You are on page 1of 7

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekelian,

Mimbar Jumaat tidak akan sekali-kali berasa jemu untuk menyeru kita
semua agar meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Dengan melaksanakan
segala perkara yang Allah cintai dan menjauhi segala perkara yang Allah benci.
Sesungguhnya hakikat kekuatan seorang yang beriman itu bukan pada harta
dan fizikal tetapi pada hati dan ketaqwaan. Orang munafik dan kafir berbangga
dengan dunia fizikal yang sementara tetapi umat yang beriman merasa izzah
dan mulia dengan iman dan ketaqwaan.

1
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar Jumaat hari ini, ingin menarik perhatian kita semua tentang
penderitaan dan perjuangan yang dialami rakyat Palestin.

Pada tahun1987, 4 orang pekerja Palestin telah ditembak secara kejam di


khalayak ramai secara sengaja oleh askar-askar regim Zionis. Peristiwa ini telah
menyebabkan bangkitnya api kesedaran dan perjuangan rakyat di awal dekad
tahun 2000. Bermula dengan demonstrasi kecil seterusnya menjadi pertempuran
dengan penuh ruh keberanian yang tinggi. Penglibatan kanak-kanak, remaja,
dan ibu-ibu menjadi asas kepada perjuangan. Dengan hanya berbekalkan iman
dan batu-batu jalanan mereka telah keluar untuk menghalau penjajah Zionis
Israel. Inilah Intifadah yang pertama. Intifadah ini terus merebak hingga ke
seluruh peringkat golongan masyarakat. Akibat daripada pengorbanan dan
perjuangan intifadah yang pertama ini; perasaan keimanan di kalangan rakyat
Palestin meningkat; mereka mula kembali kepada ajaran Islam. Akhirnya
kesedaran itu telah memaksa Zionis merancang gencatan senjata melalui
penipuan perjanjian OSLO 1993 yang di dalangi oleh Amerika. Berjaya Zionis
apabila – Intifadah telah terhenti.

Perjuangan kembali marak apabila pada tahun 2000, Ariel Sharon telah
memasuki Al-Aqsa bersama 3000 askar dan mengisytiharkan untuk mengambil
Masjid Al-Aqsa secara perundangan dan atas fakta penipuan sejarah. Intifada
yang kedua tercetus, tetapi kali ini pertempuran yang lebih hebat telah berlaku.
Peperangan tidak hanya dengan batu, tetapi senjata, roket, peperangan
terowong, bom-bom syahid dan pelbagai lagi.

Sidang Jumaat yang beriman,

Panggilan jihad tidak terhenti sekadar di Palestin tetapi telah merebak ke


seluruh dunia di mana2 pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Masyarakat dunia
mengecam pencabulan/pencerobohan Zionis ke atas Al-Aqsa dan Palestin.
Pertempuran semakin sengit. Sehingga dalam masa setahun sahaja,

 Lebih daripada 45000 Palestinian cedera parah; Lebih daripada 2100


syahid; Lebih daripada 560 kanak-kanak dan wanita syahid.
2
Pertempuran di antara rakyat Palestin dan penjajah Israel terus berlaku
sehingga tahun 2005. Apabila pihak Israel, mengaku kalah, terpaksa
mengundurkan diri dari GAZA. Pada tahun itu, 2005, mereka keluar dari
GAZA dengan menangis dan membakar semua rumah-rumah dan pejabat-
pejabat mereka. Pada tahun itu juga, Israel telah membina Tembok Kematian
ْ ‫ ) ِج===دَر اَ ْل َم‬sepanjang 850km mengelilingi GAZA, setinggi 8 meter,
ُ ‫===و‬
(‫ت‬
ketebalan/kelebaran 30-100 meter.

