namun kebanyakan
hadis tersebut adalah tidak dinyatakan hukumnya.

25
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 21:

HADITH-HADITH MASYHUR DALAM SENI KHAT ISLAM: TAKHRIJ DAN


ANALISIS

Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil & Amir bin Mohd. Nason
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, UiTM Perak
wankamal@hotmail.my

ABSTRAK

Takhrij merupakan satu proses penting untuk menyaring sesuatu hadith dan
mengembalikannya kepada sumber asal. Dengan itu status sesuatu hadith dapat
diketahui. Ini amat penting dalam memelihara khazanah ilmu Islam yang
sebahagian besarnya bersumber daripada hadith Nabi selain kitab suci al-Quran
yang sudah dijamin pemeliharaannya. Maka kajian ini merupakan salah satu
usaha ke arah itu dengan menumpukan kepada sembilan buah hadith yang
masyhur penggunaannya dalam bidang kesenian khususnya seni khat Islam.
Hadith-hadith ini didapati dalam buku-buku silibus kesenian Islam dan tulisan-
tulisan para khattat (penulis kaligrafi). Justeru, dengan menggunakan metodologi
„Kajian Teks‟, kertas kerja ini akan mengupas secara subjektif status hadith-
hadith yang digunapakai dan masyhur di kalangan pengkaji kesenian Islam. Turut
disentuh ialah mengenai pengertian takhrij, hadith masyhur, pengenalan kepada
jenis-jenis khat dan latar belakang para penulisnya. Hasil kajian menunjukkan
daripada sembilan buah hadith yang dikaji dua daripadanya tersangat lemah (da‘if
jiddan), dua lagi tiada asal (la asla lahu), empat hadith palsu (mawdu‘) dan satu
hadith ialah perkataan Sahabat (mawquf) bukannya hadith Nabi SAW. Jelasnya,
kajian takhrij ini diharap dapat menyaring hadith-hadith Nabi SAW dan
memberikan rujukan yang sudah dikaji dan jelas statusnya kepada pembaca dan
pengajar sekaligus mengintegrasikan bidang kesenian Islam dengan bidang ulum
hadith.

Kata kunci: Takhrij, sahih, daif, khat, seni

26
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011



SKOP KEDUA

ALIRAN-ALIRAN DALAM PENGAJIAN HADITH



27
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011



TOPIK PERTAMA

METODOLOGI PENGAJIAN HADITH



28
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 22:

HADITH-HADITH BERMASALAH DALAM MUNAKAHAT: ANALISIS KITAB


MUHIMMAH

Muhammad Faidz Mohd Fadzil


Fauzi Deraman

ABSTRAK

Kitab Muhimmah merupakan sebuah karya jawi Melayu yang masyhur di


Malaysia. Terhimpun di dalamnya hadith-hadith yang berkaitan dengan persoalan
rumah tangga secara khusus. Hasil penelitian awal yang dilakukan, kitab ini
mengandungi kira-kira 128 buah hadith. Terdapat banyak hadith-hadith
bermasalah boleh didapati dalam penulisan ini. Misalnya, hadis-hadis berkaitan
balasan buruk yang dikenakan kepada wanita derhaka dalam peristiwa israk dan
mikraj dan pelbagai lagi. Oleh itu, bagi menongkah arus rintangan dalam
memastikan sunnah nabawiah terus terpelihara, hadith-hadith tersebut perlu
dianalisa permasalahannya terutamanya dari sudut status. Justeru itu, beberapa
buah hadith akan dipilih sebagai sampel dalam fokus kajian supaya dapat
memberi gambaran umum bahawa tersebarnya hadith-hadith da„if dalam
masyarakat Melayu.

29
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 23:

