You are on page 1of 1

NAMA : MAHALETCHUMI RAMASAMY

NO.KP : 851217-01-5904

REFLEKSI

Daripada pengajaran mikro kajian tempatan yang saya lakukan bagi kelas tahun empat
saya telah mempelajari beberapa perkara. Melalui pelajaran dan pembelajaran ini murid kelas
saya dapat mengetahui jenis-jenis hutan yang terdapat di Malaysia lebih jelas. Malah murid
kelas saya juga mengenali ciri-ciri hutan lebih terperinci.

Murid kelas saya dapat mengetegorikan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar mengikut jenis hutan yang terdapat di Malaysia melalui aktiviti yang yang saya
sediakan untuk mereka. Justeru, disebabkan mereka mengenali tumbuhan-tumbuhan sebelum
ini maka ia membantu saya menjalankan kelas dengan lebih lancar.

Saya juga menyelitkan kepentingan alam sekitar kepada murid kelas saya. Saya juga
bertanggungjawab memberitahu murid tentang kegunaan dan kepentingan alam sekitar. Malah
saya juga menjelaskan akibat sekiranya alam sekitar tercemar dan cara-cara untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar.

Aktiviti yang dilakukan dalam kelas berjalan lancar. Bagi saya topik ini sangat menarik
dan boleh membantu setiap pelajar pada masa akan datang. Saya berasa sangat gembira dan
beryakin semasa mengajar topik ini kerana murid lebih suka melakukan aktiviti dan tidak
menunjukkan rasa bosan serta hiper-aktif. Suara saya yang tinggi juga dapat mengawal kelas
serta menarik minat murid.

Saya berharap pada masa akan datang juga saya boleh menjalankan p&p saya dengan
lebih lancar.

You might also like