You are on page 1of 2

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di
udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan
tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini
sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat
pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit
kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan
pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

 Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang
tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang
halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri
dan penggunaan dapur arang atau kayu.

 Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan
membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar
primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer
dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

 Sulfur dioksida
 Karbon monoksida
 Nitrogen dioksida dan ozon
 Alergen
 Plumbum dan logam-logam lain
Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

 Pelepasan asap kenderaan


 Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/ bateri
kereata
 Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
 Pembakaran hutan
 Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
 Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
 Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

 Kesihatan terjejas
 Pertanian yang tidak produktif
 Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
 Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti
Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996

You might also like