METODOLOGI HURAIAN HADIS HUKUM: KAJIAN AWALAN PERBANDINGAN


ANTARA KITAB NAIL AL-AWTAR DAN SUBUL AL-SALAM

Oleh:
Norzulaili Mohd Ghazali13
Zulhilmi Mohamed Nor14

ABSTRAK

Hadis Hukum merupakan salah satu subjek yang dikategorikan sebagai subjek
pengkhususan pengajian Hadis. Pengajian Hadis Hukum ini meliputi kedudukan
hadis sebagai sumber hukum, darjat hadis yang dijadikan hujah, cara
mengistinbatkan hukum daripada hadis dan permasalah yang berkaitan dengan
hadis tersebut. Di antara kitab yang menjadi rujukan utama dalam pengajian hadis
hukum adalah kitab Nail a-Awtar oleh al-Imam al-Syawkani dan Subul al-Salam
oleh al-Imam al-San‟ani. Mengapakah kedua-dua kitab ini dijadikan rujukan atau
buku teks utama dalam pengajian hadis hukum? Apakah keistemewaan kedua-dua
kitab ini berbanding kitab yang lain dan apakah pula perbezaan dan persamaan
antara keduanya?. Kertas kerja ini akan cuba menjawab setra menghuraikan
secara ringkas persoalan-persoalan yang dikemukakan di samping
memperkenalkan biodata penulis-penulisnya. Kajian terhadap latarbelakang
kehidupan penulis serta karya mereka yang merangkumi nama kitab, sebab
penulisan, isi kandungan dan metode yang digunakan diharapkan dapat memenuhi
kehendak tajuk dan merungkaikan persoalan awalan tentang kedua-dua kitab ini.
Kertas kerja ini menggunakan metode pengumpulan maklumat, analisa dan
metode perbandingan dalam melengkapkan perbincangan. Diharapkan kertas
kerja ini menjadi salah satu sumbangan ke arah pemantapan ilmu hadis di
Nusantara dan mengetengahkan pelbagai metode ulama silam di dalam karya
mereka.

13
Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
14
Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
30
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 24:

PENGGUNAAN JADUAL DAN GAMBARAJAH DI DALAM PENGAJARAN SUBJEK


MUSTALAH AL-HADITH

Thuraya Ahmad
Prof. Madya Dr. Fauzi Derahman,
Jabatan al-Quran Dan al-Hadith,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
soraya@um.edu.my

ABSTRAK

Mustalah al-Hadith adalah subjek pengajian yang dikira kompleks, agak sukar
difahami dan kebiasaannya pelajar tidak berminat untuk mendalaminya. Persepsi
negatif terhadap subjek ini sepatutnya menjadi pendorong kepada pengajar untuk
mendatangkan idea bagi menarik minat pelajar serta merungkai kekusutan
maklumat pada mereka. Berikutan fenomena yang yang telah sedia maklum, topik
ini mengetengahkan contoh-contoh percubaan mengajar Mustalah al-Hadith
menggunakan jadual dan gambarajah bertujuan mengatasi masalah berkenaan.
Ternyata dengan penggunaaanya, kandungan subjek yang kompleks bertukar
menjadi mudah dan menarik perhatian. Jelas sekali, bantuan jadual dan
gambarajah amat disyorkan bagi memberi nafas baru kepada subjek penting ini.

31
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 25:

METODOLOGI PENENTUAN HADIS DAIF : ANALISIS TERHADAP TARAJU „ AL-


ALBANI DALAM SILSILAH AL-AHADITH AL-DA „IFAH WA AL-MAWDU „AH

Oleh:
RoshimahBintiShamsudin (USM)
&
Ahmad Hamzah Bin Mat Daud (UIA)

ABSTRAK

Muhammad Nasir al-Din al-Albani merupakan salah seorang penggiat hadith


yang paling menonjol pada zaman ini. Usaha al-Albani dalam bidang hadith dapat
dilihat pada penghasilan karya-karya ilmiah beliau yang berjumlah lebih daripada
dua ratus buah karya. Tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya beliau menjadi
rujukan yang penting dalam bidang hadith pada masa kini. Salah sebuah
daripadanya bertajuk Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah wa al-Mawdu‘ah. Karya ini
dapatlah dikategorikan sebagai salah sebuah karya al-Albani yang paling
masyhur. Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah wa al-Mawdu‘ah ini merupakan koleksi
hadith-hadith yang dinilai sebagai daif dan palsu oleh al-Albani. Dalam penilaian
tersebut, terdapat beberapa kaedah yang diaplikasikan oleh al-Albani dalam
menghukum hadith sebagai daif dan palsu. Justeru itu, kertas kerja ini akan
membincangkan secara kritis metodologi penentuan hadith daif yang
diaplikasikan oleh al-Albani dalam karya ini dengan menfokuskannya terhadap
taraju‘ beliau terhadap hadith-hadith yang terdapat dalam karya ini.

32
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 26:

HADITH AL-AHRUF AL-SAB‟AH DI SISI AL-TABARI DAN KESANNYATERHADAP


METODE PERBAHASAN ILMU QIRAAT.

