You are on page 1of 2

Konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun.

Konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun.

Konsep tamadun:

Pelbagai istilah telah muncul dalam mendefinisikan tamadun, di mana secara


umumnya membawa maksud pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di
samping pemupukan tingkah laku yang baik.

Menurut The Oxford Dictionary (1995), salah satu makna tamadun ialah baru
dan muktahir iaitu new and up to date. Menurut kamus dewan (1998), tamadun boleh
didifinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara
berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

Definisi tamadun:

Istilah tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitutamaddun. Selain itu,


terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah,
Umran dan Madaniyyahatau sinonim dalam bahasa Inggeris civilization. Semua istilah
tersebut beerti maju atau mencaa kemajuan. 

Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada


perkataan maddana dalam bahasa Arab yang bermaksud pembukaan bandar atau kota
serta perbuatan memperhalus budi perkerti. Daripada perkataan maddanalahirnya
perkataan madani yang bermaksud pembangunan perbandaraan serta kehalusan budi
perkerti yang terpuji.

Menurut Ibrahim Anis et al. (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan
daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan lokasi sebagai tempat tinggal dan
membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaraan. Manakala
Ibrahim Mustafa et al. (1989) memberi erti yang sedikit bebeza iaitu hidup dalam
suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju.

Tamadun menurut sarjana barat:


1.    Arnold Tonybee: suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia
menambahkan hasil pengeluaran atau produktiviti yang mempunyai empat elemen iaitu
bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

2.    J.K. Fiebleman: Kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.

3.    E. B. Taylor: Rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan,


kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan
oleh masyarakat.
Tamadun menurut sarjana Islam.
1.    Ibn khaldun: Kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,
keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh
mempertingkatkan kualitinya.

2.    Muhammad Rasyid Redha: Agama ialah asas tamadun kerana peningkatan unsur
maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun
di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan kemusnahan
sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

3.    Sayyid Qutb: Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan
kebudayaan yang beteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Ciri-ciri tamadun:

1.    Penempatan kekal: Aspek penting dalam kewujudan sesebuah tamadun kerana


manusia memerlukan tempat yang kekal bagi menjalankan kegiatan ekonomi dan
kemasyarakatan.

2.    Revolusi pertanian: Ciri ketamadunan sesebuah masyarakat adalah berdasarkan


kekayaan yang diperolehi dalam proses mengeksploitasi alam. Penciptaan alatan,
pengkhususan perkerjaan yang membawa kepada kemajuan.

3.    Sistem politik dan pemerintahan yang teratur: Kelompok manusia  memerlukan


pemerintah bagi mencapai kemajuan dalam ekonomi, pentadbiran dan politik.

4.    Stratifikasi dan organisasi sosial: Pengelasan masyarakat berdasarkan status. Oleh itu,
terdapat peraturan adat yang membezakan antara golongan atasan dengan bawahan.
Maka, orang bahawan berusaha mencapai kemajuan diri dabn mengubah status
mereka. Usaha ini membentuk suatu masyarakat yang maju.

5.    Urbanisasi: Proses oembentukan pembandaran atau dikenali sebagai bandar yang


merupakan pusat kegiatan ekonomi, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya.
Kewujudan bandar telah meningkatkan sesebuah tamadun itu.

6.    Perkembangan sains dan teknologi: Kemajuan yang selaras dengan perkembangan


pengetahuan dan pemikiran sesebuah masyarakat.

7.    Sistem tulisan: Sebagai penghantar maklumat yang membolehkan cacatan perkara


yang penting. Seterusnya, catatan ini tersebar luas ke dunia. Selain itu, ilmu juga dapat
dicatatkan dan diwarisi oleh generasi baru. Contohnya, karya-karya, ilmu sains dan
sebagainya.

8.    Sistem agama dan kepercayaan: Pemikiran yang mengkehendakkan manusia supaya


beradab sopan dan mengamalkan nilai-nilai yang baik. Ini telah meningkatkan
ketamadunan sesebuah tamadun itu.

You might also like