Zionis kalah kepada perjuangan rakyat Palestin yang berani. Hari ini Regim
Zionis Israel telah meningkatkan usaha jahat mereka menggunakan
pengaruh mereka ke atas Amerika dan kuasa2 besar yang lain untuk
mengadakan sekatan dan embargo. Bukan hanya Tembok Maut itu telah
menjadikan GAZA “Penjara terbesar di dunia”. Tetapi Regim Zionis telah
menafikan hak rakyat GAZA untuk hidup. Zionis telah menyekat segala
bentuk bantuan kepada penduduk GAZA. Bermula dengan bantuan bahan2
makanan dan keperluan asas ekonomi sehinggalah keperluan perubatan dan
kehidupan.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Sebagai seorang saudara wajib kita bantu mereka. Kasih sayang merupakan
fitrah yang mesti dijelmakan dalam kehidupan . Hadith Rasul saw

‫َمنْ اَل َي ْر َح ُم اَل ُي ْر َح ُم‬

“Sesiapa yang tidak mengasihi, (Allah) tidak mengasihinya.” (Hadith Bukhari)

Dalam hadith yang lain,

ُّ ‫ِب أِل َ ِخ ْي ِه َما ُيح‬


‫ِب لِ َن ْفسِ ِه‬ َّ ‫اَل ُي ْؤمِنُ أَ َح ُد ُك ْم َح َّتى ُيح‬

“Tidak sempurna keimanan seseorang kamu sehinggalah dirinya menyintai


saudaranya sebagaimana beliau menyintai dirinya sendiri” (HR Bukhari &
Muslim)

3
Kasih sayang dengan saudara kita dikaitkan dengan sejauhmana kekuatan
iman kita. Kedengkian Regim Zionis Israel, bertambah-bertambah hebat
apabila bermula pada tarikh 27 Dec 2008 – 18 Jan 2009 Israel telah
melancarkan peperangan hebat ke atas GAZA; menggunakan senjata yang
paling canggih; bom seberat 1.5 juta kilogram; pesawat-pesawat F16,
Pesawat Pengebom B2, Helikopter Apache yang termoden; peluru-peluru
uranium; bom fosforus yang diharamkan – turun seperti air hujan yang
membakar kulit, masuk ke isi hingga ke tulang; bom-bom berangkai yang
mengeluarkan bola-bola kecil kemudian meletup dan mengeluarkan pula
pisau-pisau kecil memotong daging dari paras lutut ke bawah. Walaupun
tentera Israel tidak berjaya memasuki GAZA tetapi mereka telah
menghancurkan hampir keseluruhan infra struktur dan keperluan asas
kehidupan di GAZA.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Sabda Rasul saw:

ْ‫س ِمْنُهم‬
َ ‫سِلِمْين َفَلْي‬
ْ ‫ن َلمْ َيْهَتم ِبَأْمِر ْالُم‬
ْ ‫َوَم‬

“Sesiapa yang tidak ambil berat terhadap saudara muslimin dia bukan
daripada orang Islam.” (Muslim)

Dalam satu persidangan ulamak dunia, Prof. Dr. Yusuf Qardawi telah
menfatwakan bahawa “hukum membantu umat Islam Palestin yang
ditindas adalah wajib”. Bukan lagi sunat sunat dan sukarela. Setiap harta
yang disumbangkan pada jalan Allah akan menjadi penyelamat kita daripada
azab neraka yang terlalu pedih seksanya.

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan


sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa
yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda
dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika
kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Assaf: 10-11)

4
Ayyuhal Mukminin,

Hari ini, masyarakat dunia yang prihatin sedang dalam usaha untuk
membantu saudara kita di Gaza. Mereka akan menghantar bantuan secara
langsung ke GAZA melalui laut. Satu kempen “Konvoy Menerobos Tembok
Kematian” sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Usahasama ini adalah
gerakkerja gabungan NGO-NGO antarabangsa dan Malaysia. Di Malaysia
lebih daripada 20 NGO-NGO besar telah bersetuju berkerjasama di bawah
koordinasi HALUAN Palestin. Pihak penganjur utama Konvoi, NGO IHH dan
kerajaan Turki telah merayu melalui HALUAN Palestin untuk menggerakkan
misi mengumpul dana ini. Projek ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya
maka akan terhapuslah sekatan Tembok Kematian oleh Israel itu. Konvoy
pada kali ini akan bermula di Istanbul. Mereka akan bertolak melalui laut
membawa masuk 20 buah kapal yang datang dari seluruh dunia termasuk
Malaysia. Kapal-kapal itu dijangka akan berhadapan dengan kapal-kapal
perang Israel dengan penuh keberanian... Insya Allah. Inilah bantuan yang
kita mampu berikan maka marilah kita bersama menyumbang kerana
sumbangan itu adalah wajib mengikut kemampuan kita...dan Allah Maha
Mengetahui kemampuan kita!