Sedek Ariffin
Nor Hafizi Yusof
Jabatan al-Quran & al-Hadith
APIUM

ABSTRAK

Hadith berkaitan al-Ahruf al-Sab’ah merupakan antara dasar yang penting bagi
memahami maksud di dalam Ilmu Qira‟at. Di dalam tulisan ini penulis cuba
melihat pendekatan al-Tabari dalam merungkaikan permasalahan yang berkaitan
dengan hadith al-Ahruf al-Sab‟ah. Tafsir al-Tabari merupakan salah satu al-
masadir al-asliyyah yang menafsirkan ayat-ayat al-Quran berdasarkan pandangan
ulamak salaf serta pengajaran Rasulullah yang diriwayatkan melalui sanad yang
thabit. Antara lain, keistimewaan Tafsir al-Tabari ialah ia membahaskan ilmu
qiraat dengan agak terperinci jika dibandingkan dengan kitab-kitab yang lain.
Namun begitu periwayatan Qiraat yang dibahaskan di dalam tafsir ini adalah
merupakan wajah qiraat yang turun sebelum pembentangan akhir (al-urdah al-
akhirah) dan masih tidak tersusun mengikut klasifikasi imam-imam qiraat secara
terperinci. Tafsir al-Tabari terkenal sebagai sebuah kitab tafsir yang menggunakan
pendekatan tarjih antara wajah qiraat. Antara contoh pendekatan tarjih tersebut
ialah beliau telah melebihkan antara qiraat-qiraat yang mutawatirah dan sahihah
serta menghukum syaz beberapa qiraat yang disepakati mutawatirah dan sahihah
oleh tokoh-tokoh dalam bidang qiraat seperti Abu Amru al-Dani, al-Syatibi, Ibn
al-Jazari dan lain-lain.

33
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 27:

METODOLOGI AL-HAFIZ IBN AL-SALAH DALAM PERMASALAHAN


PENTASHIHAN HADIS DAN FENOMENA PENTASHIHAN PADA MASA KINI

Oleh:
Zulhilmi bin Mohamed Nor
(zulhilmi@usim.edu.my)
Ahmad Sanusi bin Azmi
(sanusi@usim.edu.my)
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ABSTRAK

Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan al-Hafiz Ibn al-Salah dan
pandangannya terhadap permasalahan pentashihan hadis. Al-Hafiz Ibn al-Salah
dianggap sebagai pelopor kepada penyusunan dan ulama yang menambahbaikan
Ilmu Mustalah Hadis. Semua ulama yang datang selepasnya, kebanyakannya akan
mengikut serta membahaskan asas dan kenyataan yang telah dibuat oleh al-Hafiz
Ibn al-Salah. Al-Hafiz Ibn al-Salah lebih cenderung kepada menidakkan
keupayaan ulama atau umat Islam pada zamannya di dalam mentashihkan atau
menghukum sesuatu hadis. Pandangan ini tidak dipersetujui oleh ulama sezaman
dan selepasnya. Bagaimana pula fenomenanya pada zaman ini? Adakah umat
Islam layak untuk menghukum sesuatu hadis? Objektif utama kertas kerja ini
adalah untuk mengenegahkan pandangan ulama terhadap masalah pentashihan
hadis dan sejauh mana pentashihan hadis atau penghukuman terhadap hadis yang
berlaku pada masa kini. Kertas kerja ini akan menerangkan latarbelakang al-Hafiz
Ibn al-Salah, pandangannya, kritikan ulama terhadap pandangannya dan
seterusnya akan mengupas contoh pembabitan ulama masa kini di dalam
mentashihkan atau menghukum hadis serta kelayakan yang sepatutnya wujud bagi
sesiapa yang ingin menghukum hadis berdasarkan pandangan ulama. Diharapkan
kertas kerja ini dapat membuka mata masyarakat tentang kotokohan ulama
terdahulu dan fenomena pentashihan hadis yang berlaku dahulu dan sekarang.

34
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011


TOPIK KEDUA

METODOLOGI PENGAJARAN DAN SILIBUS


HADITH



35
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 28:

