You are on page 1of 10

1.

0 PENDAHULUAN

Nama pengarang : Chew Fong Peng,

Fakulti Pendidikan,

Universiti Malaya.

Tajuk buku : Masyarakat Berbilang Kaum dalam Sastera Kebangsaan di

Malaysia. : Analisis Deskriptif dan Empirikal.

Tahun buku diterbit : 2007.

Penerbit : UPI PRESS. UNIVERSITAS PENDIDIKAN BANDUNG (UPI),

BANDUNG, INDONESIA.

Bilangan muka surat : 210 muka surat.

Muka Surat { }
2.0 RUMUSAN / ULASAN BUKU.

Buku ini bertajuk “Masyarakat Berbilang Kaum dalam Sastera Kabangsaan di

Malaysia: Analisis Deskriptif dan Empirikal”. Buku ini mengenengahkan budaya

bersastera dalam kalangan masyarakat berbilang kaum terutamanya masyarakat

melayu. Buku ini menghimpunkan sepuluh kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Dr.

Chew Fong Peng.

Daripada kesemua kertas kerja tersebut, terdapat empat buah kertas kerja yang

menganalisis isu Masyarakat berbilang kaum di Malaysia, manakala enam buah kertas

kerja yang lain pula adalah dalam bentuk kajian empirikal. Kertas kerja yang membuat

penganalisisan yang pertama ialah “Kemampuan Bahasa Melayu dan Sastera

Kebangsaan dalam mengisi Perpaduan Nasional di Malaysa”, yang kedua “Realiti

Masyarakat Cina: Satu Kajian Terhadap Karya dalam Antologi Menara 1-7”, yang ketiga

“Antologi Impian di Pelabuhan: Analisis Tentang Hubungan Kaum dari Perspektif

Sosiologikal” dan yang keempat pula iaitu kertas kerja yang berjudul “Mensaintifikkan

Analisis Sastera Melayu dengan Bantuan Komputer: Pengisian Abad Kedua Puluh

Satu”. Manakala enam kertas kerja yang dilakukan secara kajian empirikal pula ialah

“Kemahiran Berfikir Generik dan Integrasi Kaum dalam Pembelajaran Kooperatif

Berdasarkan Bahan Sastera”, “Peranan Sastera Kebangsaan dalam Kerangka

Pendidikan”, “Sastera Melayu Dinilai dari Sudut Afektif Merentasi Etnik, Gender dan

Kelas Sosial”, Penerimaan Golongan Remaja Terhadap Sastera Perpaduan”,

Sumbangan Sastera Kebangsaan dalam Merealisasikan Pembentukan Negara Bangsa

Malaysia : Pandangan Golongan Remaja”, dan Sastera Kebangsaan Merentasi

Prasangkan dan Memupuk Toleransi Etnik di Malaysia”.

Muka Surat { }
Kertas kerja pertama banyak membuat penganalisisan tentang peranan bahasa

melayu dan sastera kebangsaan dalam pambentukan perpaduan nasional. Analisis

yang telah dilakukan mendapati bahawa kajian yang dilakukan oleh sekumpulan

penyelidik daripada Fakulti Pendidikan UKM terhadap responden menunjukkan

kesemua responden menerima bahasa melayu sebagai bahasa Kabangsaan dalam

menyatupadukan rakyat berbilang bangsa, agama dan berbilang bahasa.

Kertas kerja kedua berjudul “Realiti Masyarakat Cina: Satu Kajian Terhadap

Karya dalam Antologi Menara 1-7” adalah usaha penulis untuk meneliti hasil penulisan

masyarakat cina yang termuat dalam antologi Menara 1-7 yang mana cerpen ini

merupakan hadiah cerpen Maybank-Dewan Bahasa dan Pustaka kepada pengarang

berbahasa ibunda bukan bahasa melayu. Para penulis menumpukan kajian terhadap

karya pengarang cina semata-mata dalam usaha meninjau sejauh manakah

pengalaman pengarang mempengaruhi pemilihan tema dan meneliti hubungan falsafah

dan kebudayaan cina dengan pemikiran cina di Malaysia.

