You are on page 1of 4

Wahai belia

bangunlah dari tidur nyenyak


agar sama nyalakan
sebuah cabaran dan kebanggaan
di atas bumi

Wahai belia
jangan terus hanyut
di dunia kelenaan berulit
jangan jua terus tersilap langkah
carilah perhentian hakiki
padahal sinar kehidupan
masih luas menerangi, nur-Nya
walau di mana-mana

Wahai belia
bersiaplah menuju pintu jaya
menerobosi era globalisasi
kerana di situ setia menanti

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, siding hadirin dan hadirat, warga dewan yang dihormati. Belia
berwawasan penggerak kejayaan. Begitulah tajuk syarahan yang akan saya kongsi
bersama anda pada hari ini.

Belia seperti yang ditakrifkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ialah golongan yang
berusia antara 15 hingga 40 tahun. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia hingga
akhir tahun 2008, didapati jumlah belia Malaysia ialah 16 juta orang. Angka ini
memberikan makna bahawa belia merupakan aset berharga bagi negara dan umat.
Kepedulian negara terhadap pembangunan belia menunjukkan keseriusan kita melihat
bakal pewaris kepimpinan negara pada masa depan.

Sebenarnya para belia di sepanjang perjalanan sejarah telah


merakamkan pelbagai sumbangan dan kejayaan apabila ia memiliki
semangat kepemudaan disulami dengan keimanan dan keilmuan. Merekalah
perwira dan tokoh yang memimpin pelbagai perubahan samada dari
sejarah Islam mahupun sejarah barat.Tokoh-tokoh besar seperti Saidina
Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan, Usamah bin Zaid adalah
sebahagian daripada generasi belia silam.

Belia berwawasan haruslab mempunyai ciri-ciri tersendiri yakni


kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat sebarang kelemahan,
kesetiaan sejati, pengorbanan agung dan sebagainya.
saha melahirkan belia berwawasan penggerak kejayaan haruslah
ditangani secara komprehensif, menyeluruh dan bersifat holistik.
Beberapa perkara perlu dilihat iaitu:

1. Menilai semula dasar pembangunan belia negara agar bertepatan


dengan hasrat mewujudkan belia cemerlang dengan mengambil kira
nilai-nilai Islami.
2. Menyediakan pelan induk pembangunan belia secara terancang
berasaskan KPI.

3. Membuka ruang NGO belia Islam terlibat aktif dalam menentukan


polisi-polisi pembangunan belia khususnya pembangunan belia
Melayu.

4. Menangani isu-isu belia tanpa mengira sempadan politik dan


bangsa, samada pihak kerajaan dan swasta serta melibatkan
pertubuhan bukan kerajaan.

Generasi belia hari ini, belia yang tidak merasai denyutan bagaimana
generasi lama berjuang menuntut kemerdekaan, bagaimana mereka mengisi
kemerdekaan dan bagaimana peristiwa 13 Mei. Mereka hanya mendapat
maklumat tersebut sama ada melalui inisatif pembacaan mahupun ketika
di bangku sekolah.

Justeru, cabaran masa kini kepada kerajaan adalah bagaimana untuk


menanamkan dalam diri belia, yang akan mewarisi kepimpinan negara ini
pada masa akan datang, bagaimana menghayati kesemua itu terutama
semangat perpaduan antara kaum dan pembinaan negara bangsa.

Sehubungan itu, sempena Hari Belia, yang jatuh pada hari ini
bertemakan ‘Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan’, diharapkan
menjadi pemangkin kepada generasi muda mempersiapkan diri dengan
pengisian yang mampu memacu diri memberikan makna yang besar ertinya
kepada kejayaan dan kemajuan negara.

Belia merupakan golongan pelapis yang amat penting kerana golongan


ini yang bakal mencorak negara dalam memastikan sesebuah negara
menjadi sebuah negara maju atau sebaliknya.Belia didefinisikan
sebagai golongan yang berada dalam lingkungan umur 15 hingga 40
tahun.
Atas dasar itu, usaha melahirkan belia berwawasan penggerak kejayaan
haruslah ditangani secara komprehensif, menyeluruh dan bersifat
holistik. Beberapa perkara perlu dilihat iaitu:

5. Menilai semula dasar pembangunan belia negara agar bertepatan


dengan hasrat mewujudkan belia cemerlang dengan mengambil kira
nilai-nilai Islami.
6. Menyediakan pelan induk pembangunan belia secara terancang
berasaskan KPI.

7. Membuka ruang NGO belia Islam terlibat aktif dalam menentukan


polisi-polisi pembangunan belia khususnya pembangunan belia
Melayu.

8. Menangani isu-isu belia tanpa mengira sempadan politik dan


bangsa, samada pihak kerajaan dan swasta serta melibatkan
pertubuhan bukan kerajaan.

Generasi belia hari ini, belia yang tidak merasai denyutan bagaimana
generasi lama berjuang menuntut kemerdekaan, bagaimana mereka mengisi
kemerdekaan dan bagaimana peristiwa 13 Mei. Mereka hanya mendapat
maklumat tersebut sama ada melalui inisatif pembacaan mahupun ketika
di bangku sekolah.

Justeru, cabaran masa kini kepada kerajaan adalah bagaimana untuk


menanamkan dalam diri belia, yang akan mewarisi kepimpinan negara ini
pada masa akan datang, bagaimana menghayati kesemua itu terutama
semangat perpad Sehubungan itu, sempena Hari Belia, yang jatuh pada
hari ini bertemakan ‘Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan’,
diharapkan menjadi pemangkin kepada generasi muda mempersiapkan diri
dengan pengisian yang mampu memacu diri memberikan makna yang besar
ertinya kepada kejayaan dan kemajuan negara.

uan antara kaum dan pembinaan negara bangsa. lia merupakan golongan
pelapis yang amat penting kerana golongan ini yang bakal mencorak
negara dalam memastikan sesebuah negara menjadi sebuah negara maju
atau sebaliknya.

Dengan cabaran di dalam dunia tanpa sempadan semakin menghimpit,


keperibadian belia yang tinggi nilai akhlaknya amat penting
diterapkan dalam jati diri belia masa kini. Sekiranya keperibadian
jati diri belia diracuni oleh anasir-anasir negatif seperti gejala
penagihan dadah, berlumba haram dan sebagainya lagi yang bertentangan
dengan undang-undang, maka usaha negara untuk mencanang sebagai
sebuah negara maju dengan Wawasan 2020 pastinya menjadi angan semata-
mata.

You might also like