KONSEP AL-TASFIYAH (PEMURNIAN) AKIDAH DALAM SUNNAH NABAWIYAH

Sakinah Saptu15
Dr Azwira Abd Aziz16

Kajian dijalankan bagi memperkenalkan konsep al-Tasfiyah dan menunjukkan


bahawa ia adalah manhaj para Nabi dalam berdakwah dan bukan ideologi yang
dibawa oleh mana-mana pihak atau gerakan. Dari sudut yang lain pula, ia
bertujuan untuk memurnikan kefahaman dan akidah masyarakat Islam. Untuk
mencapai tujuan tersebut, kajian yang hanya memfokuskan kepada al-Tasfiyah
akidah ini dilakukan menggunakan metode analisis dokumen. Manakala metode
pentakhrijan hadisnya pula dilakukan menerusi sistem hadis berkomputer dan
tradisi. Kajian pengkaji terhadap hadis Nabi s.a.w telah berjaya mengumpulkan
48 buah hadis yang menunjukkan kepada konsep al-Tasfiyah dalam akidah.
Penting untuk dinyatakan bahawa jumlah itu bukan menggambarkan keseluruhan
hadis berkaitan pentasfiyahan akidah tetapi lebih kepada sekadar untuk
membuktikan kewujudannya dalam hadis Nabi s.a.w. Maka melalui kajian dan
pengumpulan tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa konsep al-
Tasfiyah layak dikategorikan sebagai epistemologi Islam dan ia merupakan
manhaj dakwah para Nabi yang terkandung dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.
Kajian juga berjaya memperlihatkan bahawa ia bukan satu ideologi mahupun teori
yang dibangunkan oleh mana-mana tokoh untuk menyokong perjuangan mereka
dalam mengislahkan masyarakat Islam. Di samping itu, ia juga menunjukkan
bahawa hadis Nabi s.a.w terlebih dahulu telah memanifestasikan konsep al-
Tasfiyah dalam usaha mendidik manusia ke arah jati diri Muslim yang sebenar.

15
Pelajar Sarjana, Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
16
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Umum, UKM.
36
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 29:

SUMBANGAN YUSOF RAWA DALAM PENYEBARAN HADIS NABAWI:


TUMPUAN TERHADAP RUANGAN SABDA NABI DALAM RUANGAN MAJALAH
AL-ISLAH (1970-1974)

Oleh
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid17
Hamidah Jalani18

ABSTRAK

Tuan Haji Yusof Rawa terkenal sebagai seorang tokoh yang mendokong inspirasi
perjuangan Islam sebelah utara dalam tahun-tahun 70-an. Kesungguhan beliau
dalam menyebarkan agama Islam dapat dilihat dalam pelbagai bidang seperti
politik, perniagaan, penerbitan dan pendidikan. Antara sumbangan terbesar beliau
ialah menerbitkan Majalah al-Islah (1970-1974). Majalah ini walaupun tempoh
penerbitannya agak singkat namun ia sarat dengan idea pembaharuan dan seruan
kepada pengembalian umat kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Terdapat ruangan
tetap iaitu ruangan Sabda Nabi yang mengisi huraian mengenai hadis-hadis Nabi.
Kertas ini akan cuba membincangkan kekerapan penerbitan ruangan Sabda Nabi
dalam ruangan Majalah al-Islah dan kedudukan hadis-hadis yang
dipersembahkan dalam ruangan tersebut serta topik-topik yang diperbincangkan
agar ianya dapat memberi gambaran akan sumbangan dan kesungguhan Tuan Haji
Yusof Rawa dalam penyebaran hadis-hadis Nabi s.a.w.

17
En. Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.
18
Hamidah Jalani merupakan calon Sarjana di Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.

37
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 30:

METODOLOGI PENGGUNAAN HADITH DALAM PENTAFSIRAN AYAT


KAWNIYYAH OLEH SHEIKH MUHAMMAD AL-AMIN AL-HARARI : SATU
TINJAUAN

Mohamed Akhiruddin Ibrahim19


M.Y. Zulkifli Hj. Mohd Yusoff (Dato‟, PhD)20

ABSTRAK

Kajian ini melibatkan tinjauan terhadap penggunaan hadith-hadith dalam proses


pentafsiran terhadap ayat-ayat kawniyyah dalam al-Qur‟an al-Karim, oleh Sheikh
Muhammad al-Amin al-Harari melalui karyanya Tafsir Hada’iq al-Rawh wa al-
Rayhan fi Rawabi ‘Ulum al-Qur’an. Ia melibatkan tinjauan terhadap penggunaan
hadith untuk mentafsirkan ayat kawniyyah dalam al-Quran termasuklah
penciptaan langit dan bumi, astronomi, fenomena alam yang meliputi awan,
hujan, angin, guruh, kilat dan graviti, kejadian siang dan malam, penciptaan
manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, lautan, galian, geografi dan perubatan.
Hadith-hadith yang digunakan oleh penulis buku berkenaan dalam mentafsirkan
ayat-ayat kawniyyah akan dikumpulkan mengikut aspek-aspek kawniyyah yang
disebutkan dan untuk mendapatkan makna yang lebih jelas ia diterjemahkan ke
Bahasa Melayu. Kemudian hadith-hadith berkenaan ditakhrij dan dibuat penilaian
terhadap kualitinya. Seterusnya satu analisis ringkas akan dibuat terhadapnya
serta kesimpulan mengenai metodologi penggunaan hadith-hadith oleh Sheikh
Muhammad al-Amin al-Harari dalam pentafsiran ayat-ayat kawniyyah akan
dibuat.

