You are on page 1of 3

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

UNIT KAUNSELING & KERJAYA


KOLEJ PROFESIONAL MARA KUANTAN

KAUNSELOR : EBY MURA BT SOLA


KLIEN : Kod klien 0:5(IDA 08-07-011)
TARIKH : 26 JANUARI 2010
TEMPAT : BILIK KAUNSELING
MASA : 5.00-6.00 PETANG
MASA :1jam
BERLANGSUNG
BILANGAN SESI:SESI 5

CATATAN
Definisi Masalah:

-Sikap klien yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran sehingga klien tidak dapat

menguasai apa yang dipelajari dan akhir menyebabkan kejatuhan pointer klien.Klien juga terleka

dengan markah klien dalam ujian pertengah semester kerana mendapat merkah tinggi dan lebih

teruja untuk melakukan aktiviti yang lebih menarik seperti keluar lepak dengan kawan dan juga

banyak menghabiskan masa dengan online ,keadaan ini menyebabkan klien hilang fokus untuk

belajar dan mengulankaji pelajaran dan akhir klien tidak dapat menjawab soalan peperiksaan

akhir semester .

Sesi pertama bersama klien ini:


Dalam sesi yang pertama bersama klien ini saya telah membina hubungan dengan

bertanya santai dengan klien contohnya “sudah makan”.Ini adalah untuk memberi klien berada

dalam keadaan selesa .Saya juga membuat penstrukturan mengenai perjalanan sesi yang akan

dijalankan dengan klien bagi membantu klien untuk melihat perjalanan sesi yang akan

dijalankan .Sebagai strategi saya untuk menerokai permasalahan yang dihadapi oleh klien seperti

kebiasaannya saya akan mengajukan soalan terbuka kepada klien seperti “apa yang menganggu

kamu pada sekarang?”. Memandangkan klien adalah klien yang dirujuk oleh mentor jadi klien
tidak begitu terbuka menyatakan apa yang menganggunya ,sehingga klien menyatakan bahawa

klien tak tahu apa yang menganggu klien.Keadaan ini menyebabkan kaunselor membawa klien

melihat bahawa adakah keadaan pointer klien yang sekarang menganggu diri klien ,ini adalah

sebagai strategi kaunselor untuk membawa klien melihat keadaan klien sebenar yang perlu

diambil kira oleh klien demi masa depan klien.Klien juga menyatakan tidak dapat melihat

bagaimana klien boleh memperolehi pointer rendah,Kaunselor membawa klien untuk melihat

punca yang menyebabkan mendapat pointer rendah dengan melihat dari aspek cara klien

study,kesedaran klien mengenai peranan klien sebagai seorang pelajar.Setelah kaunselor

menerokai permasalah klien sebenar ialah tidak mengambil berat akan tanggungjawab sebagai

seorang pelajar sehingga klien lalai dan akhirnya membawa kepada kejatuhan pointer klien.

Aplikasi Teori Tingkahlaku


1.Dalam sesi pertama bersama klien ini kaunselor tidak menggunakkan seberang aplikasi

teori .Kaunselor hanya menggunakan teknik dan kemahiran bagi menerokai permasalahan klien

dan seterusnya mengenalpasti permasalah sebenar klien.


Matlamat Sesi:

-Adalah untuk membantu klien menyedari akan tanggungjawab klien sebagai seorang pelajar di

KPMIM,dan menyedari apa yang klien perlu ambil berat bagi membantu klien mendapat pointer

yang baik dalam pelajaran.

Kelebihan Sesi:

1.Kaunselor dapat membawa klien menyedari bagaimana klien mengalami kegagalan untuk

mencapai pointer tinggi.

2.Kaunselor juga dapat mempraktikkan kemahiran dan teknik-teknik kaunseling dalam


menerokai permasalahan klien .

3. kaunselor sudah mula lebih fokus terhadap permasalahan klien.

4.Kaunselor dapat mewujudkan kepercayaan klien di mana klien sudah mula membuat

pengluahan pada pertengahan sesi.

Kelemahan Sesi

1.kaunselor terlalu banyak bercakap sehingga klien kurang bercakap.Ini adalah

Disebabkan klien bukan partner yang aktif pada awal sesi.

Refleksi : Dalam sesi ini ,kaunselor telah mempu membawa klien melihat bagaimana

permasalahan wujud bagi membantu klien untuk lebih sedar akan keadaan klien.Kaunselor juga

dapat membantu klien dalam melihat permasalahan sebenar klien melalui penerokaan ke atas

isu yang dibawa oleh klien dengan menggunakan teknik dan kemahiran yang telah terapkan oleh

kaunselor dalam sesi ini.

You might also like