You are on page 1of 22

PROGRAM LINUS

-PERANCANGAN
-PELAKSANAAN
-KESAN
PENDAHULUAN
National Key Result Areas (NKRA’s) KPM
menyasarkan :

 Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan


menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali
yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun
persekolahan

 Di bawah pengawasan dan pengurusan


Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan

 Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan


Kurikulum
 Usaha penambahbaikan kepada program
sedia ada di sekolah rendah (KIA2M &
PROTIM).

 Merupakan usaha bersepadu menangani


masalah penguasaan kemahiran asas literasi
dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2
dan 3.

 Dinamakan Program Literasi dan Numerasi


(Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL

—Pelbagai program telah dijalankan tetapi


masih terdapat murid yang menghadapi masalah
menguasai kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira.
—
 KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1
sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru
pemulihan
—
 PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang
dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan
kemahiran literasi dan numerasi
—
DEFINISI KONSEP

— Definisi Numerasi :-

“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta


memahami idea matematik yang mudah dan
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran
matematik dalam kehidupan harian”

Definisi Literasi :-

“kebolehan membaca, menulis dan memahami


perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah
(dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran serta komunikasi harian”
KESAN PROGRAM
LINUS
MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah


rendah berkeupayaan untuk menguasai asas
literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali
murid berkeperluan khas”
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI

Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid


akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka


dan tertutup;

ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku


kata tertutup;dan

iii. membaca dan menulis serta memahami ayat


tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan
menggunakan kata hubung ‘dan’
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan


dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor


hingga 1000;

ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh


dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;

iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan


bahagi;

iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik


dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam
sentimeter.
STRATEGI
PELAKSANAAN
Pelaksanaan LINUS di sekolah :

- Program LINUS ini wajib dilaksanakan ke atas semua


sekolah SK, SJK(T), dan SJK(C)

- Terdapat 3 peringkat saringan:

# Saringan  (di tahun 1) ada 3 peringkat saringan.


# Saringan  (di tahun 2)
# Saringan  (di tahun 3)

- Dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu, Matematik -


dan Guru Pemulihan
- Instrument dibina dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa
Melayu-Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Bahasa Inggeris
dan Bahasa Tamil-Bahasa Inggeris.

- Semua murid tahun 1 yang dikenal pasti tiada


masalah pembelajaran akan menduduki saringan
pertama LINUS untuk menilai tahap penguasaan
kemahiran mereka pada awal tahun setiap tahun.
Status

—- Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan,


Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual Waktu

- —Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan


Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada

—- Boleh menggunakan budi bicara pentadbir


menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu
dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan
keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.
Penentuan Murid

—- Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang


tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian
LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya
—
- Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan
dikategorikan kepada empat kelompok utama :

—# Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum


menguasai kemahiran asas membaca

—# Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum


menguasai kemahiran asas menulis
—
# Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum
menguasai kemahiran asas mengira

—# Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid


bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan)

—# Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani


pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam program
ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data.

—
- Murid yang masih belum menguasai
kemahiran asas literasi dan numerasi ini
akan diasingkan daripada murid arus
perdana dan diajar secara intensif oleh
guru-guru yang telah dipilih
—
- Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam
bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3
akan diadakan pada bulan Oktober
Guru

—- Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru


Matematik
serta dibantu oleh Guru Pemulihan

—- Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut


nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil
supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran
(murid)

—- Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan


Matematik)
yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan
latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan
bimbingan bagi menangani masalah ini.
Kemudahan

—- Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi


memudahkan bimbingan individu

- Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk


kegunaan dalam P&P
Penyeliaan dan Pemantauan

—- Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di


beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai
Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD

—- GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan


numerasi ini

- Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian


murid akan dibangunkan

- Pelaporan dibuat setiap 3 bulan


KANDUNGAN PROGRAM

—- Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam


menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang
mengikuti program ini
—
-Skop Modul Literasi
—# Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata
sehinggalah ayat majmuk yang mudah
—
-Skop Modul Numerasi
—# Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000,
yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi di samping mengaplikasikannyadalam
pengiraan wang sehingga RM100
Bahan dan Instrumen LINUS

—- Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi


yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid

- Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri


dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dan berkesan

- Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai


untuk pentaksiran formatif dan sumatif
PELAPORAN

—- Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan
pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti

PENUTUP

—- Program ini merupakan usaha mengatasi masalah


literasi dan numerasi pada peringkat awal
persekolahan.
—
- Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat
program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran
NKRA’s

You might also like