19
Pelajar Ijazah Tinggi, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur
20
Profesor di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
38
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 31:

PENDEKATAN AS-SUNNAH DALAM MENANGANI FENOMENA KAHWIN LEWAT


DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Qurrotul Aien Bt Fatah Yasin21

ABSTRAK

Kertas kerja ini merupakan satu kajian ke atas hadith-hadith Rasulullah


saw dalam menyelesaikan salah satu daripada permasalahan sosial yang kian
meruncing dalam masyarakat Malaysia mutakhir kini iaitu fenomena kahwin
lewat. Suatu ketika dahulu, perkahwinan merupakan hak setiap individu yang
tidak boleh diganggu. Namun hari ini, fenomena kahwin lewat semakin berleluasa
sehingga memberi kesan terhadap masa depan agama, bangsa dan negara.
Perkahwinan yang berlaku pada usia lewat akan memberi kesan kepada jumlah
kependudukan negara pada masa hadapan. Hal ini telah mula membimbangkan
pihak kerajaan kerana ia boleh mengurangkan sumber tenaga manusia yang
diperlukan untuk membawa negara menjadi sebuah negara maju. Sebelum
memulakan kajian ke atas fenomena kahwin lewat serta realitinya dalam
masyarakat Malaysia, kajian ini akan cuba menentukan kadar usia yang dianggap
lewat bagi lelaki dan wanita dengan menggabungkan antara hadith-hadith
Rasulullah saw dan pandangan ulama dengan ilmu-ilmu biologi, psikologi,
fisiologi dan sebagainya. Dalam usaha menangani fenomena kahwin lewat, punca
kepada permasalahan akan dikaji terlebih dahulu agar penyelesaiannya dapat
dicungkil dari dasar kerana menyelesaikan punca masalah akan mampu memberi
kesan yang lebih baik untuk jangkamasa panjang. Kesan kahwin lewat ke atas
individu, agama dan negara juga akan diteliti bagi menjelaskan impak
perkahwinan lewat usia serta keperluan menanganinya. Akhir sekali, kertas kerja
ini akan mendedahkan penyelesaian as-sunnah dalam menangani fenomena
kahwin lewat.

21
Pelajar Ijazah Tinggi (PhD), Jabatan al-Quran dan hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur
39
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 32:

PENGHAYATAN AL-ASMA‟ AL-HUSNA DAN PEMBENTUKAN INTEGRITI:


ANALISIS TERHADAP HADIS-HADIS BERKAITAN AL-ASMA‟ AL-HUSNA.

Mohd Hasrul Shuhari22


Mohd Fauzi Hamat23

ABSTRAK

Perbincangan tentang al-Asma’ al-Husna yang merupakan subtopik utama


daripada topik al-ilahiyyat yang dibincangkan dalam karya-karya akidah Islam,
bukan sahaja melibatkan diskusi tentang nama dan sifat Allah S.W.T secara teori,
tetapi juga melibatkan diskusi tentang aspek amali yang menyentuh pelbagai
dimensi kehidupan manusia. Hubungan antara aspek teori dengan amali ini boleh
dilihat dari aspek hubungan antara kefahaman yang sebenar tentang pengertian
nama-nama Allah S.W.T tersebut dengan penghayatan amali dengan menterjemah
secara praktikal nilai-nilai mulia yang terkandung dalam nama-nama tersebut
dalam kehidupan. Para ulama banyak menjelaskan bahawa penghayatan terhadap
al-Asma’ al-Husna mendorong manusia berakhlak dengan akhlak yang mulia dan
membentuk modal insan yang berintegriti; antaranya yang memiliki sifat jujur dan
amanah dalam menjalani kehidupan. Kertas kerja ini akan menganalisis beberapa
hadis Rasulullah S.A.W berkaitan nama-nama Allah S.W.T. Tumpuan analisis
diberikan dari aspek sejauh mana penghayatan terhadap nilai-nilai yang
terkandung dalam nama-nama Allah S.W.T yang indah tersebut berperanan dalam
pembinaan integriti dalam diri manusia. Akhirnya, kertas ini akan merumuskan
bahawa penghayatan terhadap ciri-ciri akhlak Allah S.W.T yang terkandung
dalam al-Asma’ al-Husna mampu membentuk sifat integriti dalam diri manusia
sekaligus membantu membina masyarakat yang berintegriti.

