You are on page 1of 2

Haiwan Perliharaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu
makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang
dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang
dipelihara oleh seseorang. Akan tetapi, hanya haiwan-haiwan yang senang dijaga
menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Antaranya ialah kucing, ikan,
burung dan anjing. Petikan dibawah menerangkan secara ringkas mengenai empat
haiwan tersebut.

Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya
tergolong di dalam spesies mamalia. Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan
pemangsa untuk menangkap tikus tetapi selari dengan peredaran masa yang semakin
ke hadapan, kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah
didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan untuk
dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan kucing tercantik telah
diadakan di seluruh dunia. Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada
peminat-peminat kucing, iaitu kucing siam dan kucing parsi.

Seterusnya kita beralih pula kepada haiwan peliharaan ikan. Ikan adalah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis habitat
bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular untuk
dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan Kelisa dan ikan Lohan. Manakala ikan air
masin yang paling popular adalah ikan Selayang dan ikan Kerapu. Ikan-ikan ini
dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang
menarik dan lain daripada yang lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga
dijadikan salah satu sumber bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana,
spesies ikan adalah salah satu sumber protein yang paling penting.

Mari kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan
yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia juga dikenali
sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat lebih daripada 8,600
spesies burung di dunia ini dan ianya dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza.
Burung Kakak Tua menjadi rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan
mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya kebolehan bercakap dan meniru
percakapan kita. Untuk pengetahuan anda, ada sesetengah burung juga sedap
dimakan seperti burung Puyuh dan Merpati .

Sampailah kita kepada haiwan peliharaan yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga
berada di dalam keluarga mamalia. Sifat anjing yang paling ketara adalah menyalak.
Kenapa haiwan ini menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular? Ini kerana sifat
agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada si pemiliknya serta
menjaga kediaman pemiliknya. Selain itu juga, anjing dijadikan haiwan peliharaan untuk
menemani pemiliknya bersiar – siar di taman.

Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini


dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian.
Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan
juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah
mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya
juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Sekian, terima
kasih.

You might also like