Kertas kerja ketiga pula yang berjudul “Antologi Impian di Pelabuhan: Analisis

Tentang Hubungan Kaum dari Perspektif Sosiologikal” meneliti sastera Mahua

terjemahan. Kajian ini telah menyingkap dunia masyarakat cina yang jarang diketahui

oleh masyarakat pembaca Malaysia. Melalui terjemahan, sastera ini kini boleh dibaca

oleh semua rakyat Malaysia dengan membincangkan hubungan antara sastera etnik

dengan sastera kebangsaan yang menarik.

Kertas kerja keempat yang berjudul “Mensaintifikkan Analisis Sastera Melayu

dengan Bantuan Komputer: Pengisian Abad Kedua Puluh Satu” berbentuk kajian

Empirikal telah menyaksikan perubahan secara drastik daripada artifek budaya dan

sejarah. Revolusi mental pada abad ke-20 telah mencetuskan banyak bentuk teori

Muka Surat { }
sastera yang membantu para pengkaji dan sarjana dalam usaha menganalisis sastera

seterusnya mencipta dan melahirkan teori tempatan ekoran terhadap ketidaksesuaian

dan ketidakrelevanan teori barat di sebelah timur.

Kertas kerja yang kelima berjudul “Kemahiran Berfikir Generik dan Integrasi

Kaum dalam Pembelajaran Kooperatif Berdasarkan Bahan Sastera” dihasilkan bertujuan

untuk melihat sejauh mana pelajar mempunyai keupayaan berfikir tentang hubungan

antara kaum secara umum seperti kejiranan, persahabatan, percintaan, perkahwinan,

kebajikan dan keselamatan. Kajian ini mendapati bahawa pembelajaran secara

kooperatif ada hubungan rapat dengan pemikiran generik seterusnya meningkatkan

hubungan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.

Kertas kerja yang keenam bertajuk “Peranan Sastera Kebangsaan dalam

Pembentukan Integrasi Nasional dalam Kerangka Pendidikan” menyatakan dan

mendapati bahawa integrasi nasional dapat dibentuk melalui sastera dengan

menggunakan unsur-unsur seperti persahabatan, kejiranan, dan perkahwinan antara

etnik seterusnya dapat mengisi tuntutan perpaduan yang bersifat universal. Penulis turut

mencadangkan agar pengajaran dan pembelajaran sastera harus mempunyai orientasi

yang kukuh bagi mencipta satu masyarakat bertoleransi, muhibbah, dan bersatu padu

mengikut Wawasan 2020.

Kertas kerja yang ketujuh berjudul “Sastera Melayu Dinilai Dari Sudut Afektif

Merentasi Etnik, Gander dan Kelas Sosial” menerangkan tentang kajian yang efektif

terhadap sastera Melayu merangkumi aspek perasaan, emosi, dan persepsi seseorang.

Hasil dapatan melalui kajian yang telah dilakukan oleh penulis mendapati kaum Melayu

bersikap lebih positif berbanding kaum bukan Melayu, malahan perempuan lebih

cenderung berbanding lelaki, manakala bagi kelas sosial pula menunjukkan kelas sosial

Muka Surat { }
yang tinggi mempunyai persepsi yang lebih terbuka berbansing kelas sosial yang

rendah dan sederhana terhadap nilai universal dan keMalaysiaan dalam cerpen pilihan.

Kertas kerja kelapan berjudul “Penerimaan Remaja Terhadap Sastera

Perpaduan” telah memberikan definisi yang lengkap mengenai “sastera perpaduan” dan

membuat penyelidikan di kalangan 400 orang responden. Penulis telah menggunakan

sebanyak 15 unsur perpaduan nasional sebagai bahan penyelidikan dan mendapati

unsur kemesraan, semangat kebangsaan dan kemanusiaan adalah antara unsur yang

paling tinggi kadar persetujuannya berbanding unsur politik, nilai luhur danperkahwinan

antara etnik.