22
Beliau merupakan calon PhD di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
23
Beliau merupakan Profesor Madya dan pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
40
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 33:

KAJIAN TENTANG KEKERAPAN PENGGUNAAN HADITH DAN STATUSNYA


DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM : TUMPUAN TERHADAP BUKU-
BUKU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 1-6

Oleh:
Amran Bin Abdul Halim

ABSTRAK

Pengajian Agama Islam adalah sangat penting dan ia perlu diterapkan kepada
kanak-kanak sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, antara matapelajaran yang
ditetapkan dalam Kurikulum Pendidikan Malaysia di Sekolah-Sekolah
Kebangsaan ialah subjek Pendidikan Islam. Ia lebih menjurus kepada perkara-
perkara yang berkaitan dengan Fardu Ain seperti solat, puasa, pengenalan hukum,
akhlak, sirah dan lain-lain. Penulis telah mendapati dalam buku-buku tersebut
sejumlah hadith yang digunakan sebagai dalil atau sokongan kepada beberapa
tajuk atau fakta yang dihuraikan. Walau bagaimanapun, hadith-hadith tersebut
tidak dinyatakan hukumnya, bahkan menimbulkan kemusykilan adakah ianya
hadith atau sebaliknya. Oleh itu, penulis cuba mengenalpasti jumlah atau
kekerapan dan metod penggunaan hadith dalam buku-buku Pendidikan Islam
serta statusnya. Ini adalah kerana penulis mendapati masih ramai tenaga
pengajarnya samada guru-guru Pendidikan Islam atau j-QAF kurang mahir dalam
ilmu hadith yang mana mereka tidak dapat membezakan adakah dalil-dalil yang
dinyatakan itu hadith Sahih atau mawdu`.

41
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 34:

METODOLOGI PENGAJIAN ULUM AL-HADITH: ANTARA KEPERLUAN


PENGHAFALAN MATAN (MUSTALAH AL-HADITH) DENGAN PENGAJARAN
SECARA MODEN

Oleh:
Norazman bin Alias
Zulhilmi bin Mohamed Nor
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Dewasa ini kaedah dan cara pengajaran sesuatu ilmu semakin ringkas dan
menggunakan teknologi yang serba moden. Begitu juga yang berlaku terhadap
ilmu-ilmu berkaitan dengan Hadith Nabawi SAW. Salah satu ilmu berkaitan
dengan hadis adalah ilmu Mustalah al-Hadith atau Ulum al-Hadith. Persoalan
yang menjadi tanda tanya adalah berkenaan dengan kaedah mengajar dan belajar
yang sesuai dengan ilmu ini. Adakah ia perlu dan hanya sesuai untuk diajar dan
dipelajari dengan kaedah hafalan matan, atau cukup dengan menggunakan buku
silibus untuk memahirkan pelajar dengannya? IPT di dalam dan luar Negara yang
menawarkan pengajian Ulum al-Hadith di peringkat Ijazah Sarjana Muda
kebanyakannya menumpukan kepada buku silibus tanpa memerlukan kepada
hafalan matan tertentu di dalam Ulum al-Hadith. Sejauhmanakah cara atau kaedah
ini melahirkan pelajar yang mahir di dalam Ulum al-Hadith. Kertas kerja ini akan
cuba mengupas tabiat pengajian ilmu Ulum al-Hadith dahulu dan kini, keperluan
kepada kefahaman yang mendalam dan keutuhan ilmu melalui penghafalan
matan. Kajian serba sedikit juga akan dinyatakan sepertimana yang dipraktikakan
di Universiti Sains Islam Malaysi di dalam pengajaran dan pembelajaran Ulum al-
Hadith ini. Diharapkan kertas kerja ini akan dapat menjadi kayu ukur keperluan
teknik dan kaedah pengajaran Ulum al-Hadith yang relevan pada masa ini.