5
KHUTBAH KEDUA

َ ْ‫ َنا َومِن‬L ‫ ُر ْو ِر أَ ْنفُ ِس‬L ‫ش‬


ِ َ ‫ ْيئِا‬L ‫س‬
‫ت‬ ُ ْ‫تغفِ ُرهُ َو َن ُع ْو ُذبِاهللِ مِن‬
ْ ‫اِنَّ اَ ْل َح ْم ُد هلِل ِ َن ْح َم ُدهُ َو َن ْس َت ِع ْي ُن ُه َو َن ْس َت ْه ِد ْي ِه َو َن ْس‬
‫ َولَنْ َت ِجدَ لَ ُه َولِيا ً ُم ْر شِ دًا‬, ‫ضلِلْ َفاَل هَادِي لَ ُه‬ ْ ‫ َو َمنْ ُي‬,‫ َمنْ َي ْه ِد ِه هللاُ َفالَ ُمضِ ل َّ لَ ُه‬,‫أَ ْع َمالِ َنا‬

.‫ أما بعد‬.‫اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين‬

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian

Sabda Rasul saw:

‫غَزا‬
َ ‫ازًيا فِي اَْهِلِه ِبخَْيٍر َفَقْد‬
ِ ‫غ‬َ ‫ف‬
َ ‫خَل‬
َ ‫ن‬
ْ ‫غَزا َوَم‬
َ ‫هللا َفقَْد‬
ِ ‫يل‬ ِ ‫ازًيا فِي سَِب‬
ِ ‫غ‬َ ‫جَّهَز‬
َ ‫ن‬
ْ ‫َم‬

“Sesiapa yang membantu saudaranya untuk bertempur (kali ini dengan


Israel) pada jalan Allah, maka baginya sama dengan mereka yang bertempur,
Sesiapa yang membantu ahli keluarga orang yang bertempur itu dengan
kebaikan maka baginya sama seperti orang yang bertempur” (Muslim)

Perumpamaan orang yang menginfak harta di jalan Allah adalah terlalu


hebat. Lipatan sejarah Islam melalui peristiwa Isra Mikraj telah menunjukkan
kepada kita kemuliaannya. Ketika Baginda diIsra’kan (perjalanan antara
Masjid Haram- Masjid Aqsa, Palestin), Baginda telah diperlihatkan dengan
satu kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil baru pula keluar seolah2 belum dituai. Hal ini berulang2.
Baginda diberitahu Jibrail itulah kaum yang berjihad pada jalan Allah
digandakan sebanyak 700 kali ganda atau lebih drpd itu.

Kita ialah golongan orang yang beriman kepada Allah, dan Apakah kita tidak
terasa terpanggil menjadi penolong-penolong agama Allah? Apakah kita tidak
terpanggil oleh Allah dalam surah as Saf yang terakhir:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela


agama Allah sebagaimana Nabi Isa Ibn Marym ketika ia berkata kepada
penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku kepada Allah?

6
Mereka Menjawab: Kamilah pembela-pembela agama Allah! Setelah itu
maka sekumpulan daripada kaum Bani Israel beriman dan sekumpulan lagi
telah kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang beriman untuk
”.mengalahkan musuhnya maka jadilah mereka orang-orang yang menang

(as Saff: 14)

DOA KAUM MUSLIMIN & DOA SULTAN NEGERI


MASING-MASING

You might also like