You are on page 1of 4

DEFINISI PENDIDIKAN

" Pendidikan ialah "usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap
dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia ".

"process of living and leaning by which the child become an understanding adult citizan with strong concern for the development of a world in
which free man can and will act together, even fight if necessary , for the common good "American Education Fellowship, "Objectives and
Program of the American Education Fellowship ", Progressive Education, Vol. 22 (October 1944), p. 9.

" a preparation for battling with the immediate experiences of life , a preparation by which to qualify each immediate moment with relevant ideas
and appropriate actions "
Alfred North Whitehead, The Aims of Education ( New York : Macmillan, 1929 ), p.58.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud
kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai
kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti
teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting.
Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian
mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya
juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan
daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan
memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun
1988.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan
rancangan dalam bidang pendidikan.
Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
1.Percaya dan patuh kepada Tuhan
2.Berilmu pengetahuanberakhlak mulia
3.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
4.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
5.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia
dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :
1.Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
2.Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
3.Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
4.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
5.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat
berbilang kaum
6.Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang
berada.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem
pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk
individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan
saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan
terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi,
mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi
nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan
kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu
tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia
secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial,
politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang
tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap
kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang
diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat
dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi
mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif
dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah
mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita
lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri
mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang
kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


Akta Pendidikan yang berkaitan dengan prasekolah

AKTA PENDIDIKAN 1996


(Akta 550)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi


pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.

[31hb Disember 1997]

“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat
hingga enam tahun;

BAHAGIAN IV
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan

15. Sistem Pendidikan Kebangsaan.


Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri
daripada -
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah;
(d) pendidikan lepas menengah; dan
(e) pendidikan tinggi,
tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.
Bab 2 — Pendidikan Prasekolah
20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau pengurusan tadika.
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu
didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan
Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

22. Kurikulum prasekolah.


Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk
tadika yang diluluskan oleh Menteri.

23. Bahasa pengantar di tadika


Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan
boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika
menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

24. Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah.


Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Akta pendidikan 1996 (Pindaan seksyen 22)

22(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam sistem
Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah
menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-
murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

Anda mungkin juga meminati:

 Tempoh P&P di kelas-kelas prasekolah



 Peningkatan Status Kelayakan Guru Prasekolah di Kementerian Pelajaran Malaysia
 Guru Prasekolah Berijazah Kesan Kepada Kanak-kanak dan Negara.

Tuesday, January 26, 2010


Waktu belajar di prasekolah ditambah jadi 4 jam
JOHOR BAHRU 4 Jan. – Kementerian Pelajaran berharap waktu pembelajaran di
prasekolah selama empat jam sehari mulai sesi persekolahan tahun ini dapat menyediakan
pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tambahan waktu
pembelajaran itu berbanding dua hingga tiga jam sebelum ini dapat memastikan kanak-
kanak mendapat pembelajaran yang secukupnya selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Dianggarkan kemasukan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun di peringkat
prasekolah adalah sebanyak 67 peratus ketika ini. Saya yakin, usaha kerajaan untuk
meningkatkan penyertaan prasekolah kepada 87 peratus dalam tempoh tiga tahun dapat
dicapai menerusi penambahan waktu ini,” katanya.
Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata demikian kepada pemberita selepas
mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2, di sini, hari
ini.
Beliau berkata, jadual pembelajaran selama empat jam itu sudah diamalkan di kebanyakan
negara maju. – Bernama

You might also like