42
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011



TOPIK KETIGA

PEMIKIRAN ORIENTALIS DAN KRITIKAN



43
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 35:

KECENDERUNGAN TOKOH-TOKOH DAKWAH DALAM PENGHURAIAN AL-


QURAN DAN HADIS DARI ASPEK HARAKI

Oleh:
Muhamad Alihanafiah Norasid
Muhammad Arif Yahya

ABSTRAK

Perkembangan ilmu al-Qur‟an dan hadis mutakhir ini menyaksikan suatu transisi
penghuraian yang dinamik dalam merungkai persoalan semasa. Kemunculan
aliran al-Haraki yang dilihat sebagai pemacu kepada pemahaman wahyu era kini
kian mendapat tempat dalam kalangan umat lantaran senario kemunduran yang
melanda umat Islam sejak kebelakangan ini. Justeru, aspek al-haraki dalam
penghuraian al-Qur‟an dan hadis memberi dampak pencerahan kepada kemelut
yang melanda dalam mengetengahkan manhaj Islam yang unggul bersesuaian
dengan arus perdana. Kemunculan gerakan terpadu al-Ikhwan al-Muslimun pada
tahun 1928 telah melahirkan beberapa tokoh dakwah seperti Sa`id Hawwa dan Dr
Sayid Muhammad Nuh yang telah menabur bakti dalam menghuraikan al-Quran
dan hadis dari aspek haraki. Maka kertas kerja ini akan menyoroti konsep haraki
yang diketengahkan oleh tokoh-tokoh dakwah sebagai satu pendekatan segar
dalam menghuraikan maksud al-Quran dan al-Hadis. Antara aspek-aspek haraki
yang akan digarap oleh penulis ialah thabat (tetap dalam perjuangan), indibat
(disiplin), himmah `aliyyah (semangat yang jitu), `azimah sadiqah (keazaman
yang benar) dan sebagainya. Karya al-Asas fi al-Tafsir oleh Sa`id Hawwa dan
Tawjihat Nabawiyyah `ala al-Tariq oleh Dr Sayid Muhammad Nuh telah dipilih
sebagai sampel kajian dalam menganalisis aspek haraki dalam al-Quran dan al-
Hadis.

44
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 36:

METODOLOGI AL-MU’ALLIMI DALAM MENANGANI ISU ORIENTALIS


MELALUI KITABNYA AL-ANWAR AL-KASYIFAH

Ahmad Sanusi Azmi


Zulhilmi Mohamed Nor
Fakulti Pengajian Quran Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Sejarah telah membuktikan bahawa Islam telah berjaya melebarkan empayarnya


ke seluruh pelusuk bumi. Kejayaan Islam yang gemilang ini menjadi titik tolak
kepada sarjana barat untuk mengkaji sosio budaya umat islam, ekonomi serta
pemikiran yang meresap ke dalam jati diri umat ini. Bermula dari abad 10 masihi
lagi golongan orientalis telah mula bergerak aktif menjelajahi segenap penjuru
kawasan yang di diami oleh umat Islam untuk mengkaji corak perkembangan,
mentaliti serta keadaan umat Islam. Kajian mereka tidak hanya tertumpu pada
perkembangan budaya dan ekonomi sahaja malah menembusi perbahasan soal
kepercayaan dan agama. Mereka bukan sahaja menjalankan kajian terhadap Islam
malah turut menumpukan skop perbahasan kepada sumber-sumber asas Islam
iaitu Quran dan Sunnah. Namun, kajian mereka dilihat seolah mempunyai agenda
tersendiri apabila mula menolak sumber yang kukuh dengan menjadikan sumber
yang tidak kuat dan yang diragui sebagai pengganti kepada asas kukuh yang sedia
ada. Agak menghairankan apabila idea yang dihidupkan oleh kumpulan orientalis
ini telah disambut baik oleh sebilangan muslim. Dalam menghadapi isu dan
cabaran orientalis ini, ramai ulama telah tampil memberikan khidmat terhadap
sunnah Nabi. Antaranya ialah As-Syeikh Abdul Rahman Bin Yahya Al-Mu‟allimi
Al-Yamani. Kajian ini akan menyingkap sumbangan dan metodologi yang
digunakan oleh beliau dalam menangani isu orientalis melalui kitabnya Al-Anwar
Al-Kasyifah. Semoga kajian ini membantu dalam memberikan sedikit sumbangan
terhadap mempertahankan sunnah Rasulullah.

45
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 37:

PENGARUH ORIENTALISM DALAM GERAKAN ANTI HADIS DI MALAYSIA :


ANALISIS KRITIKAL

Rahimin Affandi Abd. Rahim,


Muhammad Kamil Ab. Majid,
Ruzman Md Nor dan
Nor Hayati Md Dahlal

Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM,


50603, Kuala Lumpur.
Emel: faqir_ila_rabbih@um.du.my / annur_1909@yahoo.com
Telefon: 0379676080/0123192177