Kertas kerja seterusnya berjudul “Sumbangan Sastera Kebangsaan dalam

Merealisasikan Pembentukan Negara Bangsa Malaysia: Pandangan Golongan Remaja ”

. penulis telah melakukan penyelidikan bagi membuktikan bahawa kesusteraan melayu

memainkan peranan dalam pembentukan negara bangsa Malaysia. Sebanyak 48 buah

cerpen telah dipilih dan mendapati sebanyak 10 buah karya yang berkaitan dengan

persahabatan, kejiranan, tanggungjawab bersama, kemanusiaan,kemesraan, dan lain-

lain. Hal ini seterunya didapati bahawa sastera melayu juga dapat membentuk negara

bangsa di Malaysia. Menurut Abdul Rahman Embong pada tahun 2002 menyatakan

konsep bangsa sebagai sesuatu yang melambangkan perasaan bersatu dari segi

hubungan sosial.

Kertas kerja yang teakhir berjudul “Sastera Kebangsaan Merentasi Prasangka

dan Memupuk Toleransi Etnik di Malaysia”. Kertas kerja ini menyatakan bahawa

kemajmukan masyarakat dan pengasingan dalam pelbagai aspek kehidupan

menjadikan perasaan prasangka kaum begitu luas di Malaysia. Namun begitu, sikap

toleransi antara kaum bertambah baik selepas Dasar Ekonomi Baru (1970)

Muka Surat { }
dilaksanakan dan mendapati apabila toleransi pada tahap tinggi, maka prasangka

antara kaum manjadi semakin rendah.

3.0 KELEBIHAN BUKU

Buku ini banyak membincangkan tentang isu memartabatkan perpaduan

masyarakat berbilang kaum melalui bahasa dan sastera Malaysia. Buku ini menambah

khazanah ilmu sastera tentang hubungan antara kaum di Malaysia. Selain itu, buku

bukan sahaja membuat perbincangan terhadap isu perkauman secara deskriptif

seterusnya membuka dimensi baru dengan mengaplikasikan analisis statistik yang

telah mengajukan data bagi mengukuhkan fakta. Kajian-kajian tersebut merupakan

sesuatu yang baru yang belum seterokai oleh para sarjana sastera secara meluas.

Selain itu, buku ini turut memberi penerangan tentang sejarah perkembangan

Bahasa Melayu yang mana sejarah tersebut bermula dengan pertuturan secara lisan

dalam komuniti kampung yang telah ditulis pada daun lontar, batu nisan, dan prasasti-

prasasti. Seterusnya, pertuturan tersebut beralih menjadi bahasa dalam institusi

kerajaan dam mula berkembang dengan kekuatannya menyerap pelbagai unsur asing

dan mampertahankan keperibadian bahasa Melayu.

Buku ini juga telah menyenaraikan perjuangan-perjuangan masyarakat melayu

dalam memperjuangkan Bahasa Melayu agar menjadi satu bahasa yang universal

setanding dengan bahasa-bahasa yang lain yang terdapat di seantero dunia.

Oleh itu, selain membaca tentang sejarah bahasa melayu kita akan dapat

meningkatkan pengetahuan tentang perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu dan

seterusnya memartabatkan Bahasa tersebut sehingga menjadi satu bahasa yang

mantap dan tidak lupus ditelan zaman.

