You are on page 1of 7

Bahagian A (30 markah)

30 Soalan Objektif

Soalan 1-15
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. _________ yang berpengalaman itu telah berjaya menerbangkan jet pejuang buatan Rusia.
A. Pemandu
B. Jurupandu
C. Juruterbang
D. Angkasawan

2. Najmi membantu ayahnya menyiapkan tempahan ________ sempena Pesta Seni Kraf.
A. bakul keranjang
B. bakul anyaman
C. bakul sampah
D. bakul sayur

3. Bangunan yang indah itu telah direka oleh _________ tempatan.


A. jurumekap
B. jurutera
C. jurubina
D. juruhias

4. ___________ yang baharu dipasang pada bumbung rumah itu telah patah ditimpa
pokok.
A. Sesiku
B. Kekuda
C. Kekabu
D. Lelangit

5. Majlis yang gilang-gemilang itu telah dipengerusikan oleh _______ yang


berpengalaman.
A. juruacara
B. pemidato
C. jurucakap
D. pensyarah

6. Pesalah itu telah dikenakan hukuman sebat kerana ________ didapati bersalah oleh
mahkamah.
A. dia
B. kamu
C. beliau
D. mereka

1
7. Sultan Perak dan permaisuri _____ akan mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Kerja
Raya.
A. dia
B. beta
C. beliau
D. baginda

8. “Alisya, kamu perlu tiba di _____ sebelum majlis bermula,” pesan ibu ketika Alisya
hendak keluar dari rumah.
A. sini
B. sana
C. situ
D. majlis

9. Samad sedang ______ batang pokok kelapa supaya mudah untuk dipanjat.
A. menakik
B. mengerat
C. mengapak
D. memangkas

10. Pak Kassim cuba menenteramkan perasaan isterinya yang berada dalam _____.
A. bersedih
B. kesedihan
C. disedihkan
D. menyedihkan

11. “Laksanakan segera tugasan itu _____ yang diperintahkan oleh sultan,” kata
bendahara.
A. oleh
B. sejak
C. seperti
D. sebagai

12. Kebanyakan ubat tradisional warisan nenek moyang ______ tumbuh-tumbuhan dan
akar kayu.
A. beralaskan
B. berasaskan
C. berdasarkan
D. berpandukan

2
13. Anggota bomba telah berjaya menangkap seekor ular sawa yang telah ______ seekor
anak kambing.
A. melulur
B. meneguk
C. memakan
D. mengunyah

14. Pokok manggis yang telah membesar itu_______.


A. telah ibu tanam
B. ibu telah tanam
C. ditanam oleh ibu
D. telah ibu menanam

15. Terdapat ramai orang ______ yang hadir dalam majlis perkahwinan anak Datuk
Zakaria pada minggu lepas.
A. penama
B. ternama
C. namaan
D. kenamaan

Soalan 16-22
Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan
telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

16. Oleh kerana terlalu sibuk dengan tugas, Melati tidak sempat menyiapkan tugas yang
A B
diminta oleh majikannya. Tiada kesalahan.
C D

17. Pihak sekolah telah membelanjakan wang beribu ringgit untuk membaik pulih
A B C
peralatan yang telah rosak. Tiada kesalahan
D

18. Semasa mendaki bukit itu, mereka berpandukan kepada peta yang dibekalkan oleh
A B C
pihak penganjur program itu. Tiada kesalahan
D

19. Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu bekerja untuk memperbesarkan
3
A B C
rumahnya. Tiada kesalahan
D

20. Harga promosi kerap menjadi pilihan pihak pengeluar apabila sesuatu barangan
A B
baharu diperkenalkan kepada pengguna. Tiada kesalahan
C D

21. Punca utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya adalah
A B C
kecuaian pemandu. Tiada kesalahan.
D

22. Ibu menghidangkan pisang goreng untuk tetamu yang datang ke rumah petang
A B C
semalam. Tiada kesalahan.
D

Soalan 23- 25
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul

23. I. Dia terkenangkan pada tamparan abangnya yang menyebabkannya


berjaya dalam pelajaran
II. Tamparan ombak yang tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan di
tepi pantai.
III. Isu mengenai kenaikan pangkat yang tidak telus memberikan tamparan hebat
kepada pengurus besarnya.
IV. Tamparannya menyebabkan pemain itu menjaringkan gol kemenangan
pasukannya.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

24. I. Penderitaan yang ditanggung oleh Adik Nurulhuda akibat daripada


penyakit bengkak hati mula mendapat perhatian masyarakat.
II. Kematian Pak Samad kerana menghidapi penyakit barah menandakan
berakhirnya penderitaan yang ditanggungnya selama ini.
III. Alif tidak dapat menahan penderitaan kerana berpisah dengan kekasih hatinya,
Salmi.
IV. “Setiap penyakit ada ubatnya, tidak harus kita membiarkan diri dilanda
penderitaan,” kata Abu kepada Gopal.
A. I dan II sahaja
4
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

25. I. Saya kecewa benar dengan sikap Liza yang suka mengumpat rakannya sendiri
II. Kanak-kanak perlu dilatih bercakap benar semenjak kecil lagi.
III. Ramai benar orang berkelah di Pantai Cahaya Bulan apabila tiba musim cuti
persekolahan
IV. Kalau benar Elis yang bersalah dalam hal itu, biarlah dia sendiri yang
memohon maaf daripada Zarul.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 26 – 28
Bahagian bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

26. Selain daripada alat tulis-alat tulis, di kedai itu juga menjual barangan lain seperti
buku dan komputer.
A. Selain alat-alat tulis
B. Selain alat tulis-alat tulis
C. Selain daripada alat-alat tulis
D. Selain daripada alat tulis-alat tulis

27. Kejadian tsunami di Jepun itu telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
A. telah mengorbankan ramai
B. telah banyak mengorbankan
C. mengorbankan telah banyak
D. telah mengorbankan banyak

28. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh
dari semasa ke semasa.
A. dari semasa hingga ke semasa
B. daripada semasa ke semasa
C. dari semasa hingga semasa
D. dari semasa ke semasa

Soalan 29 – 30
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

5
29. Kanta lekap begitu terkenal dalam kalangan remaja dan kira-kira 60 peratus
daripada pemakainya ialah wanita.
A. Kira – kira 60 peratus pemakai kanta lekap ialah wanita dan terkenal dalam
kalangan remaja.
B. Begitu terkenal kanta lekap dalam kalangan remaja dan pemakainya adalah
sebanyak 60 peratus wanita.
C. Kaum wanita adalah 60 peratus yang memakai kanta lekap yang begitu terkenal
dalam kalangan remaja
D. Dalam kalangan remaja, kanta lekap amat terkenal dan lebih kurang 60 peratus
daripada pemakai kanta lekap ialah wanita.

30. “ Cis, berani engkau menuduh aku sebagai penipu!” kata Lias kepada rakannya.
A. Dengan nada kemarahan, Lias berkata kepada rakannya yang berani menuduhnya
sebagai penipu.
B. Dengan nada kemarahan, Lias berkata kepada rakannya yang berani menipunya.
C. Lias berkata kepada rakannya, iaitu berani rakannya menuduhnya sebagai penipu
D. Lias menuduh rakannya sebagai penipu dengan berani dan nada yang marah.

RUANGAN JAWAPAN OBJEKTIF

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.

Bahagian B (20 markah)


Meringkaskan Karangan

6
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar.
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahagian C (10 markah)


Komponen Sastera

Berdasarkan novel yang anda kaji (Di Sebalik Wajah), huraikan lima pengajaran yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam cerita tersebut.

************************* SOALAN TAMAT ****************************

You might also like