Artikel ini bakal mempergunakan analisis meta-kognitif terhadap fahaman


yang dipegang oleh gerakan Anti Hadis di Malaysia. Dalam perkembangan
disiplin ilmu Islam yang terbaharu samada di IPTA Timur atau di barat, ternyata
kaedah orientalism klasik telahpun mula dicabar dan ditolak sama sekali. Antara
isu terbesar yang terkandung dalam disiplin orientalism klasik adalah penolakan
mereka terhadap Quran dan Sunnah. Hal ini kemudiannya telah mempengaruhi
sebahagian besar penganut Islam sendiri, yang secara terang-terangan menolak
otoriti Hadis sebagai sumber pengetahuan Islam. Berasaskan kepada latar
belakang ini, focus kajian ini akan ditumpukan kepada usaha meneliti kesilapan
pendekatan orientalism barat dalam kajian mereka terhadap ajaran Islam,
khususnya tentang ilmu hadis itu sendiri. Untuk itu, kajian ini dirangka bakal
mengandungi beberapa bahagian utama. Pertama, pengenalan tentang gerakan
anti hadis di Malaysia. Kedua, pendekatan kajian orientalism klasik terhadap
sumber terpenting ajaran Islam : analisis meta-kognitif. Ketiga, reality pengajian
orientalism semasa terhadap sumber hadis Islam. Terakhirnya, keempat,
kesimpulan dan rumusan akhir kajian.

46
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 38:

KEKELIRUAN TERHADAP SUNNAH: KAJIAN BEBERAPA ISU TERPILIH

Mohd Noor Daud


Muhamad Rozaimi Ramle24

ABSTRAK

Sejak dahulu hingga sekarang, Sunnah Nabi s.a.w. yang merupakan sumber
rujukan dalam Islam tidak pernah terlepas daripada cabaran dan tentangan
daripada pelbagai pihak. Antara cabaran yang dihadapi oleh Sunnah masa kini
ialah kekeliruan atau syubuhat yang ditimbulkan sama ada berbentuk menolak
kehujahannya ataupun mentakwilkannya dengan takwilan yang terpesong/tersasar
dari metode yang betul. Kadang-kadang ia datang dari luar dan lebih parah lagi
apabila ia datang dari penganut Islam sendiri. Lebih mengeruhkan keadaan
apabila cabaran itu datangnya dari cendikiawan-cendikiawan Islam yang
mempunyai tempat dalam masyarakat. Kekeliruan ini disebarkan melalui
penulisan akademik dan juga melalui laman web dengan tujuan menimbulkan
keraguan masyarakat Islam terhadap status Sunnah. Justeru, kajian ini bertujuan
menjawab beberapa kekeliruan yang ditimbulkan terhadap Sunnah dan
memurnikan pemahaman terhadap Sunnah itu sendiri. Metode perpustakaan dan
dokumentasi akan digunakan bagi mengumpul data-data berkaitan. Data–data
yang diperolehi itu kemudiannya akan dinilai secara kritis. Hipotesisnya,
kekeliruan yang ditimbulkan terhadap Sunnah adalah tidak berasas dan tidak
benar sama sekali.

24
Penulis ialah Pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI).
47
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011

ABSTRAK 39:

HADIS MISOGINIS : SATU ULASAN

Dr. Mohd Anuar Ramli


Prof Madya Dr Rahimin Affandi Abdul Rahim
Jabatan Fiqh & Usul
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Kuala Lumpur

E-Mail: mohdanuar@um.edu.my
Faqir_ila_rabbih@um.edu.my

ABSTRAK

Al-Sunnah merupakan sumber perundangan Islam kedua selepas al-Qur‟an al-


Karim. Ia memainkan peranan yang signifikan dalam proses transformasi umat
Islam khususnya pasca zaman Rasulullah SAW. Dalam proses sosialisasi, al-
Sunnah menjadi faktor utama dalam membentuk karakter budaya masyarakat
yang Islami. Interaksi syariat Islam dengan tradisi masyarakat setempat ini
menghasilkan varian kebudayaan Islam, namun semuanya tertakluk di bawah
panji tauhidic weltanchuung. Pembenturan dengan budaya setempat ini kesan
pemahaman dan pentafsiran nass al-Qur‟an dan al-Sunnah yang beragam. Antara
kesan interaksi tersebut, lahir masyarakat Islam yang memandang inferioriti
kedudukan perempuan dalam masyarakat Islam. Akibatnya, al-Sunnah atau pun
hadis tersebut dianggap bersifat misoginis. Sehubungan dengan itu, kertas kerja
ini akan membincangkan tentang hadis yang disifatkan misoginis menurut
kerangka analisis gender, dengan pemilihan aspek teologi penciptaan wanita.

48
Senarai Abstrak Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah (MUSNAD) 2011



SELAMAT BERSEMINAR



49

You might also like