Muka Surat { }
4.0 KEKURANGAN BUKU

Dalam buku ini tidak banyak menceritakan tentang karya-karya orang melayu,

tetapi banyak menceritakan tentang penelitian falsafah dan kebudayaan China dengan

pemikiran pengarang cina di Malaysia. Hal ini kerana buku ini banyak menceritakan

tentang penganalisisan karya-karya kaum cina seperti karya Antologi Menara 1-7 yang

memperlihatkan perjuangan kaum cina dalam menghasilkan karya-karya untuk dikaji

dan dimartabatkan. Tetapi, buku ini masih mengutamakan ciri membudayakan bahasa

melayu kerana bahasa melayu merupakan bahasa perpaduan dan kebudayaan turun

temurun di Malaysia yang perlu dipertahankan oleh rakyat Malaysia sendiri. Jika bukan

masyarakat sendiri yang mempertahankan bahasa ibunda, siapa lagi mahu

mempertahankan bahasa kebangsaan ini.

Muka Surat { }
5.0 CADANGAN PEMBAIKAN TERHADAP BUKU

Kesusasteraan Melayu merupakan aset yang paling bernilai sebagai lambang

sesebuah bangsa. Keupayaan mendalami dan memperjuangkan bidang sastera adalah

menjadi tanggungjawab bersama terutama bagi masyarakat Melayu itu sendiri. Dalam

buku ini lebih banyak menceritakan tentang perjuangan masyarakat Cina dalam sastera

melayu, tetapi sedikit sahaja menceritakan tentang perjuangan sastera Melayu oleh

orang Melayu. Oleh itu, pada pendapat saya sebagai pengulas buku ini, cerita mengenai

perjuangan masyarakat Melayu perlu di masukkan setara dengan cerita mengenai

perjuangan masyarakat Cina di tanah Melayu ini.

Selain itu, untuk menarik lebih ramai pembaca untuk membaca buku ini, di

fikirkan perlu untuk menyelitkan sekali gambar-gambar yang menarik perhatian

pembaca untuk mambaca buku ini. Contoh gambar yang sesuai dengan tajuk buku ini

ialah gambar penulis menghasilkan buku ini, ganbar mengenai para panulis sastera oleh

bangsa Cina dan Melayu, suasana semasa dan lain-lain gambar yang berkaitan. Oleh

itu, dengan adanya gambar-gambar tersebut, para pembaca akan merasakan tertarik

untuk melanjutkan pembacaan sehingga tamat.

Muka Surat { }
6.0 KESIMPULAN

kajian yang telah dilakukan oleh penulis dalam buku ini yang bertajuk “Masyarakat

Berbilang Kaum dalam Sastera Kebangsaan di Malaysia : Analisis Deskriptif dan Empirikal”

marupakan himpunan intelektual yang tinggi nilainya dan merupakan satu penerokaan yang

baru. Bidang kajian yang disentuh walaupun telah banyak dikaji, namun penulis telah

memberikan satu persperktif dan wajah baru dengan meninjau permasalahan perkauman,

hubungan antara kaum, perpaduan negara, dan pembentukan negara bangsa Malaysia melalui

kajian yang telah dilaksanakan.

Dalam buku ini menghimpunkan 10 kertas kerja yang banyak dihasilkan oleh Chew

Fong Peng merangkumi penganalisisan isu masyarakat berbilang kaum berbentuk kajian

deskiptif dan juga kertas kerja yang dihasilkan berbentuk empirikal. Walaupun bidang kajian

dalam buku ini telah banyak disentuh oleh pengarang masyarakat Melayu, tetapi penulis buku

ini dilihat telah membawa serba sedikit perspektif dan wajah baru dalam bidang sastera. Oleh

itu, buku ini menarik sebagai bahan bacaan dan bahan ilmiah serta bahan rujukan atau

panduan kepada para pelajar yang ingin mengkaji, menyelidik dan mengenali dengan lebih

lanjut mengenai isu sastera antara kaum dalam buku ini.

Muka Surat { }
7.0 RUJUKAN

Chew Fong Peng . 2007 . Masyarakat berbilang kaum dalam sastera Kebangsaan di
Malaysia : Analisis Deskriptif dan Empirikal. Bandung . Universitas Pendidikan Indonesia
( UPI ).

Muka Surat { }

You might also like