You are on page 1of 3

BAHAGIAN 1

KAEDAH BERFOKUS
Unit Bahasa Malaysia, Pusat Perkembangan Kokurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan kaedah ini pada tahun 1984.
perancangan pengajaran menggunakan kaedah in hanya lebih tertumpu kepada
kandungan atau isi pelajaran sahaja. Kaedah pendekatan berfokus ini
mengandungi dua tumpuan iaitu fokus utama dan fokus kedua. Fokus utama
adalah apa yang hendak ditekankan dalam pengajaran oleh guru. Dalam
pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan, masa pengajaran yang lebih akan
diberikan kepada fokus utama. Penekanan, langkah-langkah yang menarik dan
berkesan mengenai tajuk pembelajaran akan dilakukan dengan lebih terperinci
diberikan kepada fokus utama. Manakala fokus kedua pula lebih kepada perkara
yang igin disampaikan oleh guru, namun, iannya tidak perlu diberi penekanan
yang terlalu mendalam. Fokus kedua ini biasanya boleh dilakukan lebih daripada
satu dan tidak memerlukan masa yang lama untuk penyampaiannya. Fokus
kedua ini juga disebut sebagai fokus sampingan. Selain itu, pada asasnya fungsi
yang dimainkan oleh fokus sampingan ini adalah membantu, memperkuatkan
dan memperjelaskan apa yang disampaikan dalam fokus utama tadi.

Sebagaimana yang diketahui, dalam pengajaran dan pembelajaran


kesusasteraan yang baik adalah dilihat daripada perkara-perkara yang paling
menonjol dalam sesebuah karya. Perkara –perkara yang paling menonjol itu
perlu diberi fokus utama. Misalnya, dalam pengajaran cerpen “Pusaran” perkara
yang paling menonjol dan diberi fokus utama ialah tema dan persoalan serta
watak. Manakala perkara-perkara lain yang kurang menonjol dijadikan fokus
sampingan.

Namun, dalam pengajaran kesusasteraan ini, fokus utama dan fokus sampingan
boleh bertukar ganti. Contohnya dalam unit pembelajaran kesusasteraan ini,
fokus utama boleh dijadikan fokus sampingan dan fokus kedua boleh dijadikan
fokus utama. Hal ini, bergantung kepada aspek apa dan aspek mana yang
hendak diberi penekanan oleh seseorang guru kepada pelajarannya dalam sesi
pengajaran di kelas. ..........................................................
MODEL-MODEL KAEDAH PENDEKATAN BERFOKUS

MODEL 1

FU = fokus utama FS (I)


FS = fokus sampingan
(B) = bahasa
(I) = isi (kandungan)

FU
